Hari itu selepas husband anis balik daripada mengajar KMK di Langkawi, selang dua tiga hari dia tiba-tiba sahaja cakap dengan anis " aku tidak pernah penat..aku tidak pernah lelah..untuk mencintaimu hingga ke akhir hayat"...tak pernah dia ucapkan kata-kata tersebut pada anis selama kami berkahwin..terkedu anis mendengarnya..sebab selama ini pun yang dia pernah ucapkan "abang sayang za"..selain daripada itu tidak pernah pun dia berjiwang-jiwang ni..perubahan ini adakah dia benar-benar dari hati atau sebaliknya? hanya Allah sahaja yang tahu isihatinya..mungkin dia terasa rindu kot...husband anis ni jenis sentimental sikit..kalau berjauhan dengan isteri dan anak-anak dia akan rasa sunyi..begitu juga dengan anis..sebab tempat yang kami kunjungi di Langkawi meninggalkan kenamgan manis buat kami sekeluarga..sebab itu bila lalu di sesuatu kawasan atau pergi ke suatu tempat akan mengingatkan kenangan kami bersama..ini adalah salah satu gambar kenangan kami yang kami simpan untuk tatapan korang..
dekat bawah ini adalah antara gambar-gambar yang kami ambil semasa ke port dickson untuk sambut hari kelahiran anak sulung anis tahun yang lalu..