bermulanya sebuah kehidupan

Hai semua..selamat datang ke blog anis..nama saya anis asliza..kepada kaum adam tu jangan pula nak try-try pulak ya..anis ni dah berkeluarga tau..ada suami dan dua orang cahaya mata..dua-dua hero..itulah buah hati pengarang jantung anis..nakalnya tak tau nak cakaplah...tapi sebelum anis ceritakan tentang hero-hero anis ni, anis nak cerita kat korang tentang bapa budak-budak ni..macam mana anis kenal dengan suami anis..tak ada bapanya manakan ada budak-budak tu betul tak? Anis di lahirkan di bandar S..dan bersekolah di sana...sementara menunggu keputusan periksa anis bekerja di sebuah kilang..keputusan anis agak baiklah juga..tapi kerana dah seronok pegang duit, tak ingat hendak sambung belajar lagi..bila difikirkan balik rasa rugi tak sambung belajar lagi..tapi semua tu dah lepas..selepas tu, anis berhenti kerja kilang kerana tension. Selepas kerja kilang anis bekerja di sebuah kedai baju selama 5 tahun..dalam pada bekerja tu, macam-macam perangai dan ragam manusia yang anis jumpa..tapi walau seseronok manapun kita berada, ujian datang dalam hidup anis..anis terpaksa berhenti kerja kerana sakit..sesudah sembuh anis memohon bekerja dengan Jabatan Kerajaan dan diterima bekerja di sana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.