selamat pergi dan selamat kembali..

Salam buat pembaca semua..apa khabar anda sekalian? hari ini anis sedih sangat..sebabnya anis dapat berita suami anis hendak pergi tinggalkan anis...tapi, jangan suspen..dia pergi pun sebab mengajar kursus di Langkawi.. sebelum ini pun dia pernah bawa anis bersama anak ke tempat dia mengajar kursus tersebut tetapi, malangnya kali ini anis tidak berpeluang mengikuti dia lagi..sebab mungkin bajet Jabatan tempat dia bekerja kekurangan sikit..sebelum ini dia bawa anis sekali ke Langkawi, Sabah dan Sarawak dan banyak juga tempat yang dia bawa anis dan anak-anak..sampai anak anis yang sulung kumpulan yang suami anis mengajar itu mengelarkannya anak KMK..sebabnya suami anis ini salah seorang tenaga pengajar KMK (KIK) sekarang ini..ada juga yang orang luar selain dari jabatan memanggilnya untuk bagi ceramah tentang KMK atau mengajar KMK..kalau ada sesiapa atau syarikat yang inginkan khidmat tenaga pengajar dari suami anis bolehlah hantar email pada suami anis: kendiemas200559@gmail.com sebelum ini banyak yang dia mengajar, berjaya peringkat kebangsaan..alhamdulilah rezeki dia mengajar..anis pun tumpang gembira juga..esok malam dia dah berangkat ke Langkawi menaiki bas Jabatan bersama kumpulan yang dia mengajar..anis harap dia sampai dan pulang dengan selamat..selama empat hari itu tentu anis rasa sunyi hanya anak-anak sahaja peneman di kala ketiadaan suami anis..hendak ke rumah emak anis takut mengganggu dia pula.. bukannya apa tahu sahajalah anak anis yang sulung ini ganas sikit takut penat atoknya melayan karenahnya..kalau tidak minta -apa-apa dari atoknya tidak mengapalah..ini asyik minta itu ini sahaja..atoknya ikutkan sahaja kehendak anak anis tu kadang-kadang geram jugalah..anak anis ini tahu hendak meminta sahaja dia bukan tahu orang itu ada ongkos ke tidak..sabar ajelah ya mak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.