Entry yang lepas-lepas anis ada cerita tentang suami anis ke Langkawi atas urusan kerja..balik sahaja daripada Langkawi dia belikan anis dan anak-anak coklat..memang anis cukup suka coklat tu..ferero rocher..dan periuk non stick..memang dari dulu lagi anis cakap dengan dia teringgin hendak ada satu periuk macam tu..sebab anis cakap dengan suami anis masak bubur untu anak selalu sahaja melekat..tidak sangka pula dia belikan untuk anis..memang senang cuci tidak payah rendam lama-lama untuk keluarkan kerak dekat periuk lagi..terima kasih banyak-banyak pada suami anis..senang sikit kerja anis..nanti senang-senang anis akan bagi gambar lama dan terkini anis sekeluarga..kali ini anis tidak dapat masukkan kerana pembaca kad anis, suami anis bawa dan tertinggal di pejabatnya..
Ini, anis hendak cerita sikit sebagai renungan..dua tiga hari lepas berlaku suatu peristiwa dekat rumah anis..tapi peristiwa ni betul-betul mengejutkan anis..ceritanya mengenai jiran sebelah rumah anis..jiran anis ini bukannya anis kenal rapat pun..macamana hendak kenal rapat..suami isteri ini keluar rumah awal pagi subuh..balik lewat malam..hari cuti pun jarang sekali terserempak..bila satu hari itu, terserempak, anis cuba senyum sebagai permulaan perhubungan dengan si isteri, tetapi langsung tidak membalas..anis rasa mungkin dia tidak ada hati untuk bergaul dengan jiran tetangga..sampai sekarang anis masih tidak tahu nama suaminya mahupun isteri dan anak-anaknya..terukkah anis ini? sampai nama jiran pun tidak tahu..suatu pagi tu, anis dengarlah kecoh-kecoh dekat luar tu..memang bising..sampai anak anis yang kecil pun terjaga..tapi, masa itu anis langsung tidak ambil pusing kekecohan tersebut sebabnya anak anis menangis dan hendak menyusu untuk tidur semula..esoknya balik dari kerja suani anis tanya anis..dekat kawasan kita ni ada ke tak benda besar berlaku? anis jawab tak ada pun..apa dia anis tanya balik pada suami..jiran sebelah rumah kita kena tangkap khalwat..isterinya bersama lelaki lain..suaminya sendiri dengan pejabat agama datang serbu..laa...macamana boleh berlaku? memang tak sangka..si suami memang dah lama syak isterinya ada orang lain..hee..seram anis dengar..minta-minta di jauhkanlah kita suami isteri berlaku seperti itu..anis pun tidak tahu kenapa boleh berlaku macam itu..adakah hilangnya sifat ingin memiliki? adakah hilangnya perhatian pasangan? adakah merasakan pasangan sudah hilang kasih sayang? tiada lagi sifat menghargai pasangan?adakah pasangan masih di hati kita? atau sekadar suka-suka? anis cuma boleh nasihat, fikirlah..jika anda dekat luar sana ada terfikir atau terlintas...lupakan sahaja hasrat itu..fikirkan pahala dosa..berbincanglah secara baik dengan pasangan..jika, anda lihat catatan anis yang terdahulu..cerita kawan suami anis..yang isterinya berfoya-foya..anda akan tahu apa akibatnya..cerita itu akan jadi iktibar pada kita semua..jangan letakkan kesalahan atau pertengkaran di bahu pasangan..cuba kita fikir adakah kita ini langsung tidakbersalah? atau kita ini sempurna dari segala hal? tiada manusia yang sempura..semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing..kita patut bersyukur apa yang kita miliki..dan yang penting jangan bandingkan kita dengan orang lain..ini akan menjadikan kita manusia yang tidak bersyukur di atas ketentuanNYA..okey sampai di sini buat kali ini..salam hormat..bye...:)