gaduh?

Memang diakui, dalam kehidupan berumahtangga, kita tidak boleh lari daripada bertengkar dan keadaan yang tidak puas hati, bertegang urat..sedangkan lidah lagikan tergigit..ini pula suami isteri..setelah bergelar suami isteri, ada sahaja bahan yang boleh mencetuskan pergaduhan..bila silap sikit suara sudah mula meninggi..ada juga hal yang tidak puas hati isteri iaitu suami tidak pernah membantu dalam kerja rumah..isteri tidak memasak, malas meengemas rumah, hal berkaitan anak-anak juga punca bergaduh..

Hari itu suami anis ada bercerita tentang seorang kawan dia, kawan dia ini hendak kata kawan rapat tidak lah juga..tetapi kawan suami anis meluahkan rasa tidak puas hatinya pada suami anis kerana rasa tidak puas hatinya itu mengenai isterinya..dia rasa bosan dengan isterinya, bukannya pasal apa..sebabnya isteri kawan suami anis itu tidak pernah memasak..melainkan makan di luar sahaja, bila time mengemas, kawan suami anis yang mengemas rumah..mereka berdua ini bekerja..kata kawan suami anis ini lagi, isterinya tidak pernah mengemas rumah..kain baju bertimbun, pinggan mangkuk bersepah di sinki tidak bercuci..balik kerja terus duduk mengadap tv..jadi kawan suami anis ini bosan dengan keadaan rumah yang bersepah..jadi dia yang mengambil alih tugas isterinya..bukan tidak pernah tegur bila ditegur melenting..jadi, dialah yang uruskan semuanya..dia sudah malas hendak rumah..bila dia rasa tension dia keluar rumah habiskan masa bersama kawan-kawan bermain bola atau ping-pong..kesian juga anis mendengar cerita suami anis..kenapa boleh jadi macam itu? penat sangatkah? tanya suami anis pada anis sampai lepaskan tanggunjawab isteri pada suami? adakah menguruskan rumahtangga tanggungjawab suami? di mana tanggungjawab isteri di sini? menguruskan rumahtangga adalah tugas seorang isteri suami hanya boleh membantu jika isteri itu penat bukan melepaskan terus pada suami buat segalanya..betul tak? dekat sini anis hendak kongsi info pasda anda semua kenapa pergaduhan boleh terjadi...info ini anis dapat dari sebuah majalah..
  1. salah seorang atau kedua-duanya tidak mempunyai persediaan secukupnya sebagai suami isteri
  2. tidak mengetahui hak masing-masing seperti tugas mengemas, mengosok baju adalah tugas isteri dan suami hanya boleh membantu.
  3. campur tangan pihak ketiga sepeti adik-beradik, mak mentua, saudara atau jiran
  4. masalah kewangan keluarga dan pasangan tidak dapat menyelesaikannya.
  5. tidak berteru-terang mengenai sesuatu perkara dan menyimpan dalm hati, lama kelamaan akan menjadi barah dalam rumah tangga.
  6. tiada persefahaman lagi menyebabkan masing-masing tidak boleh menerima apa juga perlakuan pasangan.
  7. keras kepala dan tidak mahu mengalah. ini kerana ego yang terlalu tinggi.
  8. hal anak-anak yang kadang kala memeningkan.
  9. sikap salah seorang yang panas baran dan cepat melenting bila salah seorang buat silap.
  10. sukar memaafkan pasangan menyebabkan masalah sukar untuk di selesaikan.
Okeylah semua.. jari jemariku ini pun sudah pun penat menaip..jadi anis berhenti setakat ini sahaja..jumpa lagi di lain kali okey..ba bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.