menjalani hidup suka dan duka..



Kesedihan berulang kembali..hari ini anis betul-betul sedih..sejak semalam lagi..bukannya apa, petang semalam anis pergi ke rumah bapa anis di Selangor, tak sangka selama lima tahun perkahwinan kami, dia masih tidak dapat menerima suami anis sebagai menantunya..ialah sebelum inikan anis dah ceritakan pada korang tentang anis dan suami..ini anis dapat tahu pun dari ibu tiri anis sendiri..kisahnya macam ni,,masa anis ke sana anis masuk ke dapur rumah bapa anis dan bersembang dengan ibu tiri anis..anis katakan dapur rumah besar tak sama macam dapur rumah anis sendiri..lepas tu, dia kata kenapa tak cari rumah besar sikit..dia ingat senanag ke..kalau ada duit semua boleh jadi..mentang-mentanglah bapa anis ni berniaga grill..dapatlah untung sikit dapat buat rumah besar..yang orang macam anis dan suami ni, tak berharta..kata ibu tiri anis lagi, kenapa suami anis tak simpan duit kerja dah lama..orang makan gaji jangan nak samakan dengan orang bisnes..bapa anis samakan anis dengan anak saudara dia, kahwin dengan lelaki yang se usia..dapat beli tu, beli ni..kereta baru..tapi anis dan suami pakai kereta cabuk aje..itu yang dia pandang hina kat suami anis..rumah pun menyewa aje..tak ada rumah sendiri..kata ibu tiri anis, bapa anis tak akan tolong sesen pun duit dia kalau anis susah..lainlah kalau anis kahwin dengan lelaki muda..semua dia akan bantu..anis bukannya minta wang ringgit dia, tapi anis nak dia terima anis dan suami seadanya..tak tau lah cucu-cucu dia terima ke tak dalam hati dia..entah-entah benci..kesian suami anis..tapi bila anis ceritakan semua ni, dia tetap tenang tapi anis yang sedih pula..hina sangat ke kami di mata dia? biasalah orang dah hidup senag yang bawah akan ditindas..walau anis hidup sebegini, taklah semewah oarang kaya, hidup sederhana aje tapi anis bersyukur kerana kasing sayang, cinta dan rindu kami sentiasa di hati..bagi anis yang penting ialah kebahagiaan..kalau ada wang ringgit berjuta pun kalau hati tak bahagia buat apa..siapa yang tak nak bahagia? semua orang nak bahagia..kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.