cemburu ke?
salam buat pembaca semua..hari ni anis hendak tanya korang semua..siapakah lebih cemburu? Lelaki ke wanita yang lebih cemburu? Anis rasa kita sebagai manusia semuanya sama..tidak kira lelaki ke wanita ada rasa sifat cemburu pada pasangan..tetapi yang penting cemburu itu ada batasannya..jangan berlebihan..suatu hari itu, anis keluar bersama suami anis naik kereta..berhenti di lampu isyarat, lalu seorang wanita, pada pandangan anis menarik juga ada rupa sikit, apalagi..suami anis pun menjeling wanita tu..bila lampu dah bertukar hijau, suami anis masih pandang wanita itu dari sisi cermin kereta..amboi kata anis, pandang perempuan sampai dah lepas masih tengok lagi? Kata suami anis bukan tengok apa..cuma pakaian perempuan tu terlalu sendat hinggakan menampakkan bentuk badan..kata suami anis lagi, tak sesuai kerana perutnya yang berlemak tu pakai sendat2..oh macam tu..anis nak tau juga kenapa lelaki suka tengok perempuan lain sedangkan pasangan ada? Adakah anis ni kuat cemburu? Anis rasa tak..( ya ker?he..he..he..)tak apalah asalkan bukan cemburu buta kan? Anis rasa memang lumrah manusia sukakan benda yang cantik2..tipu lah kalau kita kata tidak sukakan kecantikan..dekat sini anis hendak bagi tip kempiskan perut..caranya ialah minum air limau nipis..perahkan limau nipis,ambil airnya bancuh dengan air suam dan gula sedikit, kacau lalu minum pagi dan petang selepas makan..selain pada itu boleh juga lumurkan perut tu dengan asam jawa..bye selamat mencuba..
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.