berputiknya cinta..
Di sini anis mulakan kehidupan anis di tempat orang..bermulanya pekerjaan dan kehidupan mencabar, maklumlah bandar besar..takut pun ada..tapi di sini anis masih untung punya saudara untuk berteduh..pekerjaan anis di sini biasa sahaja..macam kerani juga..tapi taklah hebat mana pun..sebenarnya tempat kerja anis ni bukan besar mana pun hanya sebuah cawangan sahaja..tapi, di situ anis di tugaskan menaip surat-surat bos..nasib baiklah sebelum ni anis ada kemahiran dalam komputer juga..jadi taklah susah anis nak buat kerja yang di berikan..tapi bos anis ni cerewet sikit..ada aje yang tak kena.. geram pun ada..dalam hati tu merungut juga..tapi, dalam geram-geram tu, timbul satu perasaan..sssyyy...itu pun dalam diam-diam..anis suka degan perwatakan dia, baik,penuh wibawa, lembut tapi tegas..biasalah kalau hati dah suka..semua nampak elok..kan? tapi bos anis ni juga murah suka belanja anis makan tapi masa tu pergi pun dengan kawan anis je bertiga...tapi dalam hati rasa pelik juga .. kenapa rajin sangat belanja hampir setiap hari..mungkinkah perasaan tu sama yang anis rasa agaknya? anis selalu tolong bos siapkan surat-suratnya dalam komputer, dia selalu datang tengok anis buat kerja pada satu hari anis tak reti buat satu format dalam komputer, dia cuba ajar anis caranya..tiba-tiba secara tak sengaja kami bersentuh tangan..berderau darah anis di buatnya..rasa merah muka agaknya masa tu..suatu hari anis masuk pejabat dia, untuk bagi surat yang telah siap tiba-tiba dia suruh anis ucapkan happy birthday kat dia..rupanya tak ada orang yang pernah ucapkan birthday kat dia, tapi birthday dia dah tiga hari yang lepas..kesian anis tengoknya..sejak itu kami mula rapat dari bos kepada kawan..kami mula keluar berdua bersama..itupun tanpa pengetahuan dari rakan-rakan sekerja..tapi sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..sehinggalah pihak Pengarah tau hal kami dan kami terus di tukarkan ke tempat lain..kata orang jodoh kami kuat..jodoh pertemuan di tangan tuhan..dalam berkawan dan bercinta kami mula merancang untuk mengukuhkan tali persahabatan kami yang terjalin..kedua belah pihak kami beritahu rancangan kami..tapi pihak anis tak berapa setuju terutama sekali bapa anis...penentang nombor satu..
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.