PETUA MENGHINDARI DARI ANGIN PASANG
Mula ambil kain napkin, layurkan atas api dapur atau bara, agak-agak suam, tuamkan ke 'anu' anak..selalulah buat ya..kalau tidak, tak menjadi..
Petua kurangkan panas badan anak
Jika baby demam, suhu badannya lambat turun, cuba lumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa ke kepala baby..Insyaalah baby akan beransur-ansur pulih
Petua hidung tersumbat
kalau baby hidungnya tersumbat, sapukan kunyit hidup pada batang hidung babay..insyaallah.
Masa anak anis tak berapa sihat, anis cuba beberapa petua..biasalah kalau budak dah sakit hati ibu mana yang tak risaukan? dapay anak pertama memans seronok..lagi-lagi kalau lambat dapat anak..lepas bersalin rasa hilang segala sakit yang dialami semasa saat nak melahirkan..bersalin normal dengan ceasarean tidak sama..dua-dua anis merasa.. tapi bagi anis, ceasarean lagi sakit dari normal..macamana pendapat korang? tapi dekat sini, anis nak bagi tip lepas bersalin kalau pening apa yang harus anda buat?
Tip jika pening selepas bersalin
pastikan pakai stokin, selimut bagi keluar peluh,insyaalah okey.
Sebenarnya banyak lagi petua yang kita tak tau dari orang-orang tua ni..kebanyakkan petua yang anis tahu pun dari nenek anis sendiri..insyaalah anis akan kemukakan beberapa petua untuk tatapan korang..ni, mata anis pun dah kabur dah ni, anak-anak anis dah lama tidur, cik abang pun dah berdengkur dah..anis chaw dululah..okey bye.