Lagu..

Salam buat semua pembaca..hari ini Anis rasa happy sangat kerana hari ini adalah birthday Anis..Anis happy bukan kerana Birthday tu sangat, tapi kerana ingatan suami Anis pada Anis iaitu ucapan paling berharga bagi Anis " HAPPY BIRTHDAY" YANG..walau pun birthday kali ini tanpa hadiah sekurang-kurangnya ingatan itu lebih baik dari segalanya..Anis fikir tiada lagi ucapan dari husband tapi ternyata dia masih ingat..bukannya apa dalam beberapa hari ini dia begitu sibuk kerana dia telah pun bertukar kerja di tempat lain dan bebana kerja pun bertamabah dari hari ke hari dan masa untuk bersama keluarga pun agak kurang..tapi, Anis harap perkara tu sekejap sahaja..kalau berpanjangan nampaknya Anis kesunyianlah..cuma ditemani anak-anak sahajalah..tapi dalam pada itu, dia sempat tujukan satu lagu untuk Anis iaitu lagu Anuar Zain "Sedetik Lebih"..jom kita start felling jap..


Amacam? best tak? tak tahulah bagi orang kat luar sana..mungkin ada yang suka dan tidak kan terpulanglah..masing-masing ada pilihan artis sendirikan? sebenarnya kalau dengar betul-betul lagu ni, memang dia ada kena mengena dengan Anis sebab tu suami Anis tujukan lagu ni untuk  isterinya..harap anda terhibur bye..jumpa lagi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.