Hari itu  anis sekeluarga pergi berjalan menziarah bapa anis di Selangor, sudah lama juga kami tidak jumpa bapa anis dan keluarganya..anis rasa agaknya sudah berbulan jugalah..anis betul-betul merajuk dengan bapa anis..kerana sehingga kini dia perlekehkan suami anis..dia hendak menantu yang kaya..suami anis ni apa aje yang ada..kereta pun kereta cabuk katanya..tapi, anis dapat tahu pun bapa anis cakap macam tu dari isteri bapa anis sendiri..tak tahulah betul atau tak..tapi masa anis pergi jumpa dia hari itu, kami dah pun tukar kereta..kereta pun bukan kereta baru..kereta second hand je..itu yang kami mampu setakat ini..sebenarnya anis hendak tunjuk pada bapa anis..dan harap jangan dia perlekehkan kami lagi..anis tak tahulah agaknya anis ni jenis lembut hati..walau bapa anis sudah tidak bersama dengan emak anis lagi, anis masih boleh pergi berjumpa dengannya..tapi tak taulah kalau orang lain macam anis juga ke? masa emak anis berpisah dengan bapa anis dulu tergamak bapa anis menghalau mak anis keluar dari rumah..bayangkan perempuan pulak yang kena keluar..jika apa-apa berlaki\u pada mak anis masa tu macamana? tergamaknya bapa anis menceraikan mak anis dengan talak tiga sekaligus..betapa bencinya bapa anis pada mak anis masa tu kerana menghalang hubungan dia dengan isterinya sekarang tapi itu semua cerita lama..mak anis pun dah berkahwin lain dan perkahwinan dia anis harap berkekalan..doakan untuk mak anis ya..

kena kacau?

Salam buat semua.. hari ini anis rasa tension..maklumlah sudah beberapa hari anis kurang tidur..kurang tidur buka kerana anis berchating atau pun melayari internet..tapi anis telah di ganggu oleh seseorang..siapa lagi  suami anis..geram pun ada..tengah-tengah malam terjaga..hah..hah..jangan fikir bukan-bukan pulak! suami anis kacau anis bukan untuk tu..tapi suami anis ini tidur berdengkur..jadi anis hendak tidur pun tak dapat..sampai pagi..dia sedap je tidur..hee..geram betul anis..apa boleh buat? sabar jelah..kata orang tua, kalau hendak kurangkan dengkur minum susu campur dengan badam yang sudah kita hancurkan..tapi suami anis ni tidak boleh minum air yang di campur badam sebabnya dia ada gaot..kalau ada penyakit gaot ni sebarang kekacang pun tidak boleh makan..kalau hendak makan juga memang cari nahaslah..jadi sekarang ni cuma dia amalkan makan celery dalam bentuk pil dan bila sudah kena tu dia makan pil cochicine sahaja..

terima kasih..

Salam buat pembaca dan semua blogger..terlebih dahulu dekat sini ingin anis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca dan blogger yang sudi ke halaman anis yang tidak seberapa ini..di kesempatan ini juga anis ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat wanita yang bergelar ibu, mama, umi, emak iaitu orang yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa dia, tiadalah kita di muka bumi ini..orang yang bersekang mata menjaga kita dari tangan kita sebesardua telapak tangan, besarnya pengorbanan seorang ibu, menahan sakit ketika mengandung dan saat melahirkan..betapa mulianya seorang wanita yang bergelar ibu sangup pertaruhkan nyawa demi anak yang di kandung..teringat anis ketika saat anis ingin melahirkan anak anis yang pertama dan kedua memang sakit hanya tuhan sahaja yang tahu..semasa mengandung anak anis yang pertama, anis sukar untuk berjalan dan berjalan pun berpapah oleh suami anis untuk ke mana-mana..nasib baiklah suami anis sabar kalau tidak tak tau lah...selepas bersalin dapat anak pertama, anis katakan selepas bersalin anak pertama ini, tak nak mengandung lagi kerana serik..tapi serik-serik pun dah dua orang sekarang ini..sekarang dah dapat anak,baru kita tahu betapa sukarnya emak kita menjaga kita semasa kecil dahulu, semasa belum kahwin kita tak merasa itu semua..sekarang ini baru kita tahu..pahit manis sentiasa ada bila membesarkan anak kita..Salam.

4 jahitan..

Petang tadi anis keluar berjalan ke taman bawa budak-budak tu berjalan..penat juga melayan karenah anak yang meningkat naik..si kecil sudah pandai berjalan..dia tengok si abang bermain gelongsor dia pun ikut hendak bermain sama..sedar tidak sedar sekejap sahaja masa berlalu..walau penat macamana sekalipun tapi rasa seronok tengok anak membesar depan mata kita sendiri..anak anis yang kecil sekali ini sekarang ini kuat mengigit..kadang-kadang tu depan orang anis boleh menjerit..sebab tiba-tiba sahaja anak anis gigit anis..rasa malu juga..kalau tidak anis yang kena, ayahnya atau abangnya..

Hari itu, anis terima panggilan suami anis dari tempat kerja..setenggah hari tu, anis off kan handphone sebab tengah cas..tengah harinya anis baru on kan balik..tetiba anis terima call dari suami katanya dia di hospital..anis tak sangkalah ingatkan dia lalu di kawasan hospital sebab tempat kerja dia pun berhampiran dengan hospital..tapi katanya dia berada di bahagian kecemasan..dia tengah luka..sebab kemalangan..terkejut betul anis..anis tanya macamana boleh berlaku siapa yang langgar? tapi katanya bukan kemalangan kereta  tapi kemalangan semasa dia berjalan kaki ke masjid, dia terlanggar penghadang tangga yang melintang atas kepalanya..iaitu tangga telekom tempat orang pijak untuk panjat..dekat situ ada satu bucu tajam, masa jalan pun dia tidak pandang depan..jalan cuma pandang bawah sahaja..lepas itu dia jalan hendak cepat menuju masjid untuk solat jumaat..tiba-tiba benda itu ada depan..tidak sempat dia mengelak..kena 4 jahitan juga..kesian husband anis..dia cerita sambil berjalan kepalanya banyak keluar darah..ramai orang tanya dia dan berasa hairan tengok suami anis..bila orang tanya suami anis kemalangan jalan kaki..ada yang tersenyum sahaja dan ada yang bersimpati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.