birthday cake


 Salam sejahtera kepada pengunjung blog Anis yang tak seberapa ni..lama juga Anis tak menjenguk blog kesayangan Anis ni..kalau kat umah dah lama tak masuk tentu dah berabuk dah, ni kalau blog dah lama tak menjenguk nak kira berabuk juga ke?

Sebenarnya bukan takde idea untuk menulis tapi, kalau firus M tu ada dalam diri tak ke mana..semua kerja tak buat betul tak? dah nak hampir sebulan gambar ni duk terperap..ni baru nak update berita terkini yang dah mula basi..

Nak di pendekkan cerita, hari tu, anak Anis yang sulung minta di belikan kek untuk birthday dia, kata ayahnya buat apa nak beli-beli..kan ibu boleh buat kek? nak tau apa jawabnya? boleh ke ibu buat ke spiderman? oh..memperlekehkan ibu ya..ok..nanti ibu buat tumjuk kat Firas..ha..dah buat baru dia tau ibu dia boleh buat kek ke tak..tapi kek ni Anis guna sticker je untuk hiasannya..oleh kerana sticker spiderman tkde, Anis ganti angry bird je...ta daa..nilah hasilnya....


 


 Tercengang anak Anis..cantiknya ibu..kek yang ibu buat..ha..baru tau..walaupun tak sebesar mana tapi cukuplah untuk kami 4 beranak..sekejap je dah licin..







kek birthday..

Salam sayang buat pengunjung ke blog Anis..entah mengapa semenjak dua menjak rasa malas betul untuk menekan papan kekunci laptop ni..bukannya dah kehabisan idea tapi nak menekan-nekan tu rasa kurang bersemangat sedikit..

Sebenarnya dari hari tu lagi Anis nak masukkan entry ni tapi, asyik tertangguh-tangguh aje.. hari tu 12 november 2012 genaplah anak Anis yang sulung tu enam tahun..happy birthday sayang..kalau Firas dah besar nanti Firas bolehlah baca catitan ibu bahawa ibu tak pernah lupa pada tanggal tarikh lahir anak ibu ni..ibu tetap ingat insyaallah..

Pada tarikh itu juga ibu menyambut ulangtahun kelahiran anak ibu, dengan buat kek birthday khas untuk anak ibu..pada mulanya anak Anis suruh Anis belikan dia sahaja kek untuk dia..tapi, Anis cakap Anis akan buat khas untuk dia..dia cakap dia nak kek yang ada gambar punya..gambar kartun spiderman katanya..Anis cakap anis akan buat dan Anis boleh buktikan bahawa Anis mampu buat untuk dia macam kek yang dia nak..tapi masa tu gambar spiderman yang sticker tu dah habis jual,jadi Anis buat nutuk dia kek anggry bird untuk dia aje..inilah hasilnya...




Selamat ptg buat semua pembaca ya di rahmati Allah..bertemu kembali dalam arena penulisan..sebenarnya entry kali ni ingin Anis siarkan pada minggu yang lalu tapi tidak berkesempatan lagi..kali ini ada waktu yang senggang bolehlah Anis menulis blog yg tk seberapa ni..hari tu selepas dpt ketuhar yg anis idam-idamkan tu anis masak lamb chop utk keluarga..lepas pada tu dptlah buat kek untuk anak-anak dan suami anis..dptlah juga mak saudara merasa kek yang anis buat tu..dptlah 3 bekas kek tu..tapi kek yg anis buat ni langsung tk guna tepung..kalau nak makan ramai boleh buat kek ni..kalau setakat 5-6 orang makan kena bahagikan 3 adunannya..inilah dia hasil dari kek yang anis buat..kek holiday inn..eh macam nama hotel pulak ya..

resepi: Lamb chop anis

Hari ini Anis masak agak simple je, stew ayam..lebih kurang macam sup ayam..lagi pun makanan macam sup ni anak Anis yang sulung memang suka sebabnya ianya tak pedas..ha..ni la ayam masak stew Anis..




Tengah hari tadi masa dia makan sendiri..habis semua penuh nasi kat muka dia..takpelah dik..asalkan ko makan..bila dah habis makan, habis bersepah-sepah tempat dia makan tu..walau pun dah di alas dengan surat khbar sekali pun..

beberapa hari lepas dapatlah Anis merasa kehebatan oven anis tu..he..he..buat lamb chop.. tapi lamb chop ni banyak kekurangannya buka pasal apa cuma kat sini anis tak sediakan salad/coleslow yang ada cuma lamb chop dan kentang goreng je tp, jadilah untuk makan 4 beranak..lain kaliada masa Anis postkan sekali dengan salad dia k..ni dia antara ramuan lamb chop tu:-




LAMB CHOP:-


Bahan perap:
daging lamb chop 6-7 keping
minyak zaitun/minyak jagung
6 ulas  bawang putih
1 -1/2 sudu besar rosemary
1 sudu jintan manis
1-1/2 sudu lada hitam
3-4 sudu sos tiram (lebih sikit lagi sedap)
2 susu makan kicap kipas udang/lain jenama pun boleh
3 sudu besar jus limau
2 sudu besar gula
2 sudu besar garam

cara membuatnya:
Goreng bawang putih hingga kekuningan,Angkat kemudian tumbuk bersama lada hitam, jintan,rosemary, minyak gorengan bawang tadi,jus limau, kicap dan sos tiram serta gula dan garam.peramkan semalaman dalam peti ais biasa. Keesokkan panggang lamb chop dalam 180c selama 1 jam atau sehingga masak bergantung oven masing-masing..

Untuk sos pula:

1 biji bawang besar kuning- di potong dadu
4 sudu besar tepung jagung dibancug dengan sedikit air
 2 sudu besar mentega
750ml air/secukupnya
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu sos tiram
2 sudu besar lada hitam-di tumbuk halus
3 sudu sos tomato
1 kiub daging
garam secukup rasa

Caranya:
Panaskan mentega dan tumis bawang, kemudian air,kicap,sos tiram,sos tomato, kiub daging, lada hitam yang ditumbukdan garam secukupnya.Kemudian masukkan tepung jagung yang telah di bancuh tadi, biarkan pekat sedikit. Sedia di hidangkan. Selamat mencuba ;)



Salam  malam minggu..siang tadi Anis tak ke mana-mana sebabnya dekat kawasan rumah Anis ni telah mengadakan gotong-royong..acaranya pihak lelaki gotong royong mengecat dan menanam pokok bunga, manakala pihak perempuan memasak untuk di hidangkan pada sebelah tengah harinya..selalunya time suami Anis cuti ni, kami jarang keluar jalan-jalan..selalunya menghabiskan masa bersama dengan menonton DVD di rumah atau kalau suami ada kerja banyak di pejabat, Anis dan anak-anak pun akan ikut sekali temankan dia..bukannya Anis nak kawal pergerakkan suami..itu adalah permintaan suami Anis sendiri sebab katanya dia kadang-kadang keseorangan di pejabat, tiada staff lain, jarang staff hadir untuk buat kerja lebih masa pada waktu malam, jadi dia rasa 'segan' juga sorang2..(faham2lah bila dah malam..kan) jadi, Anislah peneman setia dia..sambil2 tu tunggu dia, Anis buatlah kerja Anis ni iaitu jadi penulis blog yang tak seberapa ni..jadi, bila dah ke pejabat suami ni, kadang-kadang Anis tak pakai kasut/sandel..jadi tegurlah si kecik ni..(anak Anis) "ibu, akai ipar..anti otor..itam..maksudnya "ibu pakai selipar nanti kotor, hitam kaki..terkejut juga Anis kena tegur macam tu..ialah, sebelum ni Anis pernah tegur anak Anis pasal tak pakai selipar..apa yang Anis tegur/cakap pada dia, dia ingat..alhamdulilah syukur kata-kata Anis akan jadi ikutannya..bak kata orang anak umpama kain yang putih bersih..kita yang mencorakkannya warna di atasnya..contoh yang baik dari ibu bapa itu sendiri..

Okeylah daripada itu sempat juga Anis buat kek keju Oreo untuk minum petang tadi..dapat juga Anis merasa kehebatan Oven Anis tu..ha..ha.ha..esok akan Anis sertakan gambar dan resepi kek keju oreo ni..okey..bye..tata.. titi...tutu..

menyambut ulangtahun..

Ish..Ish...ishhh..sedar tak sedar, tahun demi tahun dah suku abad dah umur Anis sekarang..dah tuo dah...he..he..kalau nak kata bercucu pun dah ada..ish..ya ke? tak percaya? nanti lain kali Anis masukkan gambar cucu Anis ya..bukan cucu betul la..cucu saudara belah suami Anis..tapi birthday Anis kali ini Anis tak ke mana-mana kat rumah je..tapi walau pun tak keluar ke mana-mana Anis dapat sebiji kek yang special sangat bagi Anis..kek ni bukannya beli tapi di buat sendiri oleh suami Anis..

inilah dia kek coklat moist yang  suami Anis buat..sedap tau..





Anak bujang Anis yang dua-dua tu pun tumpang sekaki..dah tak sabar nak makan kek..asal makan kek laju je..tak payah mengajak..nak ibu..nak ibu..mengadaplah..macam dia orang pula yang sambut birthday..apa pun thank you very much pada suami Anis kerana masakkan  untuk Anis kek sempena birthday Anis..terima kasih juga kerana bagi hadiah yang Anis idam-idamkan iaitu oven..memang best..


tadaa..inilah dia oven dari Faber..walau pun tak sebesar oven kawan-kawan, tapi cukuplah besar dari oven Anis yang lama..cuma besar sikit dari dulu.. ada tempat memanggang ayam tu yang Anis suka sangat..

  

 Dah di keluarkan dari kotaknya..letak sementara di rak kasut..hi..hi..hi.. (mcm takde tempat lain) bukannya apa belum di adjust lagi nak letak kat mana sebab rumah Anis ni bukannya besar macam rumah kawan2 kat luar sana..kecik je..hu..hu..hu..belum ada rezeki lagi nak beli rumah sendiri..Okeylah kawan-kawan..setakat sini sahaja entry kali ini..chaw..bye.;)
 

Penat lelah berbaloi..



Minggu lepas minggu yang memenatkan bagi Anis..manakan taknya, tempahan dari sebuah pejabat untuk buat laksa..tempahan pun last minit..esoknya nak buat jamuan..hari ni dah kena sediakan bahan..kelam kabut juga dibuatnya..hari yang sama juga cari bahan untuk masak..tetapi alhamdulilah ramai juga yang berpuas hati dengan laksa yang Anis buat..





Gambar dekat bawah ni sebahagian proses membuang tulang ikannya..memang rumit kerjanya..itu pun dengan pertolongan husband Anis dengan insan tersayang..thank you kepada dua insan ni..muah..you all...;)

Kepada yang berminat untuk buat tempahan untuk laksa boleh la hubungi Anis 011-11237709 untuk maklumat lanjut..

hari yang singkat..

Salam buat semua pembaca yang di rahmati Allah S.W.T..apa khabar kawan2 dan pembaca Anis semua..tidak sedar masa begitu cepatnya berlalu..ramadhan dan syawal pun telah berakhir tapi, dalam pada itu masih ada lagi orang yang buat open house kat rumah ya..walaupun Syawal dah berlalu..itulah dia kerana kesuntukan masa, dengan kerja yang bertimbun di pejabat atau tuntutan kerja yang tak pernah habis..lumrah kehidupan..begitu juga Anis dalam tempoh beberapa hari ni, bukan berapa hari, tapi dah dua bulan juga Anis meninggalkan bidang penulisan blog ni kerana kesibukan..bukan sibuk dengan kerja pejabat..tapi dek kerana sibuk memasak..lebih-lebih lagi bulan Syawal yang lepas setiap minggu Anis ada je jemputan..bukan setakat jemputan makan sahaja, tapi jemputan untuk masak untuk rumah terbuka..rendang tok mesti ada..lepas ni nampaknya dapatlah releks sikit..dua tiga hari lagi Anis dipanggil untuk masak untuk jamuan raya di sebuah pejabat pula..walaupun raya dah pun berakhir..lepas tu barulah lega sikit..;)

Terasa cepatnya ramadhan dan Syawal..kan? tapi tahun ni dan tahun yang lepas kita dapat menyambut bulan yang mulia tu dengan insan yang kita sayang..tapi kita tak tahu tahun depan adakah kita dapat merasa beraya atau bersama dengan orang yang kita sayang? pernahkah anda terfikir?apa akan terjadi tanpa orang tersayang dalam hidup kita? beraya tanpa insan yang selalu setiap tahun kita beraya bersama, bila tiba tahun berikutnya kita tidak dapat beraya bersama..tentu sedihkan? tentu kita rasa tak percaya dia dah tak ada dalam hidup kita lagi..bertemu PenciptaNya..kat sini nak Anis katakan bukannya apa..rasa tak percaya pun ada..hari raya hari tu, Anis pergi beraya di rumah adik ipar Anis di  Selangor, jumpalah adik ipar, suami dan anak-anaknya..dia ada buat open house, sekaligus menyambut anaknya dapat masuk ke Universiti..jadi hari tu, Anis dan suami Anis duduk makan dan bersembang dengan suami adik ipar..macam biasa..seminggu selepas kami datang beraya kami di kejutkan suami adik ipar ada di ICU..suami adik ipar tu memang ada sakit jantung sebelum ni, tapi dah buat pembedahan di IJN dah okey..tapi malam tu dia sakit bukan kerana sakit jantung tapi kerana paru-paru berair..masa kami datang ke rumah adik ipar, dia ada cakap dada dia rasa lain macam je..tapi malam tu kami di beritahu dia sakit dan berada di ICU..kami menunggu...sehinggalah pukul 2 pagi..dia menghembuskan nafas yang terakhir..innalilah wainallilah hirojiuun..semoga rohnya dicucuri rahmat..masa di tanah perkuburan, adik ipar Anis macam nak pengsan..mana taknya itulah tempatnya dia bergantung harap, tempat susah dan senang, tempat bermanja..pergi meninggalkan dia dan anak-anak..memang masa tu anis tak boleh tengok keadaan dia..sedih betul anis masa tu..hari ini kita boleh berbual-bual dengan orang yang kita sayang esok dia dah tak ada..macam mana tak sedih..bila teringat-ingat..kita tak tahu hari kita pula bila..kan? entah esok, entah malam ni, entah minggu depan..kita tak tahu..tahu-tahu kita dah kat dalam kubur..bersediakah kita? fikir-fikirkan lah..

NASI ACHEH dengan rendang daging..






Sekarang ni musim cuti sekolah dah bermula..apa rancangan anda ya, untuk bawa keluarga bersiar-siar? mungkinada yang pergi melancong..pada bakal pergi melancong, selamat bercuti dan selamat pergi dan pulang :) tentu bestkan pergi bercuti dengan keluarga..cuti sekolah ni, Anis tak ke mana-mana pun..lagi pun rasanya masih baru lagi untuk Anis pergi melancong dngan keluarga..hari tu ke Vietnam..best juga tempatnya..tak sama dengan kita suasananya..kat sana motor lebih banyak dari kereta..bila pakai helmet pun tak macam orang kat malaysia ni, helmetnya ala kadar je asal pakai..bila bercerita pasal wayar kat jalan..rasanya nak banding malaysia, jauh lebih baik sistem wiringnya...teratur..kat sana berselirat sana sini tak teratur..nak cari makanan yang btul2 halal pun agak sukar..okeylah sekarang ni Anis tak nak cerita panjang2 pasal tu..nanti ada pula yang menguap pula..kan..hari tu beberapa hari lepas Anis ada buat makan sikit sebab mak Anis datang ke rumah, terfikir pula nak buat nasi ni..Nasi Aceh bersama dengan rendang daging..jom kita skodeng resepi Anis ni jap..itu pun kalau sudi..jom..:)

NASI ACHEH

Bahan C

2 cawan beras
susu cair secukupnya
garam dan serbuk perasa secukupnya
 3 sudu besar mentega/ minyak sapi
 


Bahan A (untuk kisar )

6-8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B


2 sudu kecil serbuk ketumbar
1sudu kecil jintan putih -disangai dan di tumbuk

1 sudu keci jintan manis -di sangai dan di tumbuk
daun pandan 2 helai


Cara memasak:

  1. Basuh beras basmathi dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi/mentega tumiskan bahan A, lepas itu masukkan bahan B
  3. Kemudian masukkan bahanA dan B ke dalam bahan C..tanak macam kita tanak nasi tapi guna susu cair, susunya sampai sukatan masak nasi tapi cuma lebihkan air dalam 1 inci 1/2..ok..selamat mencuba..:)

 

kek yogurt macademia


Sana-sini..rata-rata bila singgah ke blog orang perempuan..mesti bercerita pasal masakan..resepi..resepi..macam-macam resepi ada..meriah dengan pelbagai makanan..tapi, bila ke blog orang bujang, lain pula ceritanya..kan..mungkin salah satu sebabnya bila orang menulis laman web, mesti sebab salah satunya ialah kegemaran atau hobinya atau minatnya terhadap sesuatu yang ingin dikongsikan bersama orang lain..beitu juga Anis, walaupun Anis tahu sesuatu masakan tu yang ingin Anis kongsi bersama ialah suatu masakan yang orang lain tahu..tak kira sesuatu benda tu orang lain boleh ambil dari laman sesawang yang lain..tetap juga Anis hendak  berkongsi bersama..macamlah kita ni ada peminat sendiri..kan..takpelah, kalau ada orang nak berkongsi dengan Anis, ianya jadi satu bonus..tapi, kalau takde pun takpe..bolehlah dianggap ianya sekadar suka-suka..okeylah..kali ni Anis nak kongsi kek..kek ni Anis buat masa besday husband hari tu..KEK YOUGURT MACADEMIA..

BAHAN-BAHAN:

425g krim keju
100g kacang macademia
600g krim
500g yougurt
100g kuning telur
300g gula

Cara membuatnya:

1.Panaskan gula dgn sedikit air hinga kekuningan
2.Pukul krim keju dan gula tdi hingga kembang kemudian masukkan telur.
3.Masukkan krim ,kacang macademia dan yogurt.
4.Sejukkan dalam peti ais.




 

hepy besday..

Tanggal 20 Mei ialah besday husband Anis..yang ke.....biarlah rahsia..nanti marah pula tuan punya diri..hehe..syyyy...apa pun selamat hari lahir, moga panjang umur dan di murahkan rezeki hendaknya..amin..sambutan besday ni yang ke berapa ya..selama kita kahwin? rasanya sambutan yang ke-8 kali rasanya..tetapi sori le ya..Anis tak jemput kawan-kawan Anis mahupun kawan-kawan suami..sambutan ni, sambutan keluarga je..masa sambutan besday hari tu, Anis buatkan nasi bukhari, rendang daging dan kek yogurt macademia..harap Ayang puas hati ya..tapi masa makan hari tu, husband Anis kata puas hati dengan masakan Anis..so kat sini Anis nak kongsi resepi nasi bukhari..resepi ni memang best..lebih-lebih lagi makan dengan rendang daging..

BAHAN-BAHAN:

Bahan A
beras basmathi 2 1/2 cawan
susu cair
air
daun mint segengam
garam dan serbuk perasa secukupnya
 
Bahan B:
untuk tumis dan blander:
 
minyak sapi 1/2 cawan
daun pandan*
 kayu manis 1 batang*
bunga lawang 2 kuntum*
bawang merah 8-10 biji-di hiris
bawang putih 3 ulas -dihiris
rempah kari 2 sudu besar
tomato puri 2sudu besar
bawang besar kuning 1/2 biji- di blander ( tak payah tumis tau)  

Bahan C:

gajus 50g -dikisar
badam 50g -dikisar


Cara membuatnya:

1. Cuci beras dan toskan. 
2. Tumis bahan B dengan minyak sapi..tumis dulu kayu manis, bunga lawang terlebih dahulu, ketepikan, tumis semua bahan B  hingga wangi.
3. Kisar bahan C guna pengisar kering hingga halus.
4.Masukkan beras dalam periuk elektrik, masukkan semua bahan A, susu cair dan air (masak nasi macam kita masak nasi biasa, cuma tambahkan sedikit lagi air lebih kurang 1 inci lebih) kemudian tanak seperti biasa masukkan bahan B pula gaul sebati, nak lebih sedap lagi kukus nasi tu..

 okey selamat mencuba..:) dan selamat menjamu selera..





  

memori berkasih

Telah ku cuba memintal kasihmu,
biar menjadi ikatan abadi,
namun apa daya terlerai janji kita 2x
mungkin takdir yang meminta
 bermusim kita bersama
menyemai ikatan cinta
tak mungkin kasih ku hilang
ku kunci hati untukmu
lupakan kenagan indah
simpanlah senda gurauan
andainya kau kerinduan
itulah jadi penawar
sungguh aku terharu dan pilu
kasih ku semai kau abaikan
putusnya ikatan cinta
mungkin tiada jodoh kita
menangis hati ini
ku juga bersimpati
hancurnya harapanku
maafkan sayang
kasihmu yang berubah
aku pun tak menyangka
itulah alasanmu, pergilah sayang
biar rindu di kejauhan
menemani hati yang gelisah
semoga bertemu jua kebahagiaan..

Masa Anis mula ingin menulis blos Anis yang tak seberapa ni, Anis di dendangkan dengan lagu ni..mendayu-dayu..teringat...sekejap..best tak? saja je Anis salin lirik lagu ni..boring-boring boleh nyanyi berduet ngan suami Anis..suami Anis pun memang minat menyanyi juga..tapi selalunya kalau Anis nyannyi dalam bilik air je..hehe..  mcm le suara Anis ni sedap..takat bilik air je tempatnya..wakaka...okey hari ni time nak berjiwang sikit..bolehkan?

ikan keli salai masak lemak

hari ni lain dan tak bukan Anis masak lauk kegemaran Anis sendiri iaitu ikan keli salai masak lemak..fuh..dah lama tak makan makanan ni, tak kita ikan ke daging salai memang Anis suka..bau nya menyelerakan..tapi, sayangnya suami Anis tak suka pula..tapi walau tak suka pun Anis masak juga bagi melepaskan ngidam..hehe..ikan ni pun mak Anis bawa masa dia bertandang ke rumah Anis tempohari..jom tengok bahannya :)


IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK KUNING

Bahan-bahannya:

ikan keli salai 4 ekor
santan 2 cawan
kunyit hidup 1 inci -dikisar
serai 3 batang- di ketuk
cili padi 10-15 biji -dikisar
1 keping asam keping
garam dan serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan air

Cara masak:

masukkan bahan kisar dalam periuk air sedikit, serai, santan dan ikan biar mendidih, masukkan asam keping garam dan serbuk perasa secukupnya. Sedia di hidangkan.* lebih sedap jika santan tu pekat sedikit.selamat mencuba..


 

kuih talam cendol

Hari ni kepala Anis sedikit biol..berpusing-pusing..walau camner pun Anis gagahkan diri gak untuk masukkan N3 untuk kali ini, mungkin kepala ni dok pusing sebab tekanan darah rendah Anis kot..kata orang kalau tekanan darah rendah kena makan maknan yang banyak protien macam hati ayam, sayur bayam merah dan sebagainya..tapi bila Anis makan benda tu semua makin sakit pula di buatnya..biasalah umur pun dah semakin meningkat, masing-masing penyakit menyerang..walau camne pun Anis nak kongsi resepi talam cendol ni untuk semua pembaca...ok jom apa yang ada..


BAHAN-BAHAN:

250g cendol
200 tepung beras
50g gula pasir
250ml santan
400ml air
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam

LAPISAN ATAS:

200g tepung gandum
300g gula merah - dijadikan air gula
80g gula kastor di jadikan air gula -
500ml air- dijadikan air gula
250ml santan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam

CARA MASAK:

Untuk lapisan bawah,masukkan cendol ke dalam bekas kemudian masukkan tepung beras, gula pasir, santan,air, tepung jagung dan garam kacau rata dan tapiskan. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau hingga masak. Untuk lapisan atas pula, didihkan bahan kemudia, tapis dan masukkan ke dalam loyng dan kukus lagi hingga masak. Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.Sedia di hidangkan..Selamat menjamu selera sambil minum petang :)




 

Siakap kukus halia


Dah berapa hari Anis tinggal bertiga sahaja kat rumah..suami Anis keluar mengajar kumpulan inovatif dan kreatif..,kat Langkawi selama lima hari..sunyi juga rasanya..walau pun dia selalu balik lambat sebab tuntutan kerja yang berlambak-lambak tu, tapi tetap balik ke rumah macam biasa..bila time tiba waktu dia balik tu, Anis masih tertunggu-tunggu padahal dia dah jauh kat Langkawi..dah biasa,kan..sebab tu rasa sunyi je rumah walau pun ada anak menemani..ada anak di sisi dengan adanya suami di sisi tak sama..sebab tu, bila time suami Anis cuti..kitaorang sama-sama luangkan waktu bersama, kalau tak keluar berjalan ke taman atau karnival mana2..atau pun berkelah di mana-mana, Anis dan anak-anak akan mengikut suami ke tempat kerja suami Anis untuk temani dia kat sana, itu jika suami Anis banyak kerja yang perlu di lunaskan..ni, suami Anis dah balik dari Langkawi bolehlah masak yang luar dari kebiasaan sikit, contohnya ikan siakap kukus halia ni antara menu Anis untuk hari ini, sayur campur dan rendang daging..kali ini Anis nak kongsikan resepi ikan siakap kukus halia..okey jom kita tengok bahan-bahan yang di perlukan..




IKAN SIAKAP KUKUS HALIA

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
2.5cm halia -Di blander/ditumbuk
5-6 ulas bawang merah-di blander/ditumbuk

3 ulas bawang putih-  di blander/ditumbuk

5 batang serai- diblander/ditumbuk
2 biji cili merah -dihiris
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
5 sudu makan sos tiram
2 biji jus limau nipis
2 biji buah tomato- dipotong dadu
1 tangkai daun sup
garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:

Bahan yang di blander/ditumbuk tadi di gaul dan diperapkan sekejap bersama lada hitam, dan sos tiram. Taburkan daun sup, cili merah dan tomato tadi ke atas ikan, kemudian kukus selama 20 minit, 5 minit sebelum diangkat, perahkan jus limau nipis ke atas ikan, kukus lagi 5 minit, sedia di hidangkan..lebih sedap di makan panas-panas tau..:)

 Jemput makan...bismillah....

menu mee kari..

Salam malam rabu..apa khabar semua pembaca? mcmlah ramai sesangat pembaca blog Anis ni kan..macam bak kata hidup segan mati tak mau..rasa-rasa mcm nak je mengundur diri dari jadi penulis blog..apatah lagi dari laman muka buku..tapi tu lah itu yang menghiburkan hati yang pada tak terhibur..hiburkan hati sendiri jelah..:( buat blog ni cuma suka-suka je..orang suka baca ke, tak ke..yang penting hati Anis puas kerana dapat kongsi sedikit ilmu yang ada,dan daripada pengalaman Anis..okey kali ini Anis nak kongsi resepi mee kari..

MEE KARI

Bahan-bahannya:
1 packet  kecil mee kuning dicelur
segengam tauge -di celur
300g ayam di potong kecil-kecil/dadu
fish kek 2 btang
fish ball 1 packet
tahu pelampung- di potong dua
telur direbus kemudian di belah dua
2 biji cili hijau
1 tangkai daun sup dan daun bawang- di hiris2 
isi kerang jika suka-
Bahan untuk kuah:

300g bawang besar - di kisar
100g bawang putih -dikisar
200g cili kering (jika nk pedas sikit) dikisar
100g rampah kari di kisar

200g udang kering -dikisar
halia seesar ibu jari-dikisar
lengkuas dalan 50g -dikisar
1liter santan
garam gula dan minyak secukupnya

Cara memasak:

-Panaskan minyak, tumis bahan kisaran hingga wangi
-masukkan air sedikit,, ayam, fish kek, fish ball dan tahu pelampung dan kemudian santan
-Perasakan garam,gula.Biarkan mendidih sebentar.Tutup api dan sedia dihidangkan dengan tauge,telur rebus daun sup,daun bawang dan isi kerang jika suka.Sedia dihidangkan:) Jom makan :) bismillah...
 

 

nasi goreng

Salam 1 Malaysia buat warga Malaysia..and Salam buat semua blogger dan pembaca semua..hari ni, seperti biasa dan hari-hari yang berikutnya..inilah kehidupan Anis..masak, masak dan masak..jaga anak, mengemas seperti isteri-isteri lain..semua kerja kena dilakukan seorang diri, maklumlah Anis ni full time housewife..dulu sebelum berkahwin bekerja dan selepas berkahwin terus berhenti untuk tumpukan perhatian pada suami dan anak-anak..inilah dunia Anis..tak tahulah kalau esok lusa Anis bertukar fikiran untuk bekerja pula..anak pun dah mula nak sekolah rendah..banyak perkara yang perlu di fikirkan..okeylah sekarang ni Anis nak kongsi beberapa resepi antaranya resepi nasi goreng kampung..


NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahanya:
Nasi putih dua pinggan
bawang merah 5 ulas -ditumbuk
bawang putih 2 ulas -ditumbuk
ikan bilis 50g- ditumbuk
ikan bilis di goreng untuk tabur di atas nasi goreng
cili padi di hiris sahaja
sos tiram 2 sudu besar
garam dan serbuk perasa secukupnya
 minyak masak


Cara membuatnya:
Pijarkan minyak masak, kalau boleh guna minyak goreng ikan..kalau tkde pun takpe minyak masak baru pun takpe..goreng dahulu ikan bilis..minyak yang sama juga guna untuk goreng nasi pula..tumis bawang putih dengan bawang merah, lepas tu masukkan ikan bilis yang di tumbuk, hingga berbau (bukan hangus ya)..lepas tu masukkan cili padi hiris, masukkan sos tiram,sayur kangkung (jika suka) tp Anis tak letak sebab anak- tak suka sayur..terpulang pd anda nak masuk sayur atau tak..kalau tkde takpe,masuk telur.aram dan serbuk perasa secukupnya.kemudian masukkan pula nasi..goreng dan kacau sebati..masa nak hidangkan taburkan ikan bilis goreng atau campurkan ikan bilis goreng bersama nasi.Sedia di hidangkan..:)





 

talam mutiara

 
Selamat malam buat semua pembaca..pada masa  n3 ni di tulis, tentu kebanyakkan orang dah pun mula di buai mimpi, tapi juga pada waktu ini juga ada yang tengah bekerja, sebabnya perbezaan waktu malaysia dan waktu negara-negara lain..tapi, bukan Anis nak ceritakan pada anda tentang waktu-waktu ni, tapi sesuatu yang mengejutkan ketika siang tadi di mana seorang anak mengucapkan terima kasih dan perkataan sori..siapa lagi kalau bukan Asyiq Wafiy anak Anis yang kecil..berbeza dengan si abangnya bila apa2 berat untuk ucapkan terima kasih pada orang..tapi si kecil ni, tak henti2..bagi lah apa2 pada dia.."me acih bu".."me acih yah"..dan suatu ketika, dia berlari-lari lalu terlangar Anis..apa katanya.."sori.."terpegun Anis mendengarnya..mungkin juga kerana dia kerap mendengar Anis dan suami ucapkan terima kasih pada dia atau sesama suami..jadi dia pun boleh ikut apa yang kita katakan..kata orang, anak yang kecil umpama sehelai kain putih..kita yang patut mencorakkannya betul tak? okeylah, Anis pun tak nak buang masa anda untuk membaca coretan Anis ni, cuma kat sini Anis nak kongsi resepi talam pula kali ini..nak tau talam apa? tentu dah tau kan.. kat atas tajuk pun dah tulis..jom kita tengok bahan-bahannya..

TALAM MUTIARA

Bahan A

240g tepung beras
240g gula pasir
60g tepung ubi
1 liter santan
garam secukupnya
pewarna merah jambu dan hijau
Cara buat bahan A

Didihkan santan bersama gula.Kemudian di gaulkan dengan tepung beras dan tepung ubi. Bahagikan adunan menjadi 3 adunan. Setiap adunan di warnakan hijau merah jambu dan warna asal, yang warna asal di masukkan garam secukup rasa.   

Bahan B

100g beras pulut- direbus hingga lembut dan toskan..

Cara membuatnya:

di dalam oyang masukkan adunan pewarna hijau  lepas tu kukus sehingga masak,diikuti beras pulut, kukus sebentar kemudian masukkan pula adunan warna hijau, warna, asal dan merah jambu..setiap lapisan di kukus hingga masak.okey selamat mencuba..

Mango Chesse Cake


Salam buat semua pembaca yang Anis cayang..thank you singgah blog Anis yang tak seberapa ni.. bila tengok blog orang lain ramainya pengunjung..meriah rasanya terasa juga hati..kenapalah blog Anis ni tak semeriah tu..mungkin blog Anis ni tak menarik seperti mana blog orang lain kan..Anis akui semua tu..isinya pun tak menarik..seperti menariknya blog masakan citarasawan, spices journey blog CaHaya Shiela, masam manis azlita dll blog yang seumpamanya..memang jauh bezanya..tapi takpelah, yang penting hati Anis gembira..kan? Hari ni Anis cuma masak soto ayam, dan dua jenis kek..kek pertama kek buah..dan kek keju mangga..petang tadi En .Somi balik dari over time, Anis hidangkan kedua-dua kek tu..Anis tanya dia yang mana sedap antara kedua-duanya? jawabnya kalau di beri pilihan dia lebih suka kek keju mangga berbanding dengan kek buah..tapi kalau tak de kek keju mangga tu, kek buah pun okey gak..so kat sini anis nak kogsi resepi ni untuk anda..ni pun first time buat terus jadi..resepi ni Anis ambil dari sebuah majalah harap ianya berbaloi..bagi Anis memang berbalaoi..jom tengok bahannya:

KEK KEJU MANGGA

Bahan untuk lapisan bawah:
100g biskut marie
50g mentega- dicairkan

Lapisan tengahnya:
1 biji mangga- diambil isi kemudia kisar halus
50g mentega
250g krim keju
50g gula kastor
80g coklat putih-dicairkan

lapisan atas:
200g krim segar
2 sudu jus manga
2 biji mangga- di buang kulit dan di hiris( untuk hiasan)

CARA BUATNYA:

-Untuk lapisan atasnya satukan dan kisar halus, kemudian masukkan ke dalam loyang yang sesuai, tekan2 bagi padat..masuk oven bakar dalam 180c selama 10 minit keluarkan
-Bahagian tengahnya pula, putar krim keju dengan gula kastor hingga kembang, pastu masukkan coklat cair dan mentega, pukul lagi, kemudian masuk manga yang dikisar, kaup balikkan sehingga sebati.Tuang di atas bikut yang di tekan tadi..simpan dalam peti selama 4-5 jam
-Bagi lapisan atas pula, putarkan krim segar hingga kembang,kemudian masukkan jus manggapukul lagi hingga kembang dan sebati, kemudian ratakan ke atas lapisan tengah tadi, masukkan dalam peti sekali lagi selama 3-4 jam..ulang proses jika mahukan lapisan yang banyak..kemudian hiasakan dengan hirisan mangga atau mengikut kreativiti anda..okey selamat mencuba..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.