masak apa hari ni?

Salam semua..apa khabar harap rakan2 blogger dan pembaca semua sihat2 dan ceria2 k..kunjungan yang lepas Anis baru nak sembuh dari sakit.Now alhamdulilah anis dah sihat bolehlah anis berkongsi cerita dan menu selepas ini..Diam tak diam kita dah pun tutup tirai 2011 dan telah masuk tirai 2012..apa azam kawan2  dan pembaca semua? Azam tahun lepas dah tertunai? mungkin ada yang masih belum tertunai lagikan..ttapi tak pe ni kanmasih awal tahun lagi boleh laksanakan..betul tak? Bila awal tahun, yang dah kahwin,ada anak hendak sekolah..tak kira sekolah tadika ke, sekolah rendah ke, menengah ke, masing-masing sibuk menghantar anak dan buat persediaan buka sekolah..tak ketinggalan Anis juga, hantar anak ke sekolah tadika..tapi alhamduilah dia tak pun menangis sebabnya tahun lepas dia dah biasa di tinggalkan di taska jadi alah bisa tinggal biasa..setakat ni nampak dia suka juga pergi ke sekolah berbanding tahun lepas liat untuk bangun ke sekolah..tahun ni alhamdulilah, mudah sikit..anda pula macamana?senang tak anak2 nak bangun ke sekolah? Anis harap mereka lagi mudah dari anak Anis..oklah kali ini Anis nak kongsi resepi yang jarang kita masak mungkin sekali sekala je iaitu resepi mee spagetti marinara..jom tengok bahan2nya..bahan2nya Anis ubahsuai sedikit untuk citarasa timur..sebelum ni,Anis pernah masak ikut resepi biasa, tapi bila bagi kat my parent, katanya tak boleh masuk sebabnya tak pedas..harapkan tomato dan lada hitam dan rempah ratus untuk mee tersebut, kali ini Anis ubahsuai sikit jom tengok..

 Spagetti Marinara..resepi ni anis ubah suai sikit..kiranya spagetti versi melayulah hehehe..versi barat dan timur..bila anis sibuk ambil pic ni,anak ani yang kecik pun mcm dah tk sabar lg nk mkn..tgklah nampak tangan dia..okeylah jom tengok resepinya..
Bahan2: mee spageti,mentega 3 sudu besar, daging kisar 1 paket, puri tomato tin kecil, daun selasih, daun bay, theme (jik nak mudah pakai je prego cuma tambah tomato puri sahaja untuk lebih masam( itu pun jika suka lebih masam) anis tak letak sebab suami tk berapa suka masam2 ni..cendawan butang secukupnya, cili merah 4 batang dikisar, bawang besar kuning 1 biji- di dadu kecil, bawang putih 2 ulas diketuk, Cara2nya:
Cairkan mentega, tumisbawang putih,bawang besar,cili merah yang dikisar,goreng hingga terbit bau atau kering, masukan daging, sos prego atau rempah dengan tomato puri, masukan cendawan butang, lada bengala (jika suka) masak hingga kering sedikit..rebus spagetti hingga lembut dengan minyak sedikit supaya tidak melekat.Sedia untuk dihidangkan..Spagetti ni Anis wat hari Jumaat lepas (dua hari lepas)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.