fikiran kita..

Salam dan selamat sejahtera buat semua pembaca..okeylah, entry kali ini anis hendak kongsi pada anda apa yang kita fikir dan orang tidak fikir..maksud anis macam ni, bila kita hendakkan sesuatu, kita jarang luahkan kemahuan kita itu pada orang..kita akan bagitau kemahuan kita itu separuh sahaja dan selebihnya kita anggap dan rasa orang yang fikir apa yang ada dalam fikiran kita..sebenarnya apa sahaja kemahuan kita yang kita mahu dari seseorang itu, kita perlu luahkan semuanya, jangan simpan2..orang lain tidak boleh membaca fikiran kita..kalau kita tidak bagitau..

 Sebenarnya apa yang anis hendak ceritakan pada anda ialah mengenai kakak ipar anis, ahad yang lalu, saudara sebelah suaminya ada mengadakan kenduri kahwin anaknya dan kami pun di jemput untuk makan kenduri, kakak ipar anis ni dari kelantan dan datang ke KL untuk menghadiri kenduri tersebut di pendekan ceita kakak ipar anis ni telefon suami anis, katanya hendak datang ke rumah anis pada hari tersebut untuk beli batu permata untuk berubat dan tidak pula bagitahu pukul berapa dia hendak datang cuma dia bagitahu dia hendak ke kenduri tersebut dalam kul 12.00 t.hari, sebab masa dia call kami berada di suatu tempat (keluar rumah) dan kenduri tu kami hendak hadiri tapi lewat sikit, sebabnya kami masih kenyang..kami ingatkan tak kisah lah kami pergi kenduri tersebut pukul berapa sebab dia tidak pula janji untuk berjumpa pada kul 12..cuma dia cakap dia hendak pergi kul 12. dari rumah adik pada suami kakak ipar anis, lepas tu dalam kul 2.00 dia call lagi..tanya kami kat mana sebab dia dah lama tunggu kami..panik kami kejap..sebab dia tak ada pun berjanji pukul berapa..mungkin dalam fikiran kakak ipar anis dia nak kami pergi awal, tapi, dia tidak suarakan dan berharap kami faham fikirannya..terjadilah miss comunication..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.