terima kasih..

Salam buat pembaca dan semua blogger..terlebih dahulu dekat sini ingin anis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca dan blogger yang sudi ke halaman anis yang tidak seberapa ini..di kesempatan ini juga anis ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat wanita yang bergelar ibu, mama, umi, emak iaitu orang yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa dia, tiadalah kita di muka bumi ini..orang yang bersekang mata menjaga kita dari tangan kita sebesardua telapak tangan, besarnya pengorbanan seorang ibu, menahan sakit ketika mengandung dan saat melahirkan..betapa mulianya seorang wanita yang bergelar ibu sangup pertaruhkan nyawa demi anak yang di kandung..teringat anis ketika saat anis ingin melahirkan anak anis yang pertama dan kedua memang sakit hanya tuhan sahaja yang tahu..semasa mengandung anak anis yang pertama, anis sukar untuk berjalan dan berjalan pun berpapah oleh suami anis untuk ke mana-mana..nasib baiklah suami anis sabar kalau tidak tak tau lah...selepas bersalin dapat anak pertama, anis katakan selepas bersalin anak pertama ini, tak nak mengandung lagi kerana serik..tapi serik-serik pun dah dua orang sekarang ini..sekarang dah dapat anak,baru kita tahu betapa sukarnya emak kita menjaga kita semasa kecil dahulu, semasa belum kahwin kita tak merasa itu semua..sekarang ini baru kita tahu..pahit manis sentiasa ada bila membesarkan anak kita..Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.