seharian dengan kerja rumah

hari ni anis tak tau nk masak apa..pening juga kepala..nasiblah suami anis bukan jenis memilih makan..bedal aje semua..tapi mestilah yang halal..dalam dok fikir punya fikir teringin pula makan sotong..dah lama tak makan lauk sotong, jadi anis masaklah..nak tau sotong masak apa? sotong masak kicap cara anis..tapi sebelum masak tu, anis bersihkan dulu kulit sotong tu..nak tau petua dan resepi cara anis? jom..MULA-MULA BERSIHKAN SOTONG, RENDAM DALAM AIR BASUHAN BERAS LEPAS TU, BOLEHLAH TANGGALKAN KULIT SOTONG TERSEBUT..GOSOKKAN SIKIT..TANGGALLAH IA..  RESEPI SOTONG MASAK KICAP..CARA ANIS..BAHAN-BAHAN SOTONG SETENGAH KILO,KICAP MANIS SOS TIRAM BAWANG BESAR 1 BIJI BAWANG PUTIH 2 ULAS, 3CM HALIA,CILI HIJAU 2 BATANG SEMUA DI HIRIS PASTU TUMIS MASUK KICAP DAN SOS TIRAM AKHIR SEKALI MASUK SOTONG..SIAP DI HIDANGKAN..OKEYLAH, ANIS TAK BOLEH NAK TAIP BANYAK2 SEBAB LAPTOP JEM..NI TAIP PUN PAKAI TELEEON..OK CHAW..                         

susahnya nak besarkan anak

Hari ini rasa bosan pun ada..anak anis yang kedua ni, tak mahu berenggang dengan anis sampai masak pun kena dukung dia..aduh pengsan di buatnya..tu dah tidur pun..anak anis ni tengah menyusu badan..maklumlah anis tak bekerja..dulu ya..tapi dah berhenti..sebenarnya bagus kalau anak menyusu badan ni..jarang sakit..sebab antibodinya kuat..teringat masa pantang anak pertama dan masa mengandungkan anak..masa mengandungkan anak pertama anis langsung tak boleh bau nasi baru masak, bau ayam ke ikan ke yang belum masak..jadi dalam beberapa bulan tu anis tak masak langsung pun..nak tau siapa yang masak? cik abang tu lah siapa lagi..dia bukannya terer masak pun, anis bagitau cara-cara dia, pastu dia masaklah..nasiblah dia ada..kalau tak, makan kat luarlah..untung-untung dapat bermanja sikit ya tak? bila lagi, time mengandung ni lah masanya nak mengada-ngada..masa berpantang pula dia cuti seminggu jaga baby..and dia masak untuk anis..antara masakan yang dia masak masa pantang ialah ayam kukus bercuka..sebenarnya cuka elok untuk orang lepas bersalin tau..nak tau tak resepinya? jeng-jeng..

BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih
1 sm halia
3 sudu makan cuka
garam secukupnya

BAHAN A UNTUK TUMBUK/BLANDER
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

CARA BUAT:
Lumurkan ayam dengan bawang putih halia dan garam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian kukus ayam ini hingga masak.Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A.kukus lagi selama 5 minit

Amacam? senang tak? cuba tau jangan tak cuba..tapi, bila dah anis dapat anak ke dua anis tak ada alahan sangat..bolehlah masak..masa makan tadi, anis berbual kosong dengan suami, tengok muka anak anis muhammad asyiq wafiy dah nak setahun dah usianya..bulan dua nanti genaplah setahun si wafiy tu..tak tau nak celebrate kat mana..sekarang ni, dia asyik nangis sahaja, maklumlah nak tumbuh gigi..nak besarkan anak macam-macamlah..ada aje yang tak kena..tapi time macam nilah seronok bermain dengan anak, bila dah besar sikit mesti rasa miss..cuba bayangkan kalau anak dah besar..mesti teringgat dia waktu kecil dulukan..rasa macam nak stop masa..janganlah membesar sebab dah besar kita tak boleh nak peluk cium masa dia baby lagi..cuba fikir dan renungkanlah adakah kita ini, ibubapa yang berjaya atau gagal mendidik anak kita?

macam-macam..lah..

Hari ni anis rasa lega sikit..kesedihan anis beransur kurang..itu pun kerana nasihat dari suami anis sendiri..tapi anis nekad kami akan cuba ubah cara hidup kami, anis tak nak orang pandang hina pada kami lagi.. biarlah kita tak kacau orang..hidup perlu diteruskan..betul tak? walau macamana sekali pun anis tetap sayangkan suami dan anak-anak anis..merekalah segala-galanya..tapi nak besarkan anak bukan mudah macam-macam perangai ragam..dari baru lahir sampailah besar..kadang-kadang dua tiga pagi anak nangis kembunglah, demamlah dan macam-macam lagi..penat usah cakap sampai tak tidur di buatnya..tapi bagi orang yang baru-baru memang susah sikit sebab tak ada pengalaman lagi..sama macam anis kekok di buatnya..masa anis dapat anak pertama dulu, nenek anis bagi petua, maklumlah anak anis lelaki..kena jaga juga..takut kena angin pasang..nak tau petua nenek anis?
PETUA MENGHINDARI DARI ANGIN PASANG
 Mula ambil kain napkin, layurkan atas api dapur atau bara, agak-agak suam, tuamkan ke 'anu' anak..selalulah buat ya..kalau tidak, tak menjadi..

Petua kurangkan panas badan anak
Jika baby demam, suhu badannya lambat turun, cuba lumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa ke kepala baby..Insyaalah baby akan beransur-ansur pulih

Petua hidung tersumbat
kalau baby hidungnya tersumbat, sapukan kunyit hidup pada batang hidung babay..insyaallah.

Masa anak anis tak berapa sihat, anis cuba beberapa petua..biasalah kalau budak dah sakit hati ibu mana yang tak risaukan? dapay anak pertama memans seronok..lagi-lagi kalau lambat dapat anak..lepas bersalin rasa hilang segala sakit yang dialami semasa saat nak melahirkan..bersalin normal dengan ceasarean tidak sama..dua-dua anis merasa.. tapi bagi anis, ceasarean lagi sakit dari normal..macamana pendapat korang? tapi dekat sini, anis nak bagi tip lepas bersalin kalau pening apa yang harus anda buat?

Tip jika pening selepas bersalin
pastikan pakai stokin, selimut bagi keluar peluh,insyaalah okey.

Sebenarnya banyak lagi petua yang kita tak tau dari orang-orang tua ni..kebanyakkan petua yang anis tahu pun dari nenek anis sendiri..insyaalah anis akan kemukakan beberapa petua untuk tatapan korang..ni, mata anis pun dah kabur dah ni, anak-anak anis dah lama tidur, cik abang pun dah berdengkur dah..anis chaw dululah..okey bye.



menjalani hidup suka dan duka..



Kesedihan berulang kembali..hari ini anis betul-betul sedih..sejak semalam lagi..bukannya apa, petang semalam anis pergi ke rumah bapa anis di Selangor, tak sangka selama lima tahun perkahwinan kami, dia masih tidak dapat menerima suami anis sebagai menantunya..ialah sebelum inikan anis dah ceritakan pada korang tentang anis dan suami..ini anis dapat tahu pun dari ibu tiri anis sendiri..kisahnya macam ni,,masa anis ke sana anis masuk ke dapur rumah bapa anis dan bersembang dengan ibu tiri anis..anis katakan dapur rumah besar tak sama macam dapur rumah anis sendiri..lepas tu, dia kata kenapa tak cari rumah besar sikit..dia ingat senanag ke..kalau ada duit semua boleh jadi..mentang-mentanglah bapa anis ni berniaga grill..dapatlah untung sikit dapat buat rumah besar..yang orang macam anis dan suami ni, tak berharta..kata ibu tiri anis lagi, kenapa suami anis tak simpan duit kerja dah lama..orang makan gaji jangan nak samakan dengan orang bisnes..bapa anis samakan anis dengan anak saudara dia, kahwin dengan lelaki yang se usia..dapat beli tu, beli ni..kereta baru..tapi anis dan suami pakai kereta cabuk aje..itu yang dia pandang hina kat suami anis..rumah pun menyewa aje..tak ada rumah sendiri..kata ibu tiri anis, bapa anis tak akan tolong sesen pun duit dia kalau anis susah..lainlah kalau anis kahwin dengan lelaki muda..semua dia akan bantu..anis bukannya minta wang ringgit dia, tapi anis nak dia terima anis dan suami seadanya..tak tau lah cucu-cucu dia terima ke tak dalam hati dia..entah-entah benci..kesian suami anis..tapi bila anis ceritakan semua ni, dia tetap tenang tapi anis yang sedih pula..hina sangat ke kami di mata dia? biasalah orang dah hidup senag yang bawah akan ditindas..walau anis hidup sebegini, taklah semewah oarang kaya, hidup sederhana aje tapi anis bersyukur kerana kasing sayang, cinta dan rindu kami sentiasa di hati..bagi anis yang penting ialah kebahagiaan..kalau ada wang ringgit berjuta pun kalau hati tak bahagia buat apa..siapa yang tak nak bahagia? semua orang nak bahagia..kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.