pelangi kehidupan
http://www.pelangipelangikehidupan.blogspot.com
roti jala ala jaring dengan kari ayam
Petang ni tkde apa nak buat buhsan, hb pun tkde outstasion.. tak tau nk mkn apa, kuah kari ayam masa makan tuk tengah hari punya ada, so fikir drp tk buat apa2 mkn utk anak-anak petang ni, terfikir utk buat roti jala aka roti jaring..hehe, anak-anak anis memng suka dengan roti jala ni, samapi bertambah-tambah.. bila ibunya masak roti jala ni, bersorak diaorg..memang kegemaran diaorg..tkpe asalkan anak- makan..kan? jom tengok resepinya:
1 cawan tepung gandum
air secukupnya
garam secukupnya
kunyit serbuk secubit (jika nk wat roti jala)
Pewarna merah atau ikut suka dlm 2 warna
telur 1biji
sedikit minyak dan marjerin
Cara-caranya:
Pecahkan telur, pukul telur sebentar asingkan
Dalam mangkuk berasinga masuk tepung dan air kacau sebati sehingga tepung tu jadi cecair, bila angkat sudu, tuang..adunan tu tak putus2..pastu masuk garam, kacau, masukkan minyak dalam sesudu bahagikan dua bahagian, satu warna merah dan satu lagi warna kuning, masukkan dalam acuan roti jala..
Sebelum tuangkan adunan dalam kuali pastikan kuali di lenserkan dgn marjerin, pastu baru tuang adunan roti tadi.. buat sampai habis..hidangkan dengan kuah kari..selamat mencuba :)
Resepi ayam masak kari hijau
Semalam.........
Hari yang sejuk dan damai tidak sedamai hatiku..resah gelisah mengundang pilu..
Ewah..macam penulis novel la pula.. sesaja je nak hiburkan hati yang lara ini..ewah..tengah hangin satu badan ni.. tak tau puncanya.. tak tau sebabnya..semua orang rasa nak hamuk je semalam..jaga2 tau..hihi..hb yang rasa tempiasnya.. bukan dia buat salah pun tapi, ada satu perasaan yang kurang enak.. perasaan nak marah lebih-lebih dengan hb..macam kes meroyan la pula.. astaqfirullah al-azim..
Dalam pada rasa hangin je sempat pula terfikir nak masak ayam masak kari hijau ni.. not bad..hb pun kata ok je.. asal ada pedas tu ok le tekak anis ni.. ok jom kita terjah resepi ayam masak kari hijau ni ya.. kalau nak cuba silakan..
Ayam masak kari hijau
Ayam 1/2 ekor
pes kari hijau
bawang besar- di hiris
santan 1 cawan
air 1cawan
daun limau purut 4-5 helai di hiris halus
kicap ikan 2-3 sudu besar
2 biji cili merah di hiris
daun theme sedikit
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak sayur secukupnya untuk menumis
Cara membuatnya:
Tumis bawang dengan minyak, masukkan pes kari hijau, masuk santan kemudian ayam daun limau purut, sosikan atau kicap ikan, daun theme cili merah, garam dan serbuk perasa secukupnya. biar kering sedikit. siap dihidangkan.
p/s: pes kari hijau Anis beli je kat supermarket.. lain kali Anis sharekan buat pes kari hijau tanpa membeli di kedai..sebab semalam nak cepat masak, jadi Anis beli je pesnya:)

resepi Nach Bous - masakan timur tengah
Salam sejahtera...
Dan Assalammualaikum....
Sedar tak sedar Syawal mula merangkak pergi.. sepanjang syawal ni ramai yang buat rumah terbuka.. pelbagai juadah dapat kita rasa.. mesti tak lengkap kalau tiada rendangkan? tak kira la rendang ayam ke, rendang daging ke, semua sedap2..kan? tahun ni, Anis tak kesempatan membuat open house berbanding tahun2 yang lepas..insyallah kalau di panjangkan umur dan rezeki lebih insyallah Anis buat.. dalam pada tu, asyik benda yang sama kita masak.. semalam terfikir pula Anis nak masak lain dari lain sikit..cuma masakan ni memang tak lari dari masakan melayu, ada rempah sikit..selalunya resepi ini digemari masyarakat timur tengah seperti Kuwait, Bahrain dan Arab saudi..

Nach Bous
Bahan-bahan:
Minyak sapi 1 sudu besar
Bawang besar 1 biji di kupas dan dicincang
udang sederhana 500g
bawang putih 4 ulas di kupas dan dicincang
Kunyit serbuk 1/2 sudu teh
Jintan manis serbuk 1 sudu teh
Cili serbuk 1sudu teh
rempah kari ikan 1 sudu teh
jus limau nipis diperah 1/2 biji
daun ketumbar 2 sudu besar dihiris halus
garam secukup rasa
Cara-caranya:
Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu..
masukkan jintan manis, kunyit, rempah kari dan serbuk cili goreng hingga wangi, kemudian masukkan udang goreng sebentar.
masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun ketumbar , garam dan perahan limau nipis.
Siap..selamat menjamu selera :)
resepi ikan patin masak tempoyak; dan di sebalik cerita.....
Salam ukhwah dan salam Jumaat..
Assalamualaikum sahabat dan pembaca...
Entri kali ini Anis nak bercerita tentang masakan ikan patin tempoyak ni... Anis percaya kat luar sana ramai yang tak makan ikan patin, lebih- lebih lagi jika ianya di campurkan dengan tempoyak.. selalunya yang Anis tahu, masakan ini terkenal di negeri Pahang.. mungkin orang pahang ramai yang makan masakan ni, kan? Kalau nak di ikutkan rasanya keluarga Anis pun, bukan semua yang mengemarinya..lebih-lebih lagi mak Anis..tengah hari semalam mak Anisdatang ke rumah.. ikan ni tengah dok di sinki untuk di bersihkan.. bila dia masuk ke dapur, dia kata dia tak makan ikan patin..la..fenin juga sekejap..nak masak apa untuk jamu dia tengah hari, sebab katanya dia belum makan lagi.. last2 nak cepat, nasi dah masak, Anis buat nasi goreng kampung je..
Nampak gayanya ikan patin tempoyak Anis tu tunggu makan malam.. nasib baik la cik abang tu jenis tak memilih makan..semua dia sapu je.. risau juga takut dia tak makan.. bila tanya dia, dia makan semua yang Anis masak..alhamdullilah.. tapi terus terang Anis katakan selama Anis berkahwin ni, Anis tak pernah masak ikan patin tempoyak ni..huhu..kesian..kan? nak ikut kan makanan ni bukanlah kegemaran Anis sangat pun.. mula- mula masa menjamah makanan ni masa Anis tengok atok Anis (atok perempuan) makan ikan ni di gerai makan semasa kami makan di sebuah gerai di bandar S.. rasa teringin pula nak cuba..tapi cuma dua kali je sebelum 10 tahun yang lepas, selepas tu, ni baru la makan.. dulu lepas kahwin ada juga nak buat sendiri masakan ni, tapi tiba2 muncul pula cerita tentang penternak ikan tawar ni, bagi makan ikan ni dengan benda haram..terus tak jadi beli ..sekarang dapat rasa air tangan sendiri pula hihihi...
Masa Anis masak semalam, suami Anis baru balik dari kerja, masuk je rumah dia kata sedapnya bau... tetiba dia rasa lapar..hihi.. bau sedap tu sebab adanya daun kesun dengan bunga kantan..lagi2 di tambah dengan tempoyak..kepada yang tak cuba makan tu, cubalah.. belum cuba belum tahu..kan?
RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Ikan patin seekor
Bawang besar kuning#
Bawang putih ulas#
kunyit hidup sebesar ibu jari..#
2-3 sudu besar tempoyak#
halia 2-3 inci#
cili padi 10-15 biji #
daun kesun 1 ikat
bunga kantan 1 kuntum
garam secukupnya
serbuk perasa secukupnya gula
1 sudu kecil
Cara membuatnya:
Bersihkan ikan terlebih dahulu dengan asam limau dan asam jawa. Biarkan dalam rendaman selama 1-2 jam lepas tu bersihkan segala darah2 ikan hingga tiada lagi darah supaya tidak hanyir.
Tumbuk atau blander bahan yang bertanda#.
Masukan bahan kisar atau tumbuk ke dalam periuk, renihkan masukkan daun kesum,bunga kantan kemudia akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Siap sedia untuk di makan. :)

Langgan:
Catatan (Atom)
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.