pot pet..pot peett..
Salam buat pembaca semua..kali ini anis hendak cerita sikit..cerita tentang masa anis baru-baru mendirikan rumah tangga..alahai cerita dah lapuk dah..tapi walaupun dah lapuk pun, anis tetap nak ceritakan juga untuk korang..masa anis dan suami mula-mula kahwin dulu..ada sahaja tidak kena..hal kecil2 pun jadi pertengkaran..bila dah bergaduh tu..dua tiga hari jugalah tidak bertegur sapa..masing2 muncung je..anis dua kali gandalah muncung tu..salah satu yang kami bertelagah pasal perbezaan pendapat..satu lagi anis ni suka berleter! tapi pembetulan..itu dulu tau..sebab apa anis tak nak berleter pada suami? suami anis pernah tanya pada anis, kalau dia berleter dekat anis..anis suka tak? tentulah tak..sesiapa pun tidak suka kalau diri sendiri dileteri..kata suami anis lagi bukankah baik kalau apa yang tidak puas hati cakap elok-elok? buat apa perlu berleter? kalau nak suami minta tolong buat kerja rumah sekalipun mestilah cakap elok2..kata suami anis lagi minta suami tolong bukan suruh suami..contohnya, "abang tolong saya angkat kain jemuran"..atau kata2 mengarah suami "abang angkat kain jemuran tu..dah kering dah"..yang mana lebih baik? dalam apa pun jangan lupa perkataan tolong..ni, anis nak cerita sikit..tentang kakak ipar anis..suami isteri dan mempunyai seorang anak..anak pun dah lepasan SPM..kerja di tempat yang sama..suaminya kata kakak ipar anis dah ada perempuan lain di tempat kerja..suami anis cuba korek cerita macamana boleh jadi macam itu..adakah kakak anis ni jenis kuat berleter? kakak ipar anis mengaku dia suka bisingkan suaminya..jadi suaminya tak tahan kena leter..lalu keluar rumah..diam-diam ada perempuan lain..kakak ipar anis nampak di cafe mereka keluar minum bersama..pendapat anis sesiapa sahaja tidak kira sebagai anak, isteri atau suami sekalipun tidak suka kalau kena leter..jagan jadikan berleter itu suatu tabiat..jangan sampai orang yang korang sayang angkat kaki..okey setakat ini saja buat kali ini..sayonara..
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.