Salam buat semua yang baru mengunjungi blog Anis yg tak seberapa ni..dan juga pada yg pernah masuk ke blog Anis ni..(ya ke ada? perasan la tu..) Hari ni Anis nak kongsi masakan kegemaran anak-anak Anis iaitu nasi ayam
Bahan2nya:
100g beras
300ml air/secukupnya
20g margerin
sebesar ibu jari halia
bawang besar didadu
bawang kecil 2 ulas
daun pandan
garam secukupnya
air secukupnya untuk tanak beras
Tumis bawang besar putih dan halia dengan marjerin sehingga terbit bau masukkan ke dalam nasi dan tanak seperti biasa masukkan daun pandan dan garam secukupnya.
Untuk sup:
Rebus 250g
ayam setengah masak, masukkan halia lada hitam sedikit. Dalam kuali tumiskan bawang kecil 4-5 ulas, bawang putih 2 ulas kemudian masukkan ke dalam sup, keluarkan ayam dari sup, ketepikan.
untuk bahan perap ayam:
250g Ayam
halia sebesar ibu jari, madu, kicap cair dan sos tiram campurkan semua, perap dalam 15-20 minit,kemudian goreng dengan separuh masak, jgn terlalu lama mengoreng kerana bahan seperti madu akan menjadi hitam..
Bahah2 lain:
kicap cair
sambal
hirisan timun sebagai hisan, tomato dan salad..
~Anis tak letak salad tu, sebabnya En.Somi cuba cari semuanya tkde dkt kedai.omi cakap tak payahlah nk salad2 yg pentingnya nasi dan ayam tu sedap..Anis kata tak lawa lah sebab salad tkde..tak ghupa nasi ayamnya.tp En Somi gantikan Salad dgn yg lain..nk tau apa ke bendanya?
tadaaa...huhu..kesian Aniskan..ada ke patut bunga raya gantikan salad..timun pula, Anis tak boleh mkn sbbnya Anis ada semput, so terpulanglah pada anda nak letak hiasan tu atau tak .k..selamat mencuba..:)