nasi hujan panas versi Anis

Salam hormat..

Di kesempatan ini, Anis ingin berkongsi nasi hujan panas yang Anis buat khas untuk husband Anis yang dapat anugerah khidmat cemerlang di tempat kerjanya..nasi hujan panas ni dah banyak kali Anis buat cuma tak pernah masukkan entry saja di sini..kali ni nasi hujan panas ni Anis buat lauk ayam kurma dan acar sahaja..ni resepi nasi hujan panas versi anis..





NASI HUJAN PANAS

Beras basmathi 1 1/2 cawan
gula 1 sudu kecil
garam 1 sudu kecil
Air 1 1/2 cawan
susu cair 1 cawan
rempah 4 sekawan
bawang merah kecil 5-6 biji di hiris
bawang putih 1 ulas- di hiris
Halia 2 inci -dihiris
minyak masak 2 sudu besar
minyak sapi 2 sudu besar
mentega 1sudu besar
daun pandan 2 helai
1/2 kiub ayam
pewarna

Cara-cara membuatnya:

Tumis bawang merah, bawang putih, rempah 4 sekawan dalam minyak masak,minyak sapi dan mentega.Ketepikan. Basuh beras bersih2.Toskan airnya masukkan air dahulu iaitu dalam sukata yang ada kat atas,masukkan tumisan dan minyak sekali,daun pandan disimpul dan di masukkan ke dalam periuk, kiub ayam ,gula dan garam. Bila nasi dah mula mendidih masukkan pula susu cair, tanak hingga masak, dah hampir kering masukkan pewarna.Sedia di hidangkan. hidangkan lauk kegemaran anda.

Tip untuk nasi hujan panas:

- untuk masukkan pewarna, tuangkan pewarna di tepi periuk/ sudukan tompok2 warna yg digemari..biar hingga nasi masak baru kacau..

- jika nasi hujan panas ada lebih dan anda mahu panaskan semula, masukkan sahaja nasi ke dalam pengukus supaya warna yang di dalam periuk tadi tidak bercampur..

selamat mencuba

resepi Paulet Rofi

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat pegunjung blog Anis..dah banyak hari dah Anis meninggalkan blog yang tak seberapa ni..sebelum ni nekad nak masukkan entry seminggu 2-3 kali..tapi oleh kerana kesibukan masa, dengan anak, dengan tempahan kek ni, tak berkesempatan untuk update terbaru..ni baru lega sikit..alhamdulilah rezeki..kan? Lepas siapkan anak bujang tu ke sekolah..terus buka laptop..dan berkesempatan nilah Anis cuba curi2 masa Anis untuk update entry ni..nasib baiklah si kecik tu masih tido lagi..kalau tidak tak jadi kerja di buatnya..sebelum Anis kongsikan kat sini resepi Paulet Rafi iaitu Ayam Panggang Perancis, Anis nak tunjukkan pada kawan2 kek yang di tempah masa cuti sekolah lepas.. (iklan la pulaq)




Okeylah..kawan2..gambar yang kat atas tu bukanlah gambar ayam panggangnya..gambar ayam panggang dan resepinya ada kat bawah ya..jom tengok resepinya:


tak jelas lagi..?

okey Anis zoom kan..tengah dalam oven..

Nak resepinya? okey..ni resepinya:

Ayam kampung 1 ekor  Anis guna ayam biasa je
mentega 150g
paprika 2 sudu besar
jintan manis/jintan kasar serbuk 1 sudu besar
herba rosmerry 1 sudu besar
herba taim 1 sudu besar
bawang putih 2 ulas ditumbuk lumat
Air rebusan ayam 500ml
jus lemon di perah 1 biji
lada hitam serbuk 1 sudu teh
garam secukup rasa
minyak kacang untuk mengoren terendam
lada putih serbuk
Pasli 1sudu besar


cara membuatnya:
Panaskan ketuhar pada 190c
bersihkan ayam dan keringkan dengan tuala atau tisu dapur.Ketepikan.Gaul ayam dengan mentega, paprika, jintan, rosemary, taim.bawang putih, jus lemon garam dan lada hitam.
Masukkan jejari anda ke dalam kulit ayam untuk melonggarkannya.Pastikan kulit ayam tidak terkoyak.lakukuakn keseluruhan badan ayam. Sapukan keseluruhan bawah kulit ayam dengan mentega.
Panaskan minyak, goreng ayam sehingga kekuningan dengan membalik-balikkan.Alih ke dulang pembakar dan panggang ayam dalam ketuhar selama 45 minit
Setelah masak, balut engan kertas timah.Jus ayam akan keluar dari ayam dan ambil sesudu jus ayam tadi masukkan sedikit air renihkan dengan campuran tepung,garam dan lada putih dan tambah daun pasli.Tuang ke atas ayam dan hidang..
 Selamat mancuba ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.