pengalaman mengajar kita tentang kehidupan

Ni anis nak sambung cerita tentang kehidupan kawan anis yang satu kerja dengan anis dulu..selepas fa bergaduh dengan syam..dia nekad untuk tak bercinta lagi..dia benci kalau lelaki mempermainkan perasaan perempuan..sampai suatu masa dia katakan pada anis sumpah dia tak nak bercinta lagi..tapi anis katakan bukan semua lelaki jahat dan bukan semua lelaki baik..ada lelaki yang baik..yang boleh dijadikan suami..cuma kita yang kena cari yang betul-betul..lelaki bukan jantan.. tapi fa tak dapat menerimanya..baginya semua lelaki sama..suatu hari fa berkenalan dengan seseorang..fa bercerita pasal dia berkenalan dengan seorang mamat ni..kat sini anis katakan namanya sebagai H sahaja...H ni kerja sendiri jual burger..dekat dengan tempat kami bekerja..masa anis kerja dulu dengan fa, kami tinggal di asrama dekat dengan tempat kerja..di pendekkan cerita, fa kenal pun masa dia beli burger dengan H..saling bertukar nombor telefon..sebenarnya fa ni jenis peramah..semua yang dia kenal dia tegur dulu..tak kira penjual burger sekalipun..maklumlah dah biasa dengan si H ni...kata fa " aku nak balas dendam dengan lelaki..aku nak cuba permainkan dia.." tapi anis cuba nasihatkan dia.."tak baik permainkan perasaan orang..belum tentu dia niat jahat..entah-entah silap-silap dia permainkan kau pula.." Si Fa pun terus berkawan dengan budak tu..sampai satu masa Fa tak datang ke pejabat..berapa hari jugalah..tetiba, suatu malam anis terima panggilan dari Fa..dia kata nak jumpa dengan anis ada hal mustahak..anis suruh dia cakap dalam telefon sahaja, memandangkan hari pun dah malam..tapi dia tak nak..anis katakan esok pagi kita jumpa sahaja..dia kata okey..tapi malam tu anis tak dapat tidur dan masih tertanya-tanya apa yang hal mustahak sangat yang Fa nak jumpa anis sangat..keesokkan harinya kami bertemu di bawah Flat..masa anis jumpa muka dia tak ceria seperti selalu..ada riak kesedihan di wajahnya..tetiba dia kata, "kak, Fa kena rogol.."  berdegup jantung anis di buatnya.."betul ke ni?"..anis macam tak percaya apa yang dikatakannya..dia cuma mengangguk lesu..tak sangka betul anis..anis rasa macam mimpi.."kau biar betul..betul ke ni? macamana boleh jadi macam ni?" "entah la kak..fa pun tak tahu"..nak tahu cerita lebih lanjut tentang kawan anis ni? tunnngguu.....selepas ni okey..

kawan oh kawan..

ni anis nak cerita tentang kawan anis sikit..asyik cerita pasal anis je..tentu bosankan? bukannya anis ni artiskan? kisahnya macam ni, dua tiga hari lepas anis ada terserempak dengan kawan anis ni, dah lima tahun juga la tak jumpa sejak anis berhenti kerja dan dia pun berhenti..kawan anis ni nak kata kawan baik, baik juga lah..satu ofis dengan anis dulu..dia ni pun kenal juga dengan suami anis ni, maklumlah suami anis ni bos dia, dan bos anis juga..sebelum ni anis ada cerita pasal anis dengan suami mula kenal dulu..kawan anis ni, macam anis juga mak bapa dah berpisah, mak dia dah pun berkahwin lain, bapa dia masih menduda lagi..tapi kat sini anis bukan nak cerita pasal mak bapa dia tapi kisah hidup dia..adik beradik dia enam orang, anak kelima..selepas tamat spm, dia bantu kakak dia berniaga sampailah suatu masa dia dapat tawaran bekerja di jabatan kerajaan sama dengan anis, dalam bekerja tu, dia kenal dengan seorang lelaki..syam seorang askar..kawan anis ni, anis panggil fa aje, kalau nama penuh memang panjang..si fa dengan syam kawan punya kawan dah jadi rapat, berputiknya cinta antara diaorg..tapi kata orang, cinta itu buta tak kenal usia, darjat atau keturunan..syam lebih muda usianya dari fa..kawan-kawan ramai yang tahu hubungan mereka..antara kawan-kawan fa tu, anis pun tak kenal, kawan atas kawan la ni..ada yang dengki tengok kebahagian diaorg..fa cakap tak taulah cerita syam dah ada perempuan lain betul atau tak? anis tanya fa "kau pasti ke syam dah ada org lain?" comfirm kak, sebab fa sendiri pergi tengok tempat dia lepak dengan perempuan tu, dia pun ada kat situ, nampak fa aje pucat lesi, terus fa balik".."lepas tu dia tak kejar kau ke atau telefon balik?" "ada, dia cakap yang fa nampak tu adik angkat dia..adik angkat apa siap pegang-pegang tangan..fa tak percayalah..@:!%*%@!!!" marah betul fa masa tu..

masak apa hari ni erk?

Seharian dengan kerja-kerja rumah memang memenatkan..lagi-lagi kalau anak memang nakal macam anak anis muhammad dhia firas..lagilah ada baby sekarang ni..baby anis sekarang ni nakal..belum pandai berjalan lagi, dah pandai memanjat..esok kalau dah pandai jalan tak taulah macam mana..anak anis  si dhia ni, makanan yang dia suka masa sarapan roti brsalut telur..nak kata hampir tiap hari dia suruh ibunya masak roti bersalut telur tu.. nak tau resepi roti bersalut telur cara anis ni?

BAHAN-BAHAN:

ROTI GARDENIA 4 KEPING
MARJERIN PLANTA
 TELUR

Cara-caranya
Sapukan marjerin ke rotipukul telur 2 biji..celupkan roti ke dalam telur lepas tu goreng dengan mearjerin..buat sampai  habis roti 4 keping tersebut..

Tengah hari nak masak apa erk?..dah lama kami tak makan sup ekor..sekali sekala masak sup ekor okey jugakan? sekurang-kurangnya boleh panaskan badan..tapi kata orang sup ekor boleh meningkatkan tenaga suami isteri ..itu orang kata bukan anis kata tau..ni resepi dari anis..

SUP EKOR CARA ANIS

Bahan-bahan:
300gm ekor lembu
1/2 liter stok rebusan
30gm cili padi
60gm serbuk rempah sup bunjut
10gm rempah lima
1 biji bawang besar- dikisar
2 ulas bawang merah- dikisar
1 cm halia
10gm lobak merah- potong dadu
10gm kentang- potong dadu
1 biji tomato dibelah empat
daun saderi dihiris
20 gm bawang goreng
20gm daun bawang
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
sedikit minyak untuk tumis

Cara masak:

1. Panaskan minyak, tumis bwang dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan rempah ratus dan sup bunjut.
2. Masukkan stok daging.
3. Kemudian masukkan ekor.Biar mendidih.
4. masukkan cili padi, lobak merah dan kentang.
5. masaukkan tomato dan daun saderi.
6. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan sedikit bahan perasa dan tabur bawang goreng daun sup,dan daun bawang ketika menghidang.

Okey amacam, boleh buat tak? senang ajekan.. cuba jangan tak cuba tau..kat sini juga anis nak bagi petua sikit..kalau nak kempiskan perut ni petuanya..kalau makan minyak-minyak takut buncit perut tu  cubalah petua anis ni ya..

Petua kempiskan perut secara tradisi dari mak anis
Minum air campuran limau nipis dan teh tanpa gula setiap hari.tapi pastikan anda tidak hamil dan mempunyai sebarang penyakit lain ya..

Cara keluarkan angin dalam badan 
 sebelummakan epal hidu dulu epal tu..epal ialah buah yang boleh mengeluarkan angin dalam badan selain dari halia..kalau halia tu,  kupa halia dan remdam dalam air panas lalu, minum.

Cara hendak hilangkan binti-bintik hitam di muka
satu biji pinang yang tua, cara buatnya parut dan tambahkan sedikit air, perah dan tapis parutan itu, sapukan di wajah yang mempunyai bintik-bintik hitam sekurang-kurangnya 2 kali pagi dan malam..insyaallah..
Cara hilangkan kelemumur
100ml santan tua, 100ml air limau purut, 100ml air perahan nenas.
Cara buat,
semua bahan dicampur rata,basahkan kulit kepaladengan ramuan ini, dengan cara meramas-ramas rambut dan kulit kepala sambil gosok-gosokkan kulit kepala.
Lakukan dua kali sehari hingga kelemumur hilang.
Cara Lain
2 lempar daun lidah buaya
cara buatnya, lidah buaya di buang kulitnya, kemudian di perah bagi mendapatkan lendirnya,sapukan lendir di kepala.

Teringat ketika hamil anak pertama, dan kedua..masa hamil dulu anis bukan macam orang lain senang mengandung.. tapi anis ni, masa mengandung sakit tulang punggung nak jalan nak duduk seksanya. pergi bilik air pun berpapah dan merangkak ke bilik air.tuhan aje yang tahu..ikutkan hati tak nak mengandung lagi..tapi apa nak buat dah rezeki.. anis mengandung lagi anak kedua.. tapi anak kedua ni senang sikit, tak seteruk masa mengandungkan anak pertama dulu..ketika anis mengandung dulu anis selalu amalkan beberapa surah, antar surah  yang baik untuk di amal kan masa hamil ialah ayat kursi surah al-baqarah ayat 225. surah yassin makkiyah: ayat 83. Surah yusuf ialah untukdapatkan anak yang soleh, sihat cantik dan sempurna.Banyakkan membaca  surah ini jika ingin mendapat anak lelaki..surah luqman ayat 34..dan surah marryam ayat 98..agar dipermudahkan bersalin..insyaallah..


  1. Zaafarani- harum, wangi 2. Zaalan- rajin, giat. 3. Zafri- kemenanganku 4.Zahar- sangat bergelapan 5.Zahil- yang tenang. 6.Zahin- yang cerdik. 7.Zahrin. 8.Zaidan- tambahan,kelebihan nama bagi bayi perempuan pula ialah 1. Zafrah- kemenangan 2.Zahidah- rendah hati, tidak rakus dunia. 3. Zulfa- kedudukan yang dekat. 4.Zahirah- berkilau 5.Zahra- bunga. 6.Zaina- cantik,jelita. 7. Zalfa- kulit mutiara 8.Zanirah- keciLdan lembut. OkeYlah setakat ini yang dapat anis coretkan buat tatapan semua..Lain kali, anis bagi tip dan beberapa info berguna kepada anda..Okeeyyy..

ke sekolah..

Tahun ni genap anak anis 4 tahun..sekejap saja dia dah besar..tahun ni juga anis dan suami akan hantar anak kami ke taska..dekat dengan tempat kerja suami.. bukan anis tak boleh ajar sendiri tapi dia ke sana sekurang-kurannya dia boleh belajar bergaul dengan kawan-kawan selain belajar sikit abc..tapi anis cukup risau dengan dhia firas, anak anis ni..nakalnya tak taulah nak cakap..cakap sekali susah nak dengar..anak anis ni jenis tak reti duduk diam, macam hyperaktif..sukar untuk anis kawal dia..penat dengan dia aje..macam ada anak sepuluh orang..itu yang anis risaukan bila dia ke sekolah nanti..macamana nak buat anis pun tak tau..kalau korang ada idea, atau nasihat atau ada anak yang macam ni jomlah kongsi dengan anis..masa mula nak dapat anak pertama dulu, susahnya nak cari nama yang sesuai menurut islam..nama anak anis pun suami yang pilih, muhammad dhia firas dan muhammad asyiq wafiy..kat sini anis nak bagi nama-nama yang baik dan maknanya menurut islam antaranya: 

faham memahami..

penatnya rasa malam tadi..letih tersangatlah letih..penat bukan sebarang penat tau..jangan fikir bukan2 pulak..petang semalam, anis ikut suami anis ke pejabat dia..bantu dia buat kerja pejabat..nasib baiklah anis ni ada pengalaman sikit..boleh bantu suami..time kerja tengah banyak anis dengan rela membantu apa yang patut, bukan dapat upah pun, tapi anis cuma kesiankan suami saja..siap anak2 angkut sekali..dah enam tahun kami sebagai suami isteri..susah senang, pahit manis kami harungi bersama..dalam pada itu kami masih lagi cuba memahami pasangan, cara dan sikap masing-masing..kami masih belajar erti kehidupan berumahtangga..bukan senang untuk bahagia..sukaduka, pahit getir kami harungi bersama..bukan tak pernah bertelagah..adat orang berumahtangga..pangkal pokoknya sabar, faham memahami dan bertolak ansur..itulah yang anis amalkan dalam rumahtangga..dalam rumahtangga mesti ada sifat berbincang, rasa hormat pada pasangan, kalau ada yang tak kena di mata tegur cara baik..tak perlu marah2 tanpa sebab..biar kita hidup dengan pasangan bukan untuk hari ini, tapi untuk esok dan selamanya hingga ke akhir hayat..insyaallah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.