Semenjak anak-anak Anis dah besar, macam-macam yang diaorag minta, lebih-lebih lagi mainan..pantang jumpa kedai mainan ke, kat shopping compleks ke, tak dpat beli, tengok pun jadilah..baik si abang mahu pun si adik.. apatah lagi kalau bab2 makan ni..memang cerewet, yang si abang tak boleh mkn makanan yang pedas2, tp si adik bolehlah mkn pedas2 sikit..bila time masak tu terpaksa masak yang pedas dan yang kurang pedas..kekadang tu, rasa geram juga..okeylah sekarang Anis pun tak nak buang masa anda semua untuk baca celoteh Anis panjang2..dekat sini Anis nak kongsi satu resepi yang menjadi makana kegemaran kami sekeluarga iaitu sosej bersalut roti..


Bahan-bahannya:

sosej ayam 6 ketul (kalau ramai boleh di tambahkan lagi)
roti gardenia atau sebarang roti 6 keping
keju chedar 6 keping
telur 2 biji di pukul
bread crumb secukupnya

Cara membuatnya:
Leperkan roti  letakkan  keju, sosej di atas roti gulungkan kemudian celupkan ke dalam telur yang telah dipukul tadi kemudian salutkan dengan bread crumb..goreng hingga kuning.sedia di hidangkan..^___^senang tak? selamat mencuba k..cayang semua..

nasi ayam pebret anak..

Salam buat semua yang baru mengunjungi blog Anis yg tak seberapa ni..dan juga pada yg pernah masuk ke blog Anis ni..(ya ke ada? perasan la tu..) Hari ni Anis nak kongsi masakan kegemaran anak-anak Anis iaitu nasi ayam



Bahan2nya:
100g beras
300ml air/secukupnya
20g margerin
sebesar ibu jari halia
bawang besar didadu
bawang kecil 2 ulas
daun pandan
garam secukupnya
air secukupnya untuk tanak beras
Tumis bawang besar putih dan halia dengan marjerin sehingga terbit bau masukkan ke dalam nasi dan tanak seperti biasa masukkan daun pandan dan garam secukupnya.

Untuk sup:
Rebus 250g
ayam setengah masak, masukkan halia lada hitam sedikit. Dalam kuali tumiskan bawang kecil 4-5 ulas, bawang putih 2 ulas kemudian masukkan ke dalam sup, keluarkan ayam dari sup, ketepikan.

untuk bahan perap ayam:
250g Ayam
halia sebesar ibu jari, madu, kicap cair dan sos tiram campurkan semua, perap dalam 15-20 minit,kemudian goreng dengan separuh masak, jgn terlalu lama mengoreng kerana bahan seperti madu akan menjadi hitam..

Bahah2 lain:
kicap cair
sambal
hirisan timun sebagai hisan, tomato dan salad..

~Anis tak letak salad tu, sebabnya En.Somi cuba cari semuanya tkde dkt kedai.omi cakap tak payahlah nk salad2 yg pentingnya nasi dan ayam tu sedap..Anis kata tak lawa lah sebab salad tkde..tak ghupa nasi ayamnya.tp En Somi gantikan Salad dgn yg lain..nk tau apa ke bendanya?


 tadaaa...huhu..kesian Aniskan..ada ke patut bunga raya gantikan salad..timun pula, Anis tak boleh mkn sbbnya Anis ada semput, so terpulanglah pada anda nak letak hiasan tu atau tak .k..selamat mencuba..:)
Sedar tak sedar tahun ni dah 2 tahun anak Anis yg si kecik..si abang pula tahun depan dah pun darjah satu..sekejapnya masa berlalu,kan..terasa begitu pantas sekali..pejam celik pejam celik anak kita dah pun besar..tak terasa, masa kecik dulu, kita ternanti2 bila la nak membesar anak kita ni..bila dah mula sekolah tu, rasanya makin lama dia akan meninggalkan kita dan hidup sendiri ada keluarga sendiri..ingatkah anak2 kita pada ibu ayah dia ni..wahai anak-anak ibu, ketahuilah bahawa ibu dan ayah benar2 menyayangi anak-anak ibu dan ayah..ibu harap bila anak-anak ibu dah dewasa nanti, jangan lupakan ibu dan ayah ni, ingat kami, walau kami selalu marahkan korang, dalam hati ibu dengan ayah selelu menyayangi korang setiap saat, setiap detik dan setiap nafas kami..kami tak minta apa2 pun dari anak2 ibu,cuma yang ibu harap anak2 ibu, sayangi kami seperti kami menyayangi kalian berdua tanpa berbelah bagi..sehingga nafas kami terhenti..korang berdua putera hati ibu dan ayah..tiada siapa yang boleh mengantinya..bila anak-anak ibu baca blog ibu ni, ketahuilah, ada suka ada duka di dalamnya..dan segala kenangan kita sekeluarga ada di dalamnya..bila ibu tiada nanti, Firas, jaga adik baik2 dan jadi contoh yang baik untuk adik..ibu tetap sayang firas dan wafiy hari ini dan selamanya..sayang sangat!..ni adalah antara kenangan kita iaitu sambutan birthday adik yang ke 2 tahun hari tu..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.