mula melangkah jauh..

Masa mula-mula nak melangkah ke alam perkahwinan memang banyak rintangan yang terpaksa anis tempuhi..maklumlah anis dan suami jauh bezanya dari segi umur kami..paling kuat tentangan dari bapa anis..bukannya apa, dia takut anis dapat lelaki hidung belang..kononnya suami anis ni jenis buaya darat kot..maklumlah bapa anis belum kenal dengan suami anis lagi..tapi bagi pihak mak anis,dia tak kisah siapa pilihan hidup anis..
Berbalik cerita bapa anis,..masa nak minta persetujuan dari dia tu, ada juga bertegang leher dengan dia..anis duduk semeja dengan bapa anis dan tanya dia kenapadia tidak setuju dengan pilihan anis? Adakah perbezaan umur menjadi penghalang cinta kami? masa tu Tuhan saja yang tahu perasaan anis ketika itu..sedih, kecewa..tak payah cakaplah..betapa hancurnya perasaan anis ketika itu..
Kalian nak tau? keluarga anis ni taklah sebahagia ibubapa lain..bapa dan mak anis dah pun berpisah hampir 17 tahun..tapi masing-masing dah pun berkahwin lain..mungkin bukan jodoh diaorang, anis pun tak kisah siapa pilihan diaorang asalkan diaorang bahagia..tapi, masa anis nak kahwin tu kenapa bapa anis tak faham? padahal bapa anis pun kahwin dengan orang yang jauh usianya?19 tahun bezanya..tapi kenapa perbazaan umur anis dipertikaikan? itu yang anis soalkan pada bapa anis..akhir sekali atas pujukan mak dan perbincangan mereka, kami dapat disatukan..terima kasih mak..anis sayang mak...mmmuaah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.