kenangan yang sukar dilupakan..

Hari tu, masa anis berjalan dengan suami ternampak seorang baby yang baru sahaja lahir dalam beberapa hari..bila tenguk baby tu teringat anis masa hendak mengandungkan anak pertama kemudian anak kedua anis..yang paling anis sukar lupakan masa melahirkan anak anis yang kedua, sebabnya anak kedua ni anis lahirkan secara pembedahan..bukannya kehendak anis untuk lahirkan secara pembedahan tapi anak anis ni ada masalah kerana dah melepaskan hajatnya kat dalam tu..jantung baby pun masa tu tak stabil..bila dah lahir tu, masuk hari kedua, anak anis tidak dapat balik lagi kerana demam panas terus pindah ke suatu bilik khas..masa tu tuhan sahaja yang tahu perasaan anis ketika tu..dengan baby ada wayar kat tangan..menangis je tak henti-henti..kesian anis tenguk dia masa tu..masuk je hari ketiga keadaan dia dah okey sikit dan dia dipindahkan ke wad kanak-kanak..tapi masa kena tahan tu anis dah boleh balik cuma baby je tak boleh kuar lagi..tapi anis tak sampai hati tinggalkan dia untuk balik rumah..jadi anis dan suami bermalam kat hospital..tapi, terus terang anis katakan pada malam tu memang anis tak boleh tidur langsung mengenangkan anak yang sakit..tuhan aje yang tahu..bila tanya doktor kenapa anak anis tiba-tiba je demam..kata doktor paru-paru anak anis dah kena kuman dan kuman itu juga ada dalam darah anis..memang sebelum ni pun anis ada masalah darah dalam badan tidak betul berfungsi..masuk hari ketiga berada di wad kanak-kanak tu alangkah seksanya anis untuk menjaga si kecil tanpa bantuan suami mahupun emak anis..hendak angkat si kecil untuk menyusukan pun sukar..apatah lagi untuk tidur kerana pembedahan tu, tulang belakang anis jadi sengal dan luka pembedahan tu rasa pedih yang amat..malam keempat tu anis menangis sambil telefun suami..sebabnya anis tidak tahan sangat dengan ank asyik menangis tak nak tidur,lepas tu anis sendiri pun sakit tidak boleh bangun..suami anis suruh minta bantuan nurse yang ada kat situ..tapi nurse yang ada kat situ pun susah hendak pangil kerana jauh dari anis..dan anis sendiri pun sukar untuk bergerak..tapi anis gagahkan diri demi anak..bila jumpa nurse tu anis ceritakan masalah anis dan dia terus bawa anak anis ke dalam sebuah bilik..tak tau lah dia buat apa..tapi lepas pada tu, anak anis asyik tidur aje..sebelum tu dia ada juga bagi anis ubat tahan sakit tapi tidak berapa berkesan cuma hilang sikit sahaja..tapi yang menghairankan anis adakah ubat sesuatu yang dia berikan pada anak anis?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.