kena gaot?

Hari ini anis bosan betul tak tau nak masak apa..nasib baiklah suami anis ni tidak memilih makan ..makan apa sahaja yang di masak..tetapi pantang sikit..dia ni tidak boleh makan makanan seafood..sebab dia ada gaot..gaot ni pantang sekali kalau makan makanan seafood, makanan dalam tin seperti sardin dan seumpamanya..tapi sardin itulah yang anis suka..terutama sambal sardin..fuhh...terangkat..mak mentua lalu pun tak sedar..dah lama betul tak makan..hendak masak, anis seorang sahaja makan..sardin itu pun kegemaran suami anis juga..kalau pergi ke rumah emak anis, kadang-kadang tu dia masak sardin, suami anis apa lagi..dah tak ingat sakit lagi..bedal aje..terutama siapa lagi..anislah..siapa lagi..tapi kali ini anis hendak masak sambal udang dengan petai..ini pun sudah lama anis tidak masak sambal udang dengan petai..tak apalah sekali sekala..bukan selalu pun..itu pun suami anis dah mengadu kakinya sudah sengal-sengal..siapakah yang salah? he..he..hee...


Bahan-bahan:
Udang besar 1/2 kilo
Petai 2 papan
Cili boh/ cili kering 7-8 batang
Serai 2 batang
belacan sedikit
Bawang besar 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Halia 1 inci
sedikit kunyit hidup
Air asam jawa secukupnya
Gula merah secukup rasa
Garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya:
Kisar bawang besar, bawang putih,. halia, kunyit hidup dan belacan. Panaskan minyak, ketuk serai dan tumis serai biar wangi, masukkan bahan yang di kisar, tumis hingga garing kemudian masukkan air asam jawa, petai, gula merah, udang, garam dan serbuk perasa secukupnya.

Dekat resepi ini anis gantikan gula pasir dengan gula merah..bahan-bahan lain seperti biasa..kalau suka letakkan sos tiram sedikit untuk kelainan..itu pun jika suka..okey bye..jumpa lagi lain kali cerita mengenai 4 jahitan..

romantik ke atau?...

Hari itu selepas husband anis balik daripada mengajar KMK di Langkawi, selang dua tiga hari dia tiba-tiba sahaja cakap dengan anis " aku tidak pernah penat..aku tidak pernah lelah..untuk mencintaimu hingga ke akhir hayat"...tak pernah dia ucapkan kata-kata tersebut pada anis selama kami berkahwin..terkedu anis mendengarnya..sebab selama ini pun yang dia pernah ucapkan "abang sayang za"..selain daripada itu tidak pernah pun dia berjiwang-jiwang ni..perubahan ini adakah dia benar-benar dari hati atau sebaliknya? hanya Allah sahaja yang tahu isihatinya..mungkin dia terasa rindu kot...husband anis ni jenis sentimental sikit..kalau berjauhan dengan isteri dan anak-anak dia akan rasa sunyi..begitu juga dengan anis..sebab tempat yang kami kunjungi di Langkawi meninggalkan kenamgan manis buat kami sekeluarga..sebab itu bila lalu di sesuatu kawasan atau pergi ke suatu tempat akan mengingatkan kenangan kami bersama..ini adalah salah satu  gambar kenangan kami yang kami simpan untuk tatapan korang..













dekat bawah ini adalah antara gambar-gambar yang kami ambil semasa ke port dickson untuk sambut hari kelahiran anak sulung anis tahun yang lalu..





cerita tv?



 artis ini adalah antara yang anis suka tengok namanya marian rivera iaitu dalam cerita marimar ceritanya boleh tangkap leleh..tak sabar nak tunggu episod seterusnya hari isnin ni..best giler..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.