Pas ni, Anis nak wat kek Yogurt Pisang..tunggu anak Anis yang kecik tu bangun je..kalau dia tgh tido, tak boleh bising..mengamuk je memanjang..sebelum ni anis wat piza dengan kek tiramisu untuk makan malam..Anak Anis cakap sedap..dia suruh wat lagi, tp cheesenya pula dah habis guna, so untuk tak menghampakan dia, anis nak wat kan dia kek lain pula..kek tiramisu ni memang sedap dengan rasa cheese dan kopinya..lain kalilah Dhia..ibu buatkan untuk Dhia..ni dia piza dan tiramisu yang Anis wat hari tu..
Tiramisu ni memang sedap, mudah dan cepat untuk buatnya..tak banyak bahan pun dan tak payah bakar..jom tengok resepinya..
125g cream chesse
125g whipping cream
45g gula kastor
1/4 cwn air panas
1 sudu besar kopi - anis guna nescafe je sbb tk pahit sangat..
2-3 sudu besar gula
biskut jejari secukupnya
serbuk koko secukupnya
Carsnya:
Pukul krim keju, whipping krim dan gula hingga kembang, dalam bekas lain bancuhkopi dengan air dan 3 sudu besar gula.Masukkan biskut jejari dalam bekas dan tuangkan air kopi untuk melembutkan biskut jejari, berselang seli dengan krim yang di pukul tadi. Buat sampai habis..Akhir sekali taburkan serbuk koko untuk hiasan.Sedia di hidangkan selamat mencuba :)
NOTA: kuantiti ni sedikit sahaja ..kalau nk byk doublekan la ya..