mama, ke mana menghilang..

Diam tak diam sudah dekat seminggu lebih anis tidak menulis di ruangan kesayangan ramai ini..(sayang ke?) mulalah jatuh perasan tu...okeylah, dekat sini anis hendak ucapkan selamat petang (ketika artikel ini di tulis) kepada semua pembaca dan blogger semua..dah lama anis tak menaip..maklumlah pertama sekali sibuk dengan segala urusan yang tak pernah habis, faktor kedua, anis punya komputer selalu jem..kalau lepas ni, lambat menulis tak tau lah nak wat apa lagi..stop menulis kot..itu tak mungkin..

Okeylah, sekarang ni anis nak bercerita dekat korang suatu cerita daripada seorang ustaz kepada suami anis..orangnya pun anis tak kenal sangat, bukan sepertu cerita Fa, seoarang kawan baik anis..tapi ini tak, seoarang yang anis tak kenal..
Namanya sebagai R  dan pasangannyan J. Mereka ini pada awalnya seperti pasangan yang lain juga, bercinta..di pendekkan cerita, bercinta bagai nak rak lepas tu kahwin..Si J adalah isteri kepada R, mereka berkahwin atas dasar suka sama suka dan dikurniakan anak lima orang hasil dari perkahwinan mereka..

Pada suatu hari, hujan tak, panas tak, tiba-tiba pasangan yang dikatakan romantik ini, bergaduh.." apa kena dengan awak ni, apa lagi yang kurang?" "lauk mentah saya sudah beli, makanan cukupdekat dalam peti ais tu, apa yang awak nak lagi?"tanya R kepada J." Saya bukannya hendak itu semua,barang rumah cukup ke tidak ke..saya tahu awak ada bagi tapi saya rasa tak cukup apa yang ada ni..kita hidup setakat macan ni aje tidak berubah-ubah sejak kahwin sampailah sekarang"..kata J. "sabarlah..kalau kita ada rezeki nanti nasib kita akan berubah..J hanya mencebik sahaja..meluat mendengar kata-kata dari suaminya..itu cumalah alasan J sahaja..sebenarnya dia mahukan lebih daripada suaminya tapi dia tak pernah suarakan keinginannya yang satu itu..Baginya suaminya tidak akan faham naluri seorang perempuan yang bergelar isteri, dahagakan kasih sayang..perhatian..hati perempuannya membuak-buak ingin keluar dari kemelut rumahtangga yang dibinanya..bosan..cuma satu yang di fikirkannya..keluar dari rumah..

"kau nak pergi mana ni dengan beg-beg ni?" tanya R kepada isterinya."aku nak keluar bina hidup baru aku..aku malas nak hidup dengan kau lagi aku dah tak tahan"..kata J lalu terus keluar tanpa menghiraukan suami dan anak-anak yang masih kecil lagi yang memerlukan kasih seorang ibu.."habis kau nak biarkan kami..anak-anak, tinggalkan begitu sahaja ke?" marah suaminya.."kau jaga sendiri anak kau tu! aku sekarang nak bina hidup aku sendiri! bersuamikan orang yang macam kau?" sindir J lagi.."kalau kau nak keluar, keluar sekarang!" tempik  R."memang aku nak keluar pun!" balas J. "berambus sekarang juga! jangan kau balik-balik lagi dekat rumah ini!" marah si R lagi..
Bermula saat itu, R lah bapa dan juga ibu kepada kelima anak mereka, nasiblah ibunya tinggal berhampiran dengan rumahnya, bolehlah ibunya tengok-tengokkan kelima-lima orang anaknya ketika R keluar bekerja.       bila pulang ke rumah.Bila tamat waktu kerja, R cepat-cepat pulang ke rumah untuk jaga anaknya, tugas memasak terpaksa di buatnya kalau tidak sebelum ini, itulah tugas seorang isteri, tapi kini menjadi tugasnya pula..hari demi hari berlalu, tahun berganti tahun..anak yang kecil pun sudah hendak masuk ke tadika, mereka langsung tidak menyebut tentang mamanya lagi..pada awalnya, yang bonsu sering juga tanyakan mamanya ke mana perginya mama..lama-kelamaan mereka adik beradik sudah lali dan mereka tidak pernah menyebutnya lagi, sebab mereka tahu mamanya sanggup tinggalkan mereka semua tanpa kasih sayang..bagi mereka bapanyalah bapa secara tak langsung ibu kepada mereka..bagi mereka, tanpa kasih dari mama mereka lebih baik..benci pada manusia yang dipanggil mama..tapi lupa pada anak sendiri.. (ikuti kisah ini lagi di lain masa.. anis tak boleh menaip panjang-panjang sangat sebab anis ada anak kecil yang perlu di uruskan..kalau nak tahu lebih lanjut lagi selalulah jengah-jengah kat http://www.pelangipelangikehidupan.blogspot.com link blog anis ni ya :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.