4 jahitan..

Petang tadi anis keluar berjalan ke taman bawa budak-budak tu berjalan..penat juga melayan karenah anak yang meningkat naik..si kecil sudah pandai berjalan..dia tengok si abang bermain gelongsor dia pun ikut hendak bermain sama..sedar tidak sedar sekejap sahaja masa berlalu..walau penat macamana sekalipun tapi rasa seronok tengok anak membesar depan mata kita sendiri..anak anis yang kecil sekali ini sekarang ini kuat mengigit..kadang-kadang tu depan orang anis boleh menjerit..sebab tiba-tiba sahaja anak anis gigit anis..rasa malu juga..kalau tidak anis yang kena, ayahnya atau abangnya..

Hari itu, anis terima panggilan suami anis dari tempat kerja..setenggah hari tu, anis off kan handphone sebab tengah cas..tengah harinya anis baru on kan balik..tetiba anis terima call dari suami katanya dia di hospital..anis tak sangkalah ingatkan dia lalu di kawasan hospital sebab tempat kerja dia pun berhampiran dengan hospital..tapi katanya dia berada di bahagian kecemasan..dia tengah luka..sebab kemalangan..terkejut betul anis..anis tanya macamana boleh berlaku siapa yang langgar? tapi katanya bukan kemalangan kereta  tapi kemalangan semasa dia berjalan kaki ke masjid, dia terlanggar penghadang tangga yang melintang atas kepalanya..iaitu tangga telekom tempat orang pijak untuk panjat..dekat situ ada satu bucu tajam, masa jalan pun dia tidak pandang depan..jalan cuma pandang bawah sahaja..lepas itu dia jalan hendak cepat menuju masjid untuk solat jumaat..tiba-tiba benda itu ada depan..tidak sempat dia mengelak..kena 4 jahitan juga..kesian husband anis..dia cerita sambil berjalan kepalanya banyak keluar darah..ramai orang tanya dia dan berasa hairan tengok suami anis..bila orang tanya suami anis kemalangan jalan kaki..ada yang tersenyum sahaja dan ada yang bersimpati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.