Hari ini rasa bosan pun ada..anak anis yang kedua ni, tak mahu berenggang dengan anis sampai masak pun kena dukung dia..aduh pengsan di buatnya..tu dah tidur pun..anak anis ni tengah menyusu badan..maklumlah anis tak bekerja..dulu ya..tapi dah berhenti..sebenarnya bagus kalau anak menyusu badan ni..jarang sakit..sebab antibodinya kuat..teringat masa pantang anak pertama dan masa mengandungkan anak..masa mengandungkan anak pertama anis langsung tak boleh bau nasi baru masak, bau ayam ke ikan ke yang belum masak..jadi dalam beberapa bulan tu anis tak masak langsung pun..nak tau siapa yang masak? cik abang tu lah siapa lagi..dia bukannya terer masak pun, anis bagitau cara-cara dia, pastu dia masaklah..nasiblah dia ada..kalau tak, makan kat luarlah..untung-untung dapat bermanja sikit ya tak? bila lagi, time mengandung ni lah masanya nak mengada-ngada..masa berpantang pula dia cuti seminggu jaga baby..and dia masak untuk anis..antara masakan yang dia masak masa pantang ialah ayam kukus bercuka..sebenarnya cuka elok untuk orang lepas bersalin tau..nak tau tak resepinya? jeng-jeng..
BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih
1 sm halia
3 sudu makan cuka
garam secukupnya
BAHAN A UNTUK TUMBUK/BLANDER
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA BUAT:
Lumurkan ayam dengan bawang putih halia dan garam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian kukus ayam ini hingga masak.Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A.kukus lagi selama 5 minit
Amacam? senang tak? cuba tau jangan tak cuba..tapi, bila dah anis dapat anak ke dua anis tak ada alahan sangat..bolehlah masak..masa makan tadi, anis berbual kosong dengan suami, tengok muka anak anis muhammad asyiq wafiy dah nak setahun dah usianya..bulan dua nanti genaplah setahun si wafiy tu..tak tau nak celebrate kat mana..sekarang ni, dia asyik nangis sahaja, maklumlah nak tumbuh gigi..nak besarkan anak macam-macamlah..ada aje yang tak kena..tapi time macam nilah seronok bermain dengan anak, bila dah besar sikit mesti rasa miss..cuba bayangkan kalau anak dah besar..mesti teringgat dia waktu kecil dulukan..rasa macam nak stop masa..janganlah membesar sebab dah besar kita tak boleh nak peluk cium masa dia baby lagi..cuba fikir dan renungkanlah adakah kita ini, ibubapa yang berjaya atau gagal mendidik anak kita?