"happy birthday"..
Bulan ni, bulan Februari..pada bulan ini juga adalah birthday anak anis Asyiq Wafiy..24 Februari genaplah si kecik tu setahun..dah nak setahun tapi, tak pandai jalan lagi..mungkin ikut abangnya lambat sikit..kata orang tua, kalau nak cepat anak berjalan pukul kaki nya dengan daun seringgan atau bagi dia pijak rumput pagi-pagi waktu embun pagi..tapi anis tak dapat buat itu semua, sebab dekat bandar mana nak cari semua itu, betul tak? anak-anak anis ni memang tak suka bila di masukkan ke dalam baby walker seperti baby lain..sebab tu lambat jalan kot..bila fikirkan birthday wafiy tidak lama lagi, terfikir juga hendak celebrate birthday dia tapi tak tau kat mana nak pergi..sesiapa ada idea? secara kebetulan, tempat kerja suami anis akan adakan hari keluarga, mungkin kami raikan dekat sana kot..tapi itu lambat lagi dalam bulan tiga nanti..birhday anak anis jatuh pada bulan ni..ada tak yang sesiapa ulangtahun pada bulan ini? anis ucapkan happy birthday atau happy aniversary pada sesiapa meraikan pada bulan ini..anis harap tidak kira pada bulan berapa pun, ingat hari istemewa seseorang..tidak kira orang itu suami kita, isteri kita, kekasih kita, anak kita, ibubapa ataupun rakan kita..anis pasti mereka tertunggu-tunggu ucapan selamat dari kita..jika hari tersebut adalah ulangtahun kita, adakah kita ingin seseorang mengucapkannya? anis percaya ucapan lebih penting dari hadiah..sekurang-kurangnya kita dihargai oleh seseorang..:)
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.