kena tahan?
Hari ni masuk hari yang tujuh selepas keluar dari wad HKL..dah lepas anak sulung Anis kena tahan kerana dmam, ni Anis pulak kena tahan sebab demam panas dan asma..seumur hidup ini, paling teruk sekali kena demam sampai 42 celcius..Anak Anis yang kecil terpaksa ayahnya jaga..tidur pun atas bahu..susu botol tak nak..kesian juga tengok dia..selama lima hari malam tidur tanpa susu badan..suami Anis yang teruk nak tidurkan dia..nangis je Anis tak ada..bila waktu melawat je bawa dia jumpa Anis untuk menyusu..nasib baiklah dia dah boleh mkn apa2..masa kat hospital, cuba minta kat doktor tu kasi balik, tapi doktor tak bagi sebabnya demam Anis tak kebah2..turun suhu sikit, jap lagi mendadak naik semula..tu yang susah doktor nak bagi balik..nangis juga Anis mengenang Anak yang masih menyusu..depan doktor Anis menangis bagi lepaskan Anis balik..doktor pun jadi serba salah..tapi tetap tak boleh balik gak sehingga suhu betul2 turun paras normal..lima hari juga kena tahan kat wad..seksa rasanya terpisah ngan anak yang masih menyusu..bila balik rumah, rumah dah siap berkemas..suami Anis tolong kemas..lega juga..tak payah pening2 kepala..t.q.v.m..cuma sekarang ni Anis kena byk berehat sikit..tak boleh kerja berat2..nanti semput balik..cuma kekadang tu yang buat semput tu bukan buat kerja sangat pun dengan anak2 anis pun dah terasa semput dengan kenakalan mereka ni..nak wat camna nama pun budak2..kan?
kena seraannggg...
Ish..ish..dah satu, satu..tak habis habis hari tu accident dah dua kali pada bulan yang sama ni pulak anak-anak kena virus demam,selsema batul, muntah dan c####..malas nak tulis kat sini..nanti takut ada yang terasa nak uwek pulak nanti..tiga hari lepas anak Anis si Dhia Firas kena tahan wad kerana demam panas..nasib baik lah dua hari sahaja kat situ..coz Anis pun tengah sengal2 badan..bergilir juga dengan ayahnya jaga dia kat hospital..Anis ambil shif siang..ayahnya mlm sebab sebelah siang ayahnya kerja..pastu pulak, dah balik rumah si adik pula demam..kesian tengok dia..lesu tak bermaya..semua yang di makan keluar balik..last2 Anis minta Husband Anis bawa si adik ke klinik swasta sahaja sebab kalau bawa ke hospital gerenti kena tahan..Anis tak boleh jaga sorang2..sebabnya Anis sendiri tak berapa sihat..last2 kami buat keputusan bawa ke klinik sahaja..tapi doktor tu cakap kalau makin teruk memang kena bawa terus ke hospital..tapi alhamdulilah demam anak anis beransur kurang..tentang pengubatannya Anis tidak gunakan seratus peratus ubat klinik sahaja..tapi ada juga guna kaedah kampung iaitu goreng beras dalam senggengam hingga kuning kehitaman, lepas tu masuk dalam cawan/gelas masukkan air..cara ni untuk menghilangkan cirit birit..maaf ya Anis sebut di sini..baby pun boeh minum airnya..cara ni Anis guna untuk rawatan Anak Anis..insyaallah sembuh..tapi kena rajinlah buat dan minumnya..
Okeylah setakat ini je yang dapat Anis kongsi pada anda semua..jumpa lagi..
Okeylah setakat ini je yang dapat Anis kongsi pada anda semua..jumpa lagi..
Cameran Highland
Cerita Anis pada entry yang lepas, kalau u all baca, Anis ke Ho Chi Minh City, pada kali ini Anis hendak cerita pasal perjalan Anis ke Cameran Highland yang membuatkan Anis fobia bila naik kereta.. sebelum tu Anis hendak ucapkan Happy birthday buat anak Anis Dhia Firas yang menyambut hari kelahirannya tanggal 12 November 2011 yang lalu..genap usianya 5 tahun..kami celebrate kat Port Dickson je..
Pada tarikh yang sama gak, kami menerima panggilan dari kampung pukul 9 malam ayah mentua Anis meninggal..terus kami bergegas balik dari Port Dickson ke K.L ambil baju yang perlu..cuba contact flight tp semua tkde yang ada keesokkan harinya sahaja.nak tak nak terpaksa kami balik juga naik kereta lebih kurang pukul 12 lebih bertolak dari K.L..bila tiba je di Raub kami mengalami kemalangan kereta terlanggar lembu yang melintas..pada masa tu dah pukul 2 pagi teruk juga kereta masa tu, nasib baik kami tak cedera..
Lepas selesai urusan pengebumian, kami balik ke K.L menaiki bas..selepas dua minggu kemudian kami pergi bercuti ke Cameran bersama keluarga Anis dalam tiga buah kereta..selama 3 hari.
Kami buat sambutan ulangtahun kelahiran serentak tiga orang iaitu anak Anis Dhia Firas, Azam firdaus dan Nurul Azwati di Cameran..balik je dari Cameran, berlaku lagi kemalangan kereta yang di pandu oleh suami Anis terbabas ke longkang gara-gara ada orang yang simbah minyak di jalan tersebut..sebelum kejadian tu dah ada empat buah kereta terbabas pada hari yang sama, selepas kereta kami di tarik, tak sampai sejam ada lagi yang terbabas tempat yang sama..Anis harap kepada sesiapa yang ingin merancang pergi bercuti ke Cameran hati-hatilah terutama ketika selekoh..jika pergi pun sebelum 6 petang atau balik sebelum 6.00 petang sebab Anis percaya ada yang buat kerja kotor supaya kenderaan yang lalu kat situ akan berlaku kemalangan dan mereka dapatlah duit hasil kerja kotor mereka tu! Masa kejadian tersebut mak saudara Anis ada ternampak lori tarik kereta tu menyorok suatu tempat (tunggu call) sahaja agaknya. Ish geram betul..tak fikir ke kalau termasuk gaung ke orang yang dia buat tu? cuba keluarga dia yang kena, baru dia tau..Okeylah u all Anis chaw dulu..tengah geram nih jumpa lagi di lain N3..bye.
cerita ho chi minh city-2
Selamat bertemu kembali pembaca dan penulis blog sekalian..kali ini Anis nak bawa anda kembali semula ketika Anis ke Ho Chi Minh City baru2 ni..pada tulisan Anis yang lepas2..Anis sertakan gambar ketika Anis melancong ke sana dengan keluarga tersayang..ini adalah antara gambar kami lagi yang dapat Anis kirimkan untuk tatapan anda..
lubang tempat persembunyian |
bergambar di dalam lubang kubu tempat persembunyian orang Vietnam |
perangkap yang di pasang.. |
jalan bawah tanah |
bom |
di depan muzium tentera
tempat lapangan menembak |
yum..yum..dap taw..ubi kayu cicah dengan kacang tumbuk..sodaaap.. |
kepala tertanggal..ngeri..kejam.. |
semua mangkuk tandas diaorg letak ais |
di dalam muzium |
depan ben than market |
arca di depan pejabat pos lama |
inilah dia pejabat pos lama kat Vietnam |
di dalam pejabat pos |
inilah pejabat posnya.. |
ini pula dekat China Market |
budak sesat mana pulak ni???hehe.. |
ini adalah gereja yang terkenal gak kat Vietnam |
ho chi minh city
Kami cuma pergi menaiki Air Asia sahaja sebab tambangnya pun murah berbanding MAS..bertolak dalam kul 11.30pagi dan tiba ke LCCT dalam 1 jam lebih..makan kat sana dan bertolak naik pesawat dalam kul 2 lebih..
ketika berada dalam bas menuju air port |
antara ahli-ahli KIK yang turut serta dalam rombongan |
dalam air port |
inilah kapal yang kami naiki.. |
permandangan dari atas bandar Ho Chi Minh |
tiba di air port bandar Ho Chi Minh |
Di Night Market..berlatarbelakangkan gerai makan yang ada di sana. |
kedai cenderahati |
di hadapan kedai yang menjual cenderahati berhampiran Cu Ci Tunel |
tempat berlakunya letupan bom di sini..iaitu bekas bom meletup |
perangkap..di bawahnya terdapat banyak besi tajam |
lubang persembunyian..ngam2 badan orang |
askar vietnam mana pulak nih..hehehe.. |
cuba merasa..macam mana orang dulu bersembunyi.. |
lubang dah di tutup.. |
Masa berada di hutan ni..rasa nyaman jer..hilang segala tension..bila balik ke KL jer..tension gila di buatnya..masa kat sana suami Anis suruh Anis mencuba merasa masuk ke dalam lubang kat dalam gambar kat atas tu..tapi takuuut..takut tak boleh keluar sebab lubang tu muat-muat badan orang je..tak lebih tak kurang..lagilah badan orang-orang Vietnam kecik-kecik je..
Dekat sini Anis dapat masukkan beberapa pic sahaja..next time Anis masukkan pic lagi kay...tunggu..bye..zzzz
Sedar tak sedar sudah setahun 7 bulan dah anak anis yang kecil..dah mula bercakap sikit-sikit..perkataan yang mula dia sebut abu..(ibu)kemudian yah, (ayah) cicak,air, nak, tapi kebanyakkannya sebut hujung-hujung je..rasa terhibur dengan telatah dia..saat-saat yang membahagiakan bila membesarkan anak-anak..anak-anak korang pula camner? best tak? saat apa yang menghiburkan? boleh kita kongsi bersama? Tengok anak kita membesar di depan mata kita sendiri, perangai dia, ketawa dia..dulu sebelum dapat anak sunyi sepi rumah Anis..sekarang..macam tongkang pecah di buatnya oleh dua beradik ni..tapi terhibur..walau pun ibunya ni tiap-tiap hari macam tarzan terpekik terlolong..itulah setiap hari..itulah kehidupan..bila diaorang sudah sekolah rendah atau menengah lagilah sunyi nanti..lagilah kalau diaorang dah bekerja atau berumah tangga nanti..ish ke situ pula Anis kan lambat lagi ya tak? Apa pun kita rasa bahagia bersama anak-anak dan suami kita kan..merekalah segala-galanya dalam hidup Anis kini dan selamanya..
But now Anis berada di Cameran mengikuti suami Anis mengajar kumpulan KMK di sini..ni antara gambar yang sempat tangkap ketika singgah sebentar di deretan kedai tepi jalan sebelum menuju ke tempat penginapan kami tapi bukan ni aje..ada lagi tau..tunnnnggguuu...
menconteng kaki sendiri |
menconteng dinding |
strawberry coklat |
nyum..nyum |
makan strawberry |
sedap taw.. |
Langgan:
Catatan (Atom)
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.