kena tahan?

Hari ni masuk hari yang tujuh selepas keluar dari wad HKL..dah lepas anak sulung Anis kena tahan kerana dmam, ni Anis pulak kena tahan sebab demam panas dan asma..seumur hidup ini, paling teruk sekali kena demam sampai 42 celcius..Anak Anis yang kecil terpaksa ayahnya jaga..tidur pun atas bahu..susu botol tak nak..kesian juga tengok dia..selama lima hari malam tidur tanpa susu badan..suami Anis yang teruk nak tidurkan dia..nangis je Anis tak ada..bila waktu melawat je bawa dia jumpa Anis untuk menyusu..nasib baiklah dia dah boleh mkn apa2..masa kat hospital, cuba minta kat doktor tu kasi balik, tapi doktor tak bagi sebabnya demam Anis tak kebah2..turun suhu sikit, jap lagi mendadak naik semula..tu yang susah doktor nak bagi balik..nangis juga Anis mengenang Anak yang masih menyusu..depan doktor Anis menangis bagi lepaskan Anis balik..doktor pun jadi serba salah..tapi tetap tak boleh balik gak sehingga suhu betul2 turun paras normal..lima hari juga kena tahan kat wad..seksa rasanya terpisah ngan anak yang masih menyusu..bila balik rumah, rumah dah siap berkemas..suami Anis tolong kemas..lega juga..tak payah pening2 kepala..t.q.v.m..cuma sekarang ni Anis kena byk berehat sikit..tak boleh kerja berat2..nanti semput balik..cuma kekadang tu yang buat semput tu bukan buat kerja sangat pun dengan anak2 anis pun dah terasa semput dengan kenakalan mereka ni..nak wat camna nama pun budak2..kan?

kena seraannggg...

Ish..ish..dah satu, satu..tak habis habis hari tu accident dah dua kali pada bulan yang sama ni pulak anak-anak kena virus demam,selsema batul, muntah dan c####..malas nak tulis kat sini..nanti takut ada yang terasa nak uwek pulak nanti..tiga hari lepas anak Anis si Dhia Firas kena tahan wad kerana demam panas..nasib baik lah dua hari sahaja kat situ..coz Anis pun tengah sengal2 badan..bergilir juga dengan ayahnya jaga dia kat hospital..Anis ambil shif siang..ayahnya mlm sebab sebelah siang ayahnya kerja..pastu pulak, dah balik rumah si adik pula demam..kesian tengok dia..lesu tak bermaya..semua yang di makan keluar balik..last2 Anis minta Husband Anis bawa si adik ke klinik swasta sahaja sebab kalau bawa ke hospital gerenti kena tahan..Anis tak boleh jaga sorang2..sebabnya Anis sendiri tak berapa sihat..last2 kami buat keputusan bawa ke klinik sahaja..tapi doktor tu cakap kalau makin teruk memang kena bawa terus ke hospital..tapi alhamdulilah demam anak anis beransur kurang..tentang pengubatannya Anis tidak gunakan seratus peratus ubat klinik sahaja..tapi ada juga guna kaedah kampung iaitu goreng beras dalam senggengam hingga kuning kehitaman, lepas tu masuk dalam cawan/gelas masukkan air..cara ni untuk menghilangkan cirit birit..maaf ya Anis sebut di sini..baby pun boeh minum airnya..cara ni Anis guna untuk rawatan Anak Anis..insyaallah sembuh..tapi kena rajinlah buat dan minumnya..
Okeylah setakat ini je yang dapat Anis kongsi pada anda semua..jumpa lagi..

Cameran Highland

Cerita Anis pada entry yang lepas, kalau u all baca, Anis ke Ho Chi Minh City, pada kali ini Anis hendak cerita pasal perjalan Anis ke Cameran Highland yang membuatkan Anis fobia bila naik kereta.. sebelum tu Anis hendak ucapkan Happy birthday buat anak Anis Dhia Firas yang menyambut hari kelahirannya tanggal 12 November 2011 yang lalu..genap usianya 5 tahun..kami celebrate kat Port Dickson je..


Pada tarikh yang sama gak, kami menerima panggilan dari kampung pukul 9 malam ayah mentua Anis meninggal..terus kami bergegas balik dari Port Dickson ke K.L ambil baju yang perlu..cuba contact flight tp semua tkde yang ada keesokkan harinya sahaja.nak tak nak terpaksa kami balik juga naik kereta lebih kurang pukul 12 lebih bertolak dari K.L..bila tiba je di Raub kami mengalami kemalangan kereta terlanggar lembu yang melintas..pada masa tu dah pukul 2 pagi teruk juga kereta masa tu, nasib baik kami tak cedera..



Lepas selesai urusan pengebumian, kami balik ke K.L menaiki bas..selepas dua minggu kemudian kami pergi bercuti ke Cameran bersama keluarga Anis dalam tiga buah kereta..selama 3 hari.









Kami buat sambutan ulangtahun kelahiran serentak tiga orang iaitu anak Anis Dhia Firas, Azam firdaus dan  Nurul Azwati di Cameran..balik je dari Cameran, berlaku lagi kemalangan kereta yang di pandu oleh suami Anis terbabas ke longkang gara-gara ada orang yang simbah minyak di jalan tersebut..sebelum kejadian tu dah ada empat buah kereta terbabas pada hari yang sama, selepas kereta kami di tarik, tak sampai sejam ada lagi yang terbabas tempat yang sama..Anis harap kepada sesiapa yang ingin merancang pergi bercuti ke Cameran hati-hatilah terutama ketika selekoh..jika pergi pun sebelum 6 petang atau balik sebelum 6.00 petang sebab Anis percaya ada yang buat kerja kotor supaya kenderaan yang lalu kat situ akan berlaku kemalangan dan mereka dapatlah duit hasil kerja kotor mereka tu! Masa kejadian tersebut mak saudara Anis ada ternampak lori tarik kereta tu menyorok suatu tempat (tunggu call) sahaja agaknya. Ish geram betul..tak fikir ke kalau termasuk gaung ke orang yang dia buat tu? cuba keluarga dia yang kena, baru dia tau..Okeylah u all Anis chaw dulu..tengah geram nih jumpa lagi di lain N3..bye.







cerita ho chi minh city-2

Selamat bertemu kembali pembaca dan penulis blog sekalian..kali ini Anis nak bawa anda kembali semula ketika Anis ke Ho Chi Minh City baru2 ni..pada tulisan Anis yang lepas2..Anis sertakan gambar ketika Anis melancong ke sana dengan keluarga tersayang..ini adalah antara gambar kami lagi yang dapat Anis kirimkan untuk tatapan anda..


lubang tempat persembunyian


bergambar di dalam lubang kubu tempat persembunyian orang Vietnam



perangkap yang di pasang..

jalan bawah tanah

bom

di depan muzium tentera


tempat lapangan menembak

yum..yum..dap taw..ubi kayu cicah dengan kacang tumbuk..sodaaap..

kepala tertanggal..ngeri..kejam..

 semua mangkuk tandas diaorg letak ais

di dalam muzium

depan ben than market

arca di depan pejabat pos lama

inilah dia pejabat pos lama kat Vietnam

di dalam pejabat pos

inilah pejabat posnya..

ini pula dekat China Market

budak sesat mana pulak ni???hehe..

ini adalah gereja yang terkenal gak kat Vietnam
Haaa..camna? teringin tak nak pergi Vietnam? ceh macam promote la pulak..ini sikit je..banyak lagi tempat yang menarik tapi tak habis pusing dan kesuntukan masa..salah satunya Pagoda..tak sempat nak pergi..pergi sana 4 hari 3 malam je mana sempat..pergi pulak dengan rombongan tempat kerja suami Anis..ada yang siap lambat..kita pulak yang menunggu..jenuh..sabar jelah..kalau ada rezeki lagi teringgin nak pergi lagi..bukannya apa kalau perempuan bab2 window shopping atau shopping laju aje betul tak? kat sinilah tempat shopping yang murah dari mata wang RM kita..tapi dekat sini kena rajin2 menawar kalau tidak memanag cekik darah..lebih dari harga duit kita pun ada..maklumlah diaorang tahu kita pelancong..tapi kena hati2 sikit bila ke Ben Than Market, kerana dekat sana mereka suka tarik kita msuk ke kedai mereka..bila pegang sahaja barangan mereka kita tanya harga lepas tu tak jadi beli, diaorang tanya harga kita pula..pendek kata boleh tawar menawar..orang2 dekat sini boleh berbahasa inggeris sikit2 berbandiang dengan China Market, diaorang langsung tidak faham bahasa Inggeris,agak sukar jugalah bila membeli di situ..macam itik dengan ayam..tapi di BenThan Market, jangan terkejut, diaorang boleh berbahasa melayu sikit2..seperti "abang..beli bang"..sesetengah tu,diaorang boleh faham bahasa kita..tak boleh nak kutuk diaorang..kalau datang ke Vietnam sesetengah barang tu lebih murah dari beli barang di jalanan (orang yang jual tepi jalan) dua kali ganda lebih murah! Oleylah setakat ini sahajalah untuk kali ini..lain kali bersua lagi..salam sayang ;)





















































































































































ho chi minh city


Fuh..penatnya badan terasa lagi..balik sahaja ke rumah terus buka fb..malam tadi balik hujan lebat gak sampai KL..pagi tadi mula semput..terlalu penat berjalan dan hujan pulak tu..dalam bulan n isahaja Anis tak berhenti keluar dari KL..mula-mula tu ke Cameran Highland ikut suami ada kerja kat sana pastu alang-alang dah dekat terus balik ke kampung mentua Anis..sunyi juga perjalanan dari Cameran ke kampung suami, selalunya lalu jalan lain Bentung-Kuala Lipis bila balik..ni ikut jalan lain yang betul-betul sunyi..cuma satu dua buah kereta sahaja yang lalu kat situ..seram juga di buatnya..mana-mana tau..ada yang menahan kereta..ishh..pas balik ke kampung suami balik ke KL jap ambil pakaian baru ke Port Dickson pulak dalam tiga hari..lepas empat hari kami ke Ho Chi Minh City pula..ini saja berjalan sebab kalau tidak kerana kumpulan KMK yang suami Anis mengajar menang, tak merasa juga..cuma tambah duit sikit je untuk kami tiga beranak..suami Anis tak kena bayar sebab bos dia belanja tambang dan shopping sekali..

Kami cuma pergi menaiki Air Asia sahaja sebab tambangnya pun murah berbanding MAS..bertolak dalam kul 11.30pagi dan tiba ke LCCT dalam 1 jam lebih..makan kat sana dan bertolak naik pesawat dalam kul 2 lebih..

ketika berada dalam bas menuju air port

antara ahli-ahli KIK yang turut serta dalam rombongan

dalam air port

inilah kapal yang kami naiki..

permandangan dari atas  bandar Ho Chi Minh

tiba di air port bandar Ho Chi Minh

Semasa ketibaan kami di Ho Chi Minh City, kami di sambut dengan tangisan awan..penerbangan kami tergendala tidak boleh mendarat kerana awan mula kelihatan sungul..dan di ikuti tangisan awan..kapal mula berpusing naik semula membelah awan..selang benerapa minit kemudia barulah kami merasa lega kerana kami dapat mendarat dengan selamat. Shukur alhamdulilah..Ketibaan kami di sana di sambut oleh pemandu pelancong yang bernama Yen. kami di bawa terus ke hotel Kelly, Ho Chi Minh City  bagi merehatkan diri. Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang selama 40 minit. Tiba di Hotel kami terus di beri kunci bilik..lepas tu apalagi..bummm...zzzzz...pas rehatkan diri mandi2 terus keluar ke Night Market, Ho Chi Minh.

Di Night Market..berlatarbelakangkan gerai makan yang ada di sana.
Dekat sana, pada malam tersebut kami hanya bersiar-siar sahaja tanpa membeli barang pun kerana Night market tersebut berhampiran dengan hotel tempat kami menginap..dan malam berikutnya kami pergi lagi dan shopping di sana..Pada keesokan harinya kami keluar  bilik seawal 7 pagi untuk sarapan dan kemudian bertolak ke Cu Ci Tunel tempat di mana berlaku peperangan dahulu..

kedai cenderahati

di hadapan kedai yang menjual cenderahati berhampiran Cu Ci Tunel
Sebelum ke Cu Cu Tunel dalam perjalan kami singgah beli cenderahati untuk keluarga..tapi duit sini guna Dong Vietnam atau US Dollar sahaja..selain cenderahati di sini juga ada menjual rice paper dan biskut daripada beras..tapi dekat sini tidak boleh makan sebarangan di khuatiri ada kandungan yang tidak halal..

tempat berlakunya letupan bom di sini..iaitu bekas bom meletup

perangkap..di bawahnya terdapat banyak besi tajam

lubang persembunyian..ngam2 badan orang

askar vietnam mana pulak nih..hehehe..

cuba merasa..macam mana orang dulu bersembunyi..

lubang dah di tutup..

Masa berada di hutan ni..rasa nyaman jer..hilang segala tension..bila balik ke KL jer..tension gila di buatnya..masa kat sana suami Anis suruh Anis mencuba merasa masuk ke dalam lubang kat dalam gambar kat atas tu..tapi takuuut..takut tak boleh keluar sebab lubang tu muat-muat badan orang je..tak lebih tak kurang..lagilah badan orang-orang Vietnam kecik-kecik je..

Dekat sini Anis dapat masukkan beberapa pic sahaja..next time Anis masukkan pic lagi kay...tunggu..bye..zzzz


DARJAT SEORANG ISTERI

Assalamualailum dan selamat petang buat pembaca, dekat sini Anis hendak kongsi info untuk para isteri dan bakal isteri harap anda dapat sedikit sebanyak pengetahuan dan pedoman..insyaallah..jadi kita kongsikanlah bersama k..

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●
Sedar tak sedar sudah setahun 7 bulan dah anak anis yang kecil..dah mula bercakap sikit-sikit..perkataan yang mula dia sebut abu..(ibu)kemudian yah, (ayah) cicak,air, nak, tapi kebanyakkannya sebut hujung-hujung je..rasa terhibur dengan telatah dia..saat-saat yang membahagiakan bila membesarkan anak-anak..anak-anak korang pula camner? best tak? saat apa yang menghiburkan? boleh kita kongsi bersama? Tengok anak kita membesar di depan mata kita sendiri, perangai dia, ketawa dia..dulu sebelum dapat anak sunyi sepi rumah Anis..sekarang..macam tongkang pecah di buatnya oleh dua beradik ni..tapi terhibur..walau pun ibunya ni tiap-tiap hari macam tarzan terpekik terlolong..itulah setiap hari..itulah kehidupan..bila diaorang sudah sekolah rendah atau menengah lagilah sunyi nanti..lagilah kalau diaorang dah bekerja atau berumah tangga nanti..ish ke situ pula Anis kan lambat lagi ya tak? Apa pun kita rasa bahagia bersama anak-anak dan suami kita kan..merekalah segala-galanya dalam hidup Anis kini dan selamanya..

menconteng kaki sendiri

menconteng dinding
But now Anis berada di Cameran mengikuti suami Anis mengajar kumpulan KMK di sini..ni antara gambar yang sempat tangkap ketika singgah sebentar di deretan kedai tepi jalan sebelum menuju ke tempat penginapan kami tapi bukan ni aje..ada lagi tau..tunnnnggguuu...


strawberry coklat

nyum..nyum

makan strawberry

sedap taw..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.