Esok, genap asyiq setahun..dah besar dah anak ibu..anis rasa macam baru semalam sahaja anak anis lahir..tidak terasa masa begitu pantas berlalu..pejam celik dah pun setahun esok..esok, anis sekeluarga akan keluar berjalan meraikan birthday anak anis, ayah budak-budak itu kenalah cuti satu hari..silap-silap cuti terus sampai ke lusa..mungkin keluar jauh dari bandar atau mungkin juga pergi ke pantai sebab si abangnya memang suka mandi laut..buat masa ini anis tidak merancang ke mana sebab tidak ada planning lagi..seronok juga keluar hiburkan hati sambil makan dekat luar sekali sekala..tidaklah rasa sunyi sangat asyik dekat rumah sahaja sekali-sekala bawalah anak-anak berjalan hiburkan hati anak-anak..nanti kalau ada kelapangan akan anis postkan gambar semasa birthday anak anis nanti..tunggu ya..tapi sebelum itu anis nak kongsi resepi dengan korang iaitu resepi mihun goreng cara anis ok..tapi resepi ini haya untuk 4-5 orang sahaja..
bahan-bahan:
setenggah bungkus mihun
bawang kecil 6 ulas - di kisar
bawang putih 2 ulas -di kisar
cili merah 3-4 batang -dikisar
udang kering 3 sudu besar -dikisar
sawi sedikit
fish ball 1 paket
fish kek 2 ketul
udang besar 7-8 ekor
ayam 100g sedikit di potong dadu kecil
telur 2 biji
sos tiram 2 sudu besar
garam dan sebuk perasa
minyak
daun saderi dan daun bawang (jika suka)
cara-caranya:
Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih, cili merah, udang kering yang telah dikisar.Tumis hingga berbau, masuk sedikit air, masuk sos tiram, selapas itu,masukkan ayam, fish ball, fish kek, udang, sawi, telur, hingga masak, masuk garam dan serbuk perasa secukupnya,sebelum itu rendam mihun dahulu..selepas toskan airnya, masukkan mihun ke dalam kuali kacau rata-rata..sedia untuk di hidangkan..kalau suka taburkanlah daun saderi dan daun bawang..
Dekat entry ni anis letakkan cili merah dalam resepi, sebab anak anis tidak kuat pedas..jika korang dekat luar sana hendakkan pedas, tukarkan cili merah pada cili kering atau cili boh..tapi pastikan cili merah masukkan juga untuk rasa yang lebih sedap..jika tidak percaya cubalah..resepi ini juga akan anis buat ketika birthday anak anis esok..selamat mencuba bye..