Salam buat semua yang menjengah blog Anis yang tak seberapa ni..fuh berkurun juga Anis tidak menjenguk blog Anis ni..kalau kat rumah dah di tinggalkan lama tentu dah berdebu..sori ya..semenjak dua menjak ni, sejak anak Anis ke sekolah busy memanjang terkejar sana terkejar sini, lepas hantar anak ek sekolah, balik terus membasuh, menjemur dan memasak sebab bila anak Anis balik sekolah di nak makan, kat sekolah ada juga disediakan makanan, tapi pedas katanya terpaksalah kelam kabut masak apatah lagi kekadang ayahnya balik juga kalau takde mesyuarat..so anis masak je yang simple2..dan kadang-kala bila kita nak masak kita tak tau nak masak apa..tiap2 hari hamir sama je, kat sini Anis nak kongsi resepi ni untuk anda..okey jom..



Oh ya sebelum Anis lupa, resepi ni namanya ayam masak bali..jom kta tengok bahan2nya:

1/2 ekor ayam
bawang merah 5-6 ulas- di belander
bawang putih 2 ulas di blander
jintan manis 2 sudu besar - diblander
serai 5 btg di blaner
halia sebesar ibu jari di blander
cili kering 2 tangkai + cili merah 3 btg di blander
santan1/2 cawan
kunyit sdikit shj
susu cair 1/2 cawan + dgn limau nipis
 sos tomato 1/2 cawan
 garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

Tumis bahan yang di kisar dengan minyak sapi hingga terbit bau, masuk santan, ayam, sos tomato, susu yang diperah limau tadi, garam dan serbuk perasa secukupnya.Sedia untuk di hidangkan..selamat mencuba..; )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.