ikan keli salai masak lemak

hari ni lain dan tak bukan Anis masak lauk kegemaran Anis sendiri iaitu ikan keli salai masak lemak..fuh..dah lama tak makan makanan ni, tak kita ikan ke daging salai memang Anis suka..bau nya menyelerakan..tapi, sayangnya suami Anis tak suka pula..tapi walau tak suka pun Anis masak juga bagi melepaskan ngidam..hehe..ikan ni pun mak Anis bawa masa dia bertandang ke rumah Anis tempohari..jom tengok bahannya :)


IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK KUNING

Bahan-bahannya:

ikan keli salai 4 ekor
santan 2 cawan
kunyit hidup 1 inci -dikisar
serai 3 batang- di ketuk
cili padi 10-15 biji -dikisar
1 keping asam keping
garam dan serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan air

Cara masak:

masukkan bahan kisar dalam periuk air sedikit, serai, santan dan ikan biar mendidih, masukkan asam keping garam dan serbuk perasa secukupnya. Sedia di hidangkan.* lebih sedap jika santan tu pekat sedikit.selamat mencuba..


 

kuih talam cendol

Hari ni kepala Anis sedikit biol..berpusing-pusing..walau camner pun Anis gagahkan diri gak untuk masukkan N3 untuk kali ini, mungkin kepala ni dok pusing sebab tekanan darah rendah Anis kot..kata orang kalau tekanan darah rendah kena makan maknan yang banyak protien macam hati ayam, sayur bayam merah dan sebagainya..tapi bila Anis makan benda tu semua makin sakit pula di buatnya..biasalah umur pun dah semakin meningkat, masing-masing penyakit menyerang..walau camne pun Anis nak kongsi resepi talam cendol ni untuk semua pembaca...ok jom apa yang ada..


BAHAN-BAHAN:

250g cendol
200 tepung beras
50g gula pasir
250ml santan
400ml air
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam

LAPISAN ATAS:

200g tepung gandum
300g gula merah - dijadikan air gula
80g gula kastor di jadikan air gula -
500ml air- dijadikan air gula
250ml santan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam

CARA MASAK:

Untuk lapisan bawah,masukkan cendol ke dalam bekas kemudian masukkan tepung beras, gula pasir, santan,air, tepung jagung dan garam kacau rata dan tapiskan. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau hingga masak. Untuk lapisan atas pula, didihkan bahan kemudia, tapis dan masukkan ke dalam loyng dan kukus lagi hingga masak. Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.Sedia di hidangkan..Selamat menjamu selera sambil minum petang :)




 

Siakap kukus halia


Dah berapa hari Anis tinggal bertiga sahaja kat rumah..suami Anis keluar mengajar kumpulan inovatif dan kreatif..,kat Langkawi selama lima hari..sunyi juga rasanya..walau pun dia selalu balik lambat sebab tuntutan kerja yang berlambak-lambak tu, tapi tetap balik ke rumah macam biasa..bila time tiba waktu dia balik tu, Anis masih tertunggu-tunggu padahal dia dah jauh kat Langkawi..dah biasa,kan..sebab tu rasa sunyi je rumah walau pun ada anak menemani..ada anak di sisi dengan adanya suami di sisi tak sama..sebab tu, bila time suami Anis cuti..kitaorang sama-sama luangkan waktu bersama, kalau tak keluar berjalan ke taman atau karnival mana2..atau pun berkelah di mana-mana, Anis dan anak-anak akan mengikut suami ke tempat kerja suami Anis untuk temani dia kat sana, itu jika suami Anis banyak kerja yang perlu di lunaskan..ni, suami Anis dah balik dari Langkawi bolehlah masak yang luar dari kebiasaan sikit, contohnya ikan siakap kukus halia ni antara menu Anis untuk hari ini, sayur campur dan rendang daging..kali ini Anis nak kongsikan resepi ikan siakap kukus halia..okey jom kita tengok bahan-bahan yang di perlukan..




IKAN SIAKAP KUKUS HALIA

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
2.5cm halia -Di blander/ditumbuk
5-6 ulas bawang merah-di blander/ditumbuk

3 ulas bawang putih-  di blander/ditumbuk

5 batang serai- diblander/ditumbuk
2 biji cili merah -dihiris
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
5 sudu makan sos tiram
2 biji jus limau nipis
2 biji buah tomato- dipotong dadu
1 tangkai daun sup
garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:

Bahan yang di blander/ditumbuk tadi di gaul dan diperapkan sekejap bersama lada hitam, dan sos tiram. Taburkan daun sup, cili merah dan tomato tadi ke atas ikan, kemudian kukus selama 20 minit, 5 minit sebelum diangkat, perahkan jus limau nipis ke atas ikan, kukus lagi 5 minit, sedia di hidangkan..lebih sedap di makan panas-panas tau..:)

 Jemput makan...bismillah....

menu mee kari..

Salam malam rabu..apa khabar semua pembaca? mcmlah ramai sesangat pembaca blog Anis ni kan..macam bak kata hidup segan mati tak mau..rasa-rasa mcm nak je mengundur diri dari jadi penulis blog..apatah lagi dari laman muka buku..tapi tu lah itu yang menghiburkan hati yang pada tak terhibur..hiburkan hati sendiri jelah..:( buat blog ni cuma suka-suka je..orang suka baca ke, tak ke..yang penting hati Anis puas kerana dapat kongsi sedikit ilmu yang ada,dan daripada pengalaman Anis..okey kali ini Anis nak kongsi resepi mee kari..

MEE KARI

Bahan-bahannya:
1 packet  kecil mee kuning dicelur
segengam tauge -di celur
300g ayam di potong kecil-kecil/dadu
fish kek 2 btang
fish ball 1 packet
tahu pelampung- di potong dua
telur direbus kemudian di belah dua
2 biji cili hijau
1 tangkai daun sup dan daun bawang- di hiris2 
isi kerang jika suka-
Bahan untuk kuah:

300g bawang besar - di kisar
100g bawang putih -dikisar
200g cili kering (jika nk pedas sikit) dikisar
100g rampah kari di kisar

200g udang kering -dikisar
halia seesar ibu jari-dikisar
lengkuas dalan 50g -dikisar
1liter santan
garam gula dan minyak secukupnya

Cara memasak:

-Panaskan minyak, tumis bahan kisaran hingga wangi
-masukkan air sedikit,, ayam, fish kek, fish ball dan tahu pelampung dan kemudian santan
-Perasakan garam,gula.Biarkan mendidih sebentar.Tutup api dan sedia dihidangkan dengan tauge,telur rebus daun sup,daun bawang dan isi kerang jika suka.Sedia dihidangkan:) Jom makan :) bismillah...
 

 

nasi goreng

Salam 1 Malaysia buat warga Malaysia..and Salam buat semua blogger dan pembaca semua..hari ni, seperti biasa dan hari-hari yang berikutnya..inilah kehidupan Anis..masak, masak dan masak..jaga anak, mengemas seperti isteri-isteri lain..semua kerja kena dilakukan seorang diri, maklumlah Anis ni full time housewife..dulu sebelum berkahwin bekerja dan selepas berkahwin terus berhenti untuk tumpukan perhatian pada suami dan anak-anak..inilah dunia Anis..tak tahulah kalau esok lusa Anis bertukar fikiran untuk bekerja pula..anak pun dah mula nak sekolah rendah..banyak perkara yang perlu di fikirkan..okeylah sekarang ni Anis nak kongsi beberapa resepi antaranya resepi nasi goreng kampung..


NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahanya:
Nasi putih dua pinggan
bawang merah 5 ulas -ditumbuk
bawang putih 2 ulas -ditumbuk
ikan bilis 50g- ditumbuk
ikan bilis di goreng untuk tabur di atas nasi goreng
cili padi di hiris sahaja
sos tiram 2 sudu besar
garam dan serbuk perasa secukupnya
 minyak masak


Cara membuatnya:
Pijarkan minyak masak, kalau boleh guna minyak goreng ikan..kalau tkde pun takpe minyak masak baru pun takpe..goreng dahulu ikan bilis..minyak yang sama juga guna untuk goreng nasi pula..tumis bawang putih dengan bawang merah, lepas tu masukkan ikan bilis yang di tumbuk, hingga berbau (bukan hangus ya)..lepas tu masukkan cili padi hiris, masukkan sos tiram,sayur kangkung (jika suka) tp Anis tak letak sebab anak- tak suka sayur..terpulang pd anda nak masuk sayur atau tak..kalau tkde takpe,masuk telur.aram dan serbuk perasa secukupnya.kemudian masukkan pula nasi..goreng dan kacau sebati..masa nak hidangkan taburkan ikan bilis goreng atau campurkan ikan bilis goreng bersama nasi.Sedia di hidangkan..:)





 

talam mutiara

 
Selamat malam buat semua pembaca..pada masa  n3 ni di tulis, tentu kebanyakkan orang dah pun mula di buai mimpi, tapi juga pada waktu ini juga ada yang tengah bekerja, sebabnya perbezaan waktu malaysia dan waktu negara-negara lain..tapi, bukan Anis nak ceritakan pada anda tentang waktu-waktu ni, tapi sesuatu yang mengejutkan ketika siang tadi di mana seorang anak mengucapkan terima kasih dan perkataan sori..siapa lagi kalau bukan Asyiq Wafiy anak Anis yang kecil..berbeza dengan si abangnya bila apa2 berat untuk ucapkan terima kasih pada orang..tapi si kecil ni, tak henti2..bagi lah apa2 pada dia.."me acih bu".."me acih yah"..dan suatu ketika, dia berlari-lari lalu terlangar Anis..apa katanya.."sori.."terpegun Anis mendengarnya..mungkin juga kerana dia kerap mendengar Anis dan suami ucapkan terima kasih pada dia atau sesama suami..jadi dia pun boleh ikut apa yang kita katakan..kata orang, anak yang kecil umpama sehelai kain putih..kita yang patut mencorakkannya betul tak? okeylah, Anis pun tak nak buang masa anda untuk membaca coretan Anis ni, cuma kat sini Anis nak kongsi resepi talam pula kali ini..nak tau talam apa? tentu dah tau kan.. kat atas tajuk pun dah tulis..jom kita tengok bahan-bahannya..

TALAM MUTIARA

Bahan A

240g tepung beras
240g gula pasir
60g tepung ubi
1 liter santan
garam secukupnya
pewarna merah jambu dan hijau
Cara buat bahan A

Didihkan santan bersama gula.Kemudian di gaulkan dengan tepung beras dan tepung ubi. Bahagikan adunan menjadi 3 adunan. Setiap adunan di warnakan hijau merah jambu dan warna asal, yang warna asal di masukkan garam secukup rasa.   

Bahan B

100g beras pulut- direbus hingga lembut dan toskan..

Cara membuatnya:

di dalam oyang masukkan adunan pewarna hijau  lepas tu kukus sehingga masak,diikuti beras pulut, kukus sebentar kemudian masukkan pula adunan warna hijau, warna, asal dan merah jambu..setiap lapisan di kukus hingga masak.okey selamat mencuba..

Mango Chesse Cake


Salam buat semua pembaca yang Anis cayang..thank you singgah blog Anis yang tak seberapa ni.. bila tengok blog orang lain ramainya pengunjung..meriah rasanya terasa juga hati..kenapalah blog Anis ni tak semeriah tu..mungkin blog Anis ni tak menarik seperti mana blog orang lain kan..Anis akui semua tu..isinya pun tak menarik..seperti menariknya blog masakan citarasawan, spices journey blog CaHaya Shiela, masam manis azlita dll blog yang seumpamanya..memang jauh bezanya..tapi takpelah, yang penting hati Anis gembira..kan? Hari ni Anis cuma masak soto ayam, dan dua jenis kek..kek pertama kek buah..dan kek keju mangga..petang tadi En .Somi balik dari over time, Anis hidangkan kedua-dua kek tu..Anis tanya dia yang mana sedap antara kedua-duanya? jawabnya kalau di beri pilihan dia lebih suka kek keju mangga berbanding dengan kek buah..tapi kalau tak de kek keju mangga tu, kek buah pun okey gak..so kat sini anis nak kogsi resepi ni untuk anda..ni pun first time buat terus jadi..resepi ni Anis ambil dari sebuah majalah harap ianya berbaloi..bagi Anis memang berbalaoi..jom tengok bahannya:

KEK KEJU MANGGA

Bahan untuk lapisan bawah:
100g biskut marie
50g mentega- dicairkan

Lapisan tengahnya:
1 biji mangga- diambil isi kemudia kisar halus
50g mentega
250g krim keju
50g gula kastor
80g coklat putih-dicairkan

lapisan atas:
200g krim segar
2 sudu jus manga
2 biji mangga- di buang kulit dan di hiris( untuk hiasan)

CARA BUATNYA:

-Untuk lapisan atasnya satukan dan kisar halus, kemudian masukkan ke dalam loyang yang sesuai, tekan2 bagi padat..masuk oven bakar dalam 180c selama 10 minit keluarkan
-Bahagian tengahnya pula, putar krim keju dengan gula kastor hingga kembang, pastu masukkan coklat cair dan mentega, pukul lagi, kemudian masuk manga yang dikisar, kaup balikkan sehingga sebati.Tuang di atas bikut yang di tekan tadi..simpan dalam peti selama 4-5 jam
-Bagi lapisan atas pula, putarkan krim segar hingga kembang,kemudian masukkan jus manggapukul lagi hingga kembang dan sebati, kemudian ratakan ke atas lapisan tengah tadi, masukkan dalam peti sekali lagi selama 3-4 jam..ulang proses jika mahukan lapisan yang banyak..kemudian hiasakan dengan hirisan mangga atau mengikut kreativiti anda..okey selamat mencuba..



sate ayam

Selamat malam minggu buat semua pembaca yang di rahmati Allah..sedar tak sedar kita semangkin menghampiri bulan Ramadhan bulan yang mulia akan datang..bulan Julai mulanya bulan Ramadhan al-mubarak..pada bulan itu juga orang-orang Islam berlumba-lumba membuat amal kebajikan tak kira samaada bersedekah, menambahkan pahala dan sebagainya, bila fikirkan bulan tersebut, teringat anak sulung Anis, pada bulan tersebut bolehkah dia berpuasa seperti kanak2 lain? Anis rasa walau macamana sekali pun kita kena kuat..hati sebagai ibu atau ayah mesti kuat..tapi cuma yang Anis risaukan bila tiba saat itu, atoknya yang tak kuat, kesian lah, macam2 lagilah..kalau kita sayangkan anak kita, mesti kita buat yang terbaik untuk anak kita, kita yang faham perangai anak kita..Anis rasa semua ibu bapa nak kan anak mejadi anak yang baik, bukan setakat jadi anak yang baik malah menjadi anak yang berilmu, soleh atau solehah..kan?apa sahaja untuk anak, kita sangup berkorban untuk mereka..tapi bila anak dah dewasa, adakah pengobanan ibu bapa it di hargai oleh anak? jumlahnya cumalah sedikit yang boleh balas jasa ibu bapa kita, mungkin kita sebagai ibu bapa bukanlah balasan budi yang kita minta, tapi ingatan anak pada kita, tanya ibu bapa sihat ke tak..ambil berat..bukan wang ringgit yang kita harapkan, tapi kasih anak pada ibu dan ayah..betul tak?
      Okeylah, Anis tak nak celoteh panjang lebar, bila teringat ramadhan, teringar hari raya lepas2 masa Anis buat open house kat rumah..ada beberapa menu yang Anis sediakan antaranya sate ayam..kat sini Anis nak kongsi bagaimana nak buat sate ayam..


BAHAN-BAHAN:

500g isi ayam
lidi pencucuk secukupnya

Bahab perapan: -semua di kisar

4 barang serai
halia sebesar ibu jari
1/2 labu bawang kuning
2 ulas bawang putih
5 biji bawang kecil merah
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis

bahan perasa:

2 sudu kecil serbuk kunyit
200g gulai perap dengan bahan perapan
1 sudu madu

bahan sampingan;

bawang besar di potong dadu
timun
nasi impit- jika suka
kuah kacang

Caranya:
 Ayam di perap dengan bahan perapan kemudian campurkan bahan perasa, gaul sebati.Simpan dam peti ais semalaman, kemudian cucuk dengan lidi, serai di titik sambil di renjis2kan sikit dengan serai+minyak jagung kemudian bakar hingga masa. Sedia di hidangkan buat kelurga :) 







Selamat hari pekerja kepada pekerja dan pembaca-pembaca..salam selasa buat semua, ucapan hari pekerja ni boleh tak kalau Anis tujukan buat suri-suri rumah? adakah surirumah pun pekerja juga? mungkin ada yang kata ya..dan ada juga kata tak..terpulanglah..masing-masing ada pendapat sendiri,kan? okeylah Anis tak nak celoteh panjang2..nanti bosan pula..bila ptg2 atau cuti-cuti mcm ni, kadang2 tak tau apa nak di masak untuk di jamu pada keluarga, kat sini Anis nak kongsi resepi ni iaitu resepi roti pita berinti daging..




Bahan-bahannya:

bahan A
Roti pita 3 keping di potong dab di belah tghnya

Bahan B
Daging kisar 1/2 packet
bawang besar kuning - di dadu
bawabg putih 1 ulas - di pecahkan
lada hitam secukupnya
cili bengala 1 biji - di dadu
serbuk jintan putih 2 sudu besar
yogurt 60g
jus lemon 1/2 biji di perah ambil jusnya
air sedikit jika perlu
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:

Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau, masukkan daging, serbuk jintan, yogurt, cili bengala, lada hitam dan jus lemon perasakan garamnya, biarkan kering sedikit bolehlah masukkan ke dalam pita tadi hiaskan dan tambahkan salad jika suka, sos cili, mayonis jika suka.Sedia di hidangkan.

RESEPI KUIH SERI AYU..


Salam malam minggu buat pembaca yang Anis cayang..dalam beberapa hari dan beberapa bulan ni, Anis sibuk dengan membuat kek, kuih-muih..rajin tak rajin, kena buat juga, sebabnya petang-petang bila Anis tak buat kuih atau kudapan untuk minum petang si Firas dah mula tanya..sekarang ni hampir setiap ptg Anis buat apa-apa makanan untuk di makan oleh anak, lebih-lebih lagi makanan tu warna-warni..takpelah, Firas asalkan anak ibu makan makanan yang ibu masak..ikutkan tak elok juga bagi makanan yang ada bahan pewarna pada anak, tapi nak buat macamanakan..itu yang dia suka mkn...kalau anak tak makan kita juga yang risau betul tak? kuih yang Anis buat kali ini ialah kuih seri ayu..Ayu tak kuih ni? hehe..pe pun jom apa bahannya:

Kuih Seri Ayu


Bahan-bahan

1 cawan gula
2 biji telur
1 sk ovellete
2 cawan tepung gandum
 1 cawan susu segar full cream
1 sudu kecil esen vanila
pewarna hijau, merah dan yang asal
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg
2. masukkan tepung, susu segar, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit (Anis bubuh sikit je kelapa tu sbb anak anis tak suka kelapanya..) okey selamat mencuba k..








tat telur..


Salam Ahad buat semua pembaca dan kawan-kawan..sebenarnya Anis suka masak-memasak ni, terutama jika ada yang suka makan..kalau Anis sorang je mkn..alamat fikirdua tiga kali jugalah hendak membuatnya..sebenarnya tat telur ni dah lama juga Anis buatnya tapi hari ni baru berkesempatan untuk buat n3 ni..tat ni salah satu kegemaran Anis sekeluarga..tak susah buat tat ni, kalau ada kemahuan di situ ada jalankan? cuma kita nak atau tak nak aje, tapi kadang-kadang jika suatu masakan tu kita tak suka atau takde siapa antara anak ke suami ke atau adik-beradik yang gemar, jadi untuk buatnya pun kita ada perasaan M dalam diri..mula2 Anis pun masa nak buat ni, rasa macam tu gak tapi gagahkan juga diri, kalau kita tak gagahkan diri, tak jadi gak.. kuih tat ni..so inilah hasilnya..okey jom kita tengok bahan-bahan yang ada..bahan2nya;








Untuk kulit tat:

100g margerin
50g mentega
250g tepung gandum
75g gula
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuat kulit tat:

Pukul margerin, mentega dengan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, dan esen. Pukul hingga sebatidan akhir sekali masukkan tepung gandum gaul hingga menjadi doh. Masukkan ke dalam acuan. Bakar sekejap..keluarkan baru letak intinya (tapi cara Anis buat, terus je masuk dalam acuan lepas tu masukkan intinya dan bakar..terpulang pada anda nak buat macammana..:) ) 

Untuk inti telur:

250g susu segar
25g tepung gandum
25g gula halus
3 biji telur gred B

Cara buat inti tat:
Masukkan kesemua bahan dan pukul sebati kesemuanya, kemudian isikan kedalam kulit tat..kamudian bakar dalam suhu 180`c selama 20-25 minit sehingga masak (ini bergantung juga pada oven masing-masing) Anis cuma guma oven butterfly je..okey u oll selamat mencuba..dan selamat menjamu selera..

resepi kek black forest..

Salam semua..hari ini Anis nak wat n3 pasal kek..tak habis2 kek..kek..kek.ans kek..semenjak dua menjak ni Anis memang suka wat kek..maklumlah ada yang gemar memakannya..Anak Anis yang sulung memang suak dengan kek2 ni, bila dah habis kek, selang berapa hari dia tanya lg..ibu, tkde apa kuih2 ke? maksudnya kek lah..nak tak nak terpaksa jugalah buat..sampaikan En.Somi kata, kek lagi..dah muak dengan krim kek, so lepas ni Anis wat kek yang tkde krim jelah..tapi kek yang Anis wat kali ni kek Black forest..






Bahan-bahannya:

80g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking soda
20g serbuk koko
(bahan diatas di ayak bersama)
135g gula kastor
4 biji telur gred B
1 sudu ovalette
suku cawan minyak jagung 
esen coklat 1 sudu teh 

cara-caranya:

Panaskan oven terlebih dahulu, Pukul telur dengan gula hingga kembang, Masukkan ovalette,,putar kemudian masukkan tepung, baking soda dan serbuk koko sedikit demi sedikit, masukkan esen coklat,kacau kaup balik, kemudianmasukkan minyak kacau hingga sebati.Tuang ke dalam loyang yang sesuai, kemudian bakar dalam oven 180'c selama 20-30 minit (bergantung juga oven masing-masing ya..:) )

Untuk krim: 
Cara-caranya:
1/4 cawan air panas (bukan mendidih)
1 camca esen mentega
600g gula aising-di ayak
3/4 cawan lemak sayuran
Pukul whiping hingga gebu/susu segar hingga kembang

cara membuat krimnya:
Putar lemak sayuran dan air hingga sebati.Masukkan sedikit demi sedikitgula aisinghingga mendapat kepekatan yg diinginkan kemudian masukkan esen mentega.Siap untuk di sapukan ke atas kek.

Untuk Inti ceri hitam:

2 sudu besar gula
1/2 tin ceri hitam dalam tin 
1 sudu tepung jagung untuk pekatkanny
Cara buat inti pula:


Panaskan ceri hitam bersama jusnya masukkan gula, biarkan mengelegak kejap pastu masukkan tepung jagung, masak hingga pekat seakan-akan jem.





Hiasan:
terpulang,:coklat rice/ hirisan coklat masakan dan ceri hitam/merah




Cara menghias kek:


Potong kek menjadi tiga lapisan, masukkan krim lapiskan dengan ceri, kemudian terlangkupkan kek di atasnya..ulang proses tadi hingga siap dan kemudia salut kek tadi dan hias ikut kreativiti anda..selamat mencuba :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.