1 malaysia

Semalam Anis tak ketinggalan untuk memeriahkan lagi 1 Malaysia..ramai betul orang menyaksikan perarakan tu..anda pergi tak? tapi dalam pada tu memang Anis cukup geram dengan segelintir orang yang pentingkan diri sendiri sahaja tanpa menghiraukan orang lain yang berdiri di belakang, kalau dah berdiri depan orang tu pandai2lah duduk..orang lain hendak tengok juga perbarisan dan perarakan tersebut..ni tidak, datang lambat terus tercongok depan orang..yang berdiri kat depan tak reti2 hendak duduk..fikirlah orang lain sikit..ni tidak..sorrylah anis membebel sikit kat sini..geram...tapi walau macamana pun Anis rasa tahun ni tidak berapa best sangat persembahan mereka berbanding yang lepas-lepas sebab persembahan tersebut banyak di buat di hadapan pentas..orang ramai pun hendak tengok juga, kalau yang datang dari jauh tu hendak tengok macamana? tak ke kesian? nasiblah Anis ni dari K.L juga..kalau tidak mengamuk gak Anis he..he.. acah je.. okeylah walau macamanapun salam 1 Malaysia untuk semua rakyat Malaysia..Malaysia Boleh!
Salam Aidilfitri buat rakan-rakan blogger dan semua pembaca..Kali ni baru Anis sempat update blog anis yang tak seberapa nih..Walaupun Ramadhan telah jauh meninggalkan kita dan Aidilfitri sudah kian lama menjelma..tapi Anis masih rindukan Ramadhan..pada bulan itulah kita dapat beramal dan pahalanya berlipat gandanya..bila fikir pahala dosa kita, rasanya banyak dosa kita dari pahala kita..bersediakah kita bila ajal menjemput kita? Sebab tu Anis takut Ramadhan akan datang bolehkah kita ketemu Ramadhan lagi akan datang? Kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita..Bersiap sediakah kita? Atau kita terus leka dengan dunia? Bila Ramadhan ramai berebut-rebut untuk dapatkan pahala yang extra tapi bila Ramadhan berlalu semua itu tidak di endahkan..sepatutnya tidak kira Ramadhan atau tidak kita terus kan beramal jangan tunggu Ramadhan baru kita beramal..Hari itu semasa hari Raya Anis balik ke kampung suami anis kiranya dalam sebulan tu dua kali balik jugalah..sebabnya bapa mertua Anis tidak berapa sihat kerana uzur..semuanya dia uruskan oleh mak mertua tiri..jalan pun tak boleh cuma mengensot sahaja, makan bersuap, mandi dan membuang semua di uruskan oleh orang (mak mertua tiri) bila Anis dan suami pulang ke kampung, suami dan Anis yang membantu uruskan keperluannya..Bila tengok keadaannya yang agak uzur tu, Anis terfikir kita bukan selalu muda..suatu hari nanti kita pasti akan menjadi tua.., bila kita sudah tua dan uzur adakah anak-anak kita akan jaga kita sama macam kita jaga mereka? Sekarang kita sayang mereka bagai menatang minyak yang penuh..bila dia dah besar panjang bolehkan dia jaga kita bila kita dah uzur dan tidak berdaya nanti? Adakah mereka akan tinggalkan kita di rumah orang-orang tua? bila di fikir-fikirkan Anis jadi takut jika sudah dewasa sikapnya akan berubah dan buang ibu bapanya..tapi kata orang kalau kita buat pada ibu bapa kita, suatu hari nanti anak-anak kita akan balas balik apa yang kita lakukan pada ibubapa kita dulu..setiap perbuatan ada balasannya..okeylah Anis malas nak berceloteh panjang2 nanti jemu lak orang membacanya..walau apapun Anis ucapkan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam..makan kuih raya jangan lupa kat Anis ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.