Cameran Highland

Cerita Anis pada entry yang lepas, kalau u all baca, Anis ke Ho Chi Minh City, pada kali ini Anis hendak cerita pasal perjalan Anis ke Cameran Highland yang membuatkan Anis fobia bila naik kereta.. sebelum tu Anis hendak ucapkan Happy birthday buat anak Anis Dhia Firas yang menyambut hari kelahirannya tanggal 12 November 2011 yang lalu..genap usianya 5 tahun..kami celebrate kat Port Dickson je..


Pada tarikh yang sama gak, kami menerima panggilan dari kampung pukul 9 malam ayah mentua Anis meninggal..terus kami bergegas balik dari Port Dickson ke K.L ambil baju yang perlu..cuba contact flight tp semua tkde yang ada keesokkan harinya sahaja.nak tak nak terpaksa kami balik juga naik kereta lebih kurang pukul 12 lebih bertolak dari K.L..bila tiba je di Raub kami mengalami kemalangan kereta terlanggar lembu yang melintas..pada masa tu dah pukul 2 pagi teruk juga kereta masa tu, nasib baik kami tak cedera..



Lepas selesai urusan pengebumian, kami balik ke K.L menaiki bas..selepas dua minggu kemudian kami pergi bercuti ke Cameran bersama keluarga Anis dalam tiga buah kereta..selama 3 hari.









Kami buat sambutan ulangtahun kelahiran serentak tiga orang iaitu anak Anis Dhia Firas, Azam firdaus dan  Nurul Azwati di Cameran..balik je dari Cameran, berlaku lagi kemalangan kereta yang di pandu oleh suami Anis terbabas ke longkang gara-gara ada orang yang simbah minyak di jalan tersebut..sebelum kejadian tu dah ada empat buah kereta terbabas pada hari yang sama, selepas kereta kami di tarik, tak sampai sejam ada lagi yang terbabas tempat yang sama..Anis harap kepada sesiapa yang ingin merancang pergi bercuti ke Cameran hati-hatilah terutama ketika selekoh..jika pergi pun sebelum 6 petang atau balik sebelum 6.00 petang sebab Anis percaya ada yang buat kerja kotor supaya kenderaan yang lalu kat situ akan berlaku kemalangan dan mereka dapatlah duit hasil kerja kotor mereka tu! Masa kejadian tersebut mak saudara Anis ada ternampak lori tarik kereta tu menyorok suatu tempat (tunggu call) sahaja agaknya. Ish geram betul..tak fikir ke kalau termasuk gaung ke orang yang dia buat tu? cuba keluarga dia yang kena, baru dia tau..Okeylah u all Anis chaw dulu..tengah geram nih jumpa lagi di lain N3..bye.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.