Salam Rabu pada rakan-rakan dan pembaca semua..sihat? Anis setakat ni Alhamdulilah cuma rasa penat sikit..geram pun ada..mana taknya si tenit tu tak reti duduk diam ada je kerja nak di buatnya..bila bg makan, tak nak Anis suapkan..nak suap sendiri..bila tak bagi, mengamuk..bila dia minta air, bagi bukannya dia minum, habis di buangnya ke lantai..lantai yang minum..ish..geram..geram..mana kan lagi nak memasak, mengemas, membasuh,..dah la Anis ni semput tak boleh kerja lebih2 cepat penat, bila penat mulalah datangnya semput..dalam pada tu, tak tau nak masak apa..tetiba ternampak sardin kat rak..kalau asyik wat sambal je jemu pulak..tukar selera la pulak..masak mee tapi bubuh sardin..ala-ala stail spagetti jugalah..tapi cuma derhaka pada resepi sikit hi..hi..okey jom kita tengok resepinya..
Mee Sardin
Bahan-bahannya:
Mee kuning 1 packet
1 tin sardin sedang - di tumbuk kasar
Bawang merah 6-7 ulas-di blander
Bawang putih 3 ulas-diblander
tomato 2 biji
cili padi -jika suka- di hiris (Anis tak letak sebab anak Anis tak suka pedas..nak letak tak jadi terfikirkan anak tak makan pedas..cuma Anis hiris2 je masa nak makan tu..
Santan 1 biji, Anis guna santan kotak je pasal tak sempat nak ke kedai..guna santan kotak 1 kotak je..
Garam dan serbuk perasa secukupnya
sedikit sahaja lada hitam serbuk jika suka
Cara membuatnya:
Tumis bahan yang diblander tadi hingga naik bau, masukkan sardin tin, santan, garam serbuk perasa secukupnya. Masak hingga mendidih. Celur mee kuning, angkat toskan, hidangkan dengan tauge, cili hiris dan asam limau.Sedia untuk di makan..:)