pertama kali ke sekolah..
Minggu lepas anak anis sudah mula bersekolah..baru empat tahun..pertama kali anis menghantar dia ke sana, susah hendak tinggal..bila anis hendak balik sahaja menangis hendak ikut balik juga..susah di buatnya..maklum lah pertama kali berenggang dengan anis dan suami..dia bukan hendak dengan orang yang dia tidak kenal, melainkan anis,suami dan atoknya sahaja yang dia boleh ikut..kesian juga dia, tapi anis cuba tanyakan pendapat emak saudara anis, memang macam itu ke bila anak di hantar ke sekolah, sebab sepupu anis masa dia kecil dulu pun macam itu juga..itulah kata emak saudara anis..anis rasa semua anak macam itu, kawan suami anis punya anak pun macam itu juga, bila sudah seminggu dua okeylah dia..cuma mereka ini belum dapat sesuaikan diri lagi dengan situsi ke sekolah..selalu dekat rumah bermain, menonton tv, belajar sikit-sikit..ibu dan ayah ada dekat rumah..dekat taska semua kena ikut peraturan, time makan,time tidur, time main..mungkin bagi mereka tidak bebas seperti di rumah sendiri..tapi, anis rasa kita sebagai ibu kenalah kuat semangat demi kepentingan anak kita juga..betul tak? ada tak sesiapa dekat luar sana yang tahun ini menghantar anak ke sekolah atau taska? anis teringin hendak berkongsi pendapat dengan anda semua..atau pengalaman ketika menghantar anak ke sekolah, boleh?
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.