Happy birthday sayang..

Sebenarnya anis sudah lama hendak masukkan entry ni, tapi tidak kesampaian ada aja yang tidak kena..tapi kali ini anis hendak masukkan juga..ada ke orang baca blog anis ni? kalau ada pun tidaklah sepopular blog yang lain..salah seorangnya blog En Ben..okeylah hari tu birthday suami anis, anis pun tak tau hendak bagi dia hadiah apa..just anis buatkan sikit makanan kegemaran dia iaitu nasi pilaf istemewa ini dia gambarnya..


masa birthday dia pun time suami anis kerja jadi, anis buat ni pun selepas beberapa hari birthday dia iaitu time cuti..ini sahaja yang dapat anis buatkan untu suami tersayang..

nak tunjuk bagus konon!

Salam  buat semua pembaca dan blogger semua..kali ini anis hendak cerita sikit ini bukan pasal orang lain tapi pasal diri anis sendiri..sebagai manusia biasa kita ada kekurangan dan kelebihan masing-masing dan tidak terkecuali anis sendiri..dalam entry yang lepas anis ada menceritakan kisah tentang seorang jiran berhampiran dengan rumah anis yang tidak sehaluan lagi kerana adanya pihak ketiga dalam rumahtangga mereka..tapi kali ini bukan anis hendak cerita tentang hal rumahtangga, tapi hubungan kita dengan masyarakat sekitar terutama jiran tetangga kita..kekadang dalam mengejar arus kemodenan dan mengejar wang ringgit, kita tidak kenal siapa jiran kita..anda kenal jiran anda? Anis percaya, ada yang segelintir masyarakat di luar sana pun sama seperti anis yang tidak mengenal siapa jiran masing-masing..yang anis tahu, jiran anis sebuah dua rumah sahaja..itu pun bukan seisi rumah anis mengenalinya..bukannya apa, anis ni bukan hendak berlagak ke atau hendak tunjuk bagus konon..tapi, anis ni susah hendak mulakan sebuah persahabatan..jika orang lain tidak mulakan..hendak berbual pun tidak reti hendak bualkan apa..lagilah kalau ada kenduri kendara orang anis jarang, malah cuba elakkan untuk pergi..tapi pergi makan bolehlah he..he..he..sebab tu anis ni kurang kawan hu..hu..hu..kesian aniskan? tapi, bila anis fikir-fikir balik sampai bila anis hendak teruskan macam tu..sebabnya suatu hari nanti, mungkin kita akan buat kenduri tidak kiralah kenduri kahwin anak ke,(sempat ke anis erk?) kenduri arwah ke, ada kematian ke, kita memang memerlukan jiran tetangga untuk bantu kita..semalam di tempat anis, jiran anis ada buat majlis kenduri kahwin, tapi dia tempah catering dalam pada masa yang sama dia juga ada masak makanan tambahan sedikit bagi mengelakkan dari berlaku tidak cukup makanan untuk tetamu..jadi anis pun pergi rumah dia dan tolong apa yang patut..anis cuba gak biasakan diri dan tebalkan muka..sebelum tu,jiran anis ada juga suruh anis masak untuk majlis anaknya, tapi anis tolak sebab terlalu ramai sangat, anis boleh masak untuk 200 ke bawah sahaja..sebab sebelum ni anis pernah masak untuk rumah terbuka anis, anis masak sendiri, dan majlis hari jadi anak kawan dan kenduri biasa dalam lingkungan 200-100 ke bawah..lagipun kalau hendak buat catering untuk majlis kahwin, anis tidak cukup alatan lagi..cadang-cadang tu memang ada..kalau ada yang berminat bolehlah emailkan anis di: anisasliza@gmail.com atau sms atau call terus 012-9338608 untuk tempahan nasi beriani, nasi minyak, nasi pilaf, nasi dagang, nasi kerabu dsbnya untuk tempahan sahaja tau..harga anis ni sehingga aidilfitri, kalau hendak buat rumah terbuka, jamuan majlis bertunang, jamuan hari lahir dsbnya bolehlah contact anis untuk tempahan:

harga nasi beryiani dengan dua lauk RM 6.00
harga nasi minyak dan lauk RM 6.00
harga nasi pilaf dengan lauk RM 5.00

nasi berani dengan ayam masak merah

ayam masak merah

masak lemak daging berempah
gulai daging/ kari daging

mee rebus ummph!

nasi pilaf meletup!

nasi kerabu mertuaku


nasi minyak

nasi dagang

kuetew penang mari

nasi beriani wow!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.