kenangan yang sukar dilupakan..

Hari tu, masa anis berjalan dengan suami ternampak seorang baby yang baru sahaja lahir dalam beberapa hari..bila tenguk baby tu teringat anis masa hendak mengandungkan anak pertama kemudian anak kedua anis..yang paling anis sukar lupakan masa melahirkan anak anis yang kedua, sebabnya anak kedua ni anis lahirkan secara pembedahan..bukannya kehendak anis untuk lahirkan secara pembedahan tapi anak anis ni ada masalah kerana dah melepaskan hajatnya kat dalam tu..jantung baby pun masa tu tak stabil..bila dah lahir tu, masuk hari kedua, anak anis tidak dapat balik lagi kerana demam panas terus pindah ke suatu bilik khas..masa tu tuhan sahaja yang tahu perasaan anis ketika tu..dengan baby ada wayar kat tangan..menangis je tak henti-henti..kesian anis tenguk dia masa tu..masuk je hari ketiga keadaan dia dah okey sikit dan dia dipindahkan ke wad kanak-kanak..tapi masa kena tahan tu anis dah boleh balik cuma baby je tak boleh kuar lagi..tapi anis tak sampai hati tinggalkan dia untuk balik rumah..jadi anis dan suami bermalam kat hospital..tapi, terus terang anis katakan pada malam tu memang anis tak boleh tidur langsung mengenangkan anak yang sakit..tuhan aje yang tahu..bila tanya doktor kenapa anak anis tiba-tiba je demam..kata doktor paru-paru anak anis dah kena kuman dan kuman itu juga ada dalam darah anis..memang sebelum ni pun anis ada masalah darah dalam badan tidak betul berfungsi..masuk hari ketiga berada di wad kanak-kanak tu alangkah seksanya anis untuk menjaga si kecil tanpa bantuan suami mahupun emak anis..hendak angkat si kecil untuk menyusukan pun sukar..apatah lagi untuk tidur kerana pembedahan tu, tulang belakang anis jadi sengal dan luka pembedahan tu rasa pedih yang amat..malam keempat tu anis menangis sambil telefun suami..sebabnya anis tidak tahan sangat dengan ank asyik menangis tak nak tidur,lepas tu anis sendiri pun sakit tidak boleh bangun..suami anis suruh minta bantuan nurse yang ada kat situ..tapi nurse yang ada kat situ pun susah hendak pangil kerana jauh dari anis..dan anis sendiri pun sukar untuk bergerak..tapi anis gagahkan diri demi anak..bila jumpa nurse tu anis ceritakan masalah anis dan dia terus bawa anak anis ke dalam sebuah bilik..tak tau lah dia buat apa..tapi lepas pada tu, anak anis asyik tidur aje..sebelum tu dia ada juga bagi anis ubat tahan sakit tapi tidak berapa berkesan cuma hilang sikit sahaja..tapi yang menghairankan anis adakah ubat sesuatu yang dia berikan pada anak anis?



fikiran kita..

Salam dan selamat sejahtera buat semua pembaca..okeylah, entry kali ini anis hendak kongsi pada anda apa yang kita fikir dan orang tidak fikir..maksud anis macam ni, bila kita hendakkan sesuatu, kita jarang luahkan kemahuan kita itu pada orang..kita akan bagitau kemahuan kita itu separuh sahaja dan selebihnya kita anggap dan rasa orang yang fikir apa yang ada dalam fikiran kita..sebenarnya apa sahaja kemahuan kita yang kita mahu dari seseorang itu, kita perlu luahkan semuanya, jangan simpan2..orang lain tidak boleh membaca fikiran kita..kalau kita tidak bagitau..

 Sebenarnya apa yang anis hendak ceritakan pada anda ialah mengenai kakak ipar anis, ahad yang lalu, saudara sebelah suaminya ada mengadakan kenduri kahwin anaknya dan kami pun di jemput untuk makan kenduri, kakak ipar anis ni dari kelantan dan datang ke KL untuk menghadiri kenduri tersebut di pendekan ceita kakak ipar anis ni telefon suami anis, katanya hendak datang ke rumah anis pada hari tersebut untuk beli batu permata untuk berubat dan tidak pula bagitahu pukul berapa dia hendak datang cuma dia bagitahu dia hendak ke kenduri tersebut dalam kul 12.00 t.hari, sebab masa dia call kami berada di suatu tempat (keluar rumah) dan kenduri tu kami hendak hadiri tapi lewat sikit, sebabnya kami masih kenyang..kami ingatkan tak kisah lah kami pergi kenduri tersebut pukul berapa sebab dia tidak pula janji untuk berjumpa pada kul 12..cuma dia cakap dia hendak pergi kul 12. dari rumah adik pada suami kakak ipar anis, lepas tu dalam kul 2.00 dia call lagi..tanya kami kat mana sebab dia dah lama tunggu kami..panik kami kejap..sebab dia tak ada pun berjanji pukul berapa..mungkin dalam fikiran kakak ipar anis dia nak kami pergi awal, tapi, dia tidak suarakan dan berharap kami faham fikirannya..terjadilah miss comunication..

nak tengok AF ke nak ke laman santai?

Kali ini anis hendak bercerita sikit, hari tu sabtu lalu, anis adalah merajuk sikit dengan suami anis..bukannya apa..kisahnya seorang hendak pergi ke laman santai ada Dato Siti buat persembahan, seorang lagi hendak tengok AF kat Astro..yang anis hendak ke laman santai, tapi suami anis hendak tengok Astro..tapi last sekali baru kami tahu yang Astro AF peringkat akhir hari ahad, bukannya hari sabtu..so nak jadikan citer kami buat keputusan ke laman santai pada malam tersebut, dan hari ahadnya kami tengok AF di Astro tapi, sebelum tu muncung juga anis di buatnya..suami anis tanya apa2 anis wat tak tau jer..last2 dia tanya anis kenapa tetiba anis berubah sikap (memujuk  la tu.) anis cuba bagi tau apa yang anis tak puas hati, anis katakan kalau nak tengok Astro, mesti akan ada lagi ulang tayang, tapi show Dato` Siti tak akan ada ulang tayang lagi...tapi pada malam tu,anis dah agak dah Hazama akan menang pada malam tu..tapi suami anis cakap Lena yang akan menang sebab suara dia malam tu menyerlah sikit berbanding lain..tapi anis percaya, masing-masing ada peminat tersendiri..okey..bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.