kena tahan?

Hari ni masuk hari yang tujuh selepas keluar dari wad HKL..dah lepas anak sulung Anis kena tahan kerana dmam, ni Anis pulak kena tahan sebab demam panas dan asma..seumur hidup ini, paling teruk sekali kena demam sampai 42 celcius..Anak Anis yang kecil terpaksa ayahnya jaga..tidur pun atas bahu..susu botol tak nak..kesian juga tengok dia..selama lima hari malam tidur tanpa susu badan..suami Anis yang teruk nak tidurkan dia..nangis je Anis tak ada..bila waktu melawat je bawa dia jumpa Anis untuk menyusu..nasib baiklah dia dah boleh mkn apa2..masa kat hospital, cuba minta kat doktor tu kasi balik, tapi doktor tak bagi sebabnya demam Anis tak kebah2..turun suhu sikit, jap lagi mendadak naik semula..tu yang susah doktor nak bagi balik..nangis juga Anis mengenang Anak yang masih menyusu..depan doktor Anis menangis bagi lepaskan Anis balik..doktor pun jadi serba salah..tapi tetap tak boleh balik gak sehingga suhu betul2 turun paras normal..lima hari juga kena tahan kat wad..seksa rasanya terpisah ngan anak yang masih menyusu..bila balik rumah, rumah dah siap berkemas..suami Anis tolong kemas..lega juga..tak payah pening2 kepala..t.q.v.m..cuma sekarang ni Anis kena byk berehat sikit..tak boleh kerja berat2..nanti semput balik..cuma kekadang tu yang buat semput tu bukan buat kerja sangat pun dengan anak2 anis pun dah terasa semput dengan kenakalan mereka ni..nak wat camna nama pun budak2..kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.