ni anis nak cerita tentang kawan anis sikit..asyik cerita pasal anis je..tentu bosankan? bukannya anis ni artiskan? kisahnya macam ni, dua tiga hari lepas anis ada terserempak dengan kawan anis ni, dah lima tahun juga la tak jumpa sejak anis berhenti kerja dan dia pun berhenti..kawan anis ni nak kata kawan baik, baik juga lah..satu ofis dengan anis dulu..dia ni pun kenal juga dengan suami anis ni, maklumlah suami anis ni bos dia, dan bos anis juga..sebelum ni anis ada cerita pasal anis dengan suami mula kenal dulu..kawan anis ni, macam anis juga mak bapa dah berpisah, mak dia dah pun berkahwin lain, bapa dia masih menduda lagi..tapi kat sini anis bukan nak cerita pasal mak bapa dia tapi kisah hidup dia..adik beradik dia enam orang, anak kelima..selepas tamat spm, dia bantu kakak dia berniaga sampailah suatu masa dia dapat tawaran bekerja di jabatan kerajaan sama dengan anis, dalam bekerja tu, dia kenal dengan seorang lelaki..syam seorang askar..kawan anis ni, anis panggil fa aje, kalau nama penuh memang panjang..si fa dengan syam kawan punya kawan dah jadi rapat, berputiknya cinta antara diaorg..tapi kata orang, cinta itu buta tak kenal usia, darjat atau keturunan..syam lebih muda usianya dari fa..kawan-kawan ramai yang tahu hubungan mereka..antara kawan-kawan fa tu, anis pun tak kenal, kawan atas kawan la ni..ada yang dengki tengok kebahagian diaorg..fa cakap tak taulah cerita syam dah ada perempuan lain betul atau tak? anis tanya fa "kau pasti ke syam dah ada org lain?" comfirm kak, sebab fa sendiri pergi tengok tempat dia lepak dengan perempuan tu, dia pun ada kat situ, nampak fa aje pucat lesi, terus fa balik".."lepas tu dia tak kejar kau ke atau telefon balik?" "ada, dia cakap yang fa nampak tu adik angkat dia..adik angkat apa siap pegang-pegang tangan..fa tak percayalah..@:!%*%@!!!" marah betul fa masa tu..