dunia blogging..

Zaman ni, rata-rata orang berblogging..termasuk anis sendiri :D..rasa tak lengkap rasanya..tanpa meluahkan rasa hati kita, kongsi suka duka kita untuk tatapan umum..lebih-lebih lagi jika ada orang yang sudi baca blog dan kerap untuk kunjung ke blog untuk baca cerita kita..ada yang suka, dan tak kurang juga yang kureng berminat dengan blog kita..tak terkecuali anis sendiri..dalam dunia blogging ni anis masih baru dan masih terkial-kial lagi untuk masukkan video pun kekadang sampai dua kali masuk..ni anis baru cuba buang yang satu lagi..nasib baik boleh..orang baru belajar katakan..tapi kalau setakat tulis blog sahaja, tidak seronok juga, melainkan kalau ada yang memberi komen tentang blog anis ni :)..anis berharap jika ada sesiapa yang kunjung blog anis ni, bolehlah beri komen, tak kira komen itu membina atau sebaliknya..insyaallah anis akan perbaikinya untuk tatapan umum..dan anis berterima kasih pada seseorang yang berkunjung ke blog anis dan meninggalkan komen membina untuk anis perbaiki lagi blog anis ini..cayook!!

Kami masing-masing terdiam..anis tanya Fa siapa yang buat dia jadi macam ni.." siapa lagi kak..kalau bukan si H tu.."kata si Fa..kata kawan..kenapa boleh jadi macam ni..hairan anis dibuatnya..bila terjadi? tanya anis lagi.."dua hari lepas.." "dekat rumah dia.."sambung Fa lagi.." kenapa kau pergi rumah dia? kau memang nak cari nahas..geram betul anis tengok si Fa..tak akan dia tak boleh fikir, apa pun akan berlaku kalau berdua-duan dengan lelaki lagi-lagi kalau pergi ke rumah lelaki yang bukan muhrim..kata si Fa lagi.."Fa memang hendak balik ke asrama, tapi pintu depan berkunci..Fa tak bawa kunci masa tu..duduk berbual dekat tempat burger tu,tak sedar hari dah malam..akhir sekali Fa tak ada pilihan lain telefon akak pun tutup masa tu..telefon kawan satu asrama dengan fa pun tak berangkat telefon..sebab tak pilihan Fa pun tidur rumah sewa si H..Fa dah bagi amaran pada H jangan buat bukan-bukan..Fa cuma nak tumpang tidur sahaja..mula-mula okey..tapi bila dah tengah malam tu, masa Fa tidur dia buat tak senonoh dekat Fa..Fa menjerit, tapi tak siapa yang dengar..tenaga dia betul-betul kuat..Fa menangis masa tu, tapi dia langsung tak hiraukan..sakitnya hanya tuhan yang tahu..kejam..sampai hati dia buat Fa macam ni.." .Fa menangis terisak-esak meluahkan segala nya..anis hanya mampu mendengar dan bersimpati dengan apa yang terjadi pada kawan anis, anis cuba tenteramkan dirinya..anis peluk dia..anis betul-betul sedih..ada orang buat tak elok dekat kawan anis sendiri..dalam hati anis menyumpah..jantan tak guna..sorrylah anis berkasar sikit dekat sini..tapi, anis tanya Fa dia tak buat report dekat balai polis ke.."Fa tak berani hendak report, bukan ke kita kerja dengan kerajaan..kalau report sudah tentu kena buang kerja"..dalam hati anis hanya mengiakan sahaja..anis katakan pada Fa benda ni jangan sembunyikan..sekurang-kurangnya suruh dia bertanggungjawab di atas perbuatannya..jangan lepas tangan sahaja..Fa hanya mengangguk.."Fa tak akan biar dia lepas tangan aje kak..Fa nak jumpa dia suruh dia bertanggungjawab..tapi,hari tu, Fa suruh dia bertanggungjawab dengan apa yang berlaku..tapi dia macam buat tak tahu sahaja..dia kata dia bukan ada duit..dia berniaga burger sahaja nak sara anak orang macamana?"kata Fa. Anis suruh Fa bercerita masalah pada keluarga dia, tapi "Fa tak berani, tapi, Fa akan cuba cerita pada kakak Fa, suruh kakak Fa bagitahu pada keluarga masalah ni"..dua tiga bulan selepas Fa berhenti kerja. anis terserempak dengan Fa, kami berbual kosong..cerita pasal kerja  dia yang dah ditinggakan, apa yang dia buat sekarang dan macam-macam lagi..tiba-tiba terkeluar cerita yang memeranjatkan anis..Fa mengandung dah tiga bulan ketika itu..tapi dia masih belum kahwin lagi dengan si H..kata Fa si H nak cari kerja yang elok dulu baru kahwin..anis cuba-cuba tanya pada si Fa samaada dia betul-betul ke cintakan si H? Fa hanya mengeleng sahaja..anis dah mengagak..Fa bukanlah betul-betul sukakan si H mereka hanya berkawan sahaja..kata Fa,"mungkin Fa akan berkahwin secepat yang mungkin dalam bulan depan..mungkin keluarga si H yang keluarkan belanja..ikutkan, si H nak lambat-lambat kahwin dengan Fa, tapi keluarga Fa dah datang jumpa H dan keluarganya supaya dipercepatkan kerana anak yang dikandung makin lama makin membesar.."cuma dalam hati anis berharap fa akan bahagia bersama H..selepas anak Fa lahir, Fa ada datang ke rumah anis..kali pertama dia datang, dia baru lepas pantang..tengah cari rumah sewa, dia perlukan bantuan anis kerana tuan punya tempat sewa, halau dia kerana tak bayar sewa..mana taknya, H tak bekerja masa tu, cuma harapkan duit keluarga sahaja, keluarga Fa tak hiraukan Fa lagi..kerana memalukan keluarga..fa hanya dapat belas ehsan kawan-kawan sahaja..bila balik rumah  keluarga Fa, Fa dipulaukan..sebab tu, Fa pindah keluar, hidup pindah randah..menyewa bilik sahaja..selang setahun, anis cuba cari Fa dekat rumah mak dia, nasib dia ada di situ..saja tanyakan khabar..rupanya Fa dah berpindah ke rumah mak dia..dan suami Fa pun dah bekerja sebagai buruh sahaja, kata Fa, suami dia ni pemalas nak kerja, kena marah sikit, esoknya tak pergi kerja, banyak kali bertukar tempat kerja..bila Fa bising tak kerja Fa dimarahi..bukan setakat di marahi kaki tangan semua naik.."bukan Fa nak membebel dekat dia, kak tapi, akak fikirlah,anak pun nak makan juga, susu anak lagi..tak akan nak minta dari mak Fa pula, dia dah bagi duduk sama dia, dah bersyukurlah..tapi, suami Fa ni, tak tau nak berterima kasih..lagilah buat perangai..kerja tak nak..tau ada orang bagi makan dekat dia sahaja..dia ingat dia tu raja ke apa?" entah-entah kau ni, kuat membebel dekat dia..sebab tu dia naik angin..lelaki memang tak suka kalau perempuan membebel..lagi-lagilah isteri dia.."nasihat anis pada Fa.."akak nak tahu si Hidayah (anak Fa) ni, macam tak ada ayah..langsung dia tak hiraukan anak dia sendiri.."Sabarlah Fa"..itu sahaja yang dapat anis katakan. "Fa rasa dah tak tahan kak..hidup dengan dia..rasa macam nak berpisah sahaja"..Fa hanya meluahkan rasa tak puas hatinya..masa anis jumpa Fa memang ternyata ada tanda lebam-lebam pada pipi dan belakang Fa..anis pun rasa tak puas hati..geram pun ada..dah satu.satu..ada aja yang berlaku dekat Fa..kesian dia..Fa minta nasihat dari anis sebagai kawan anis cuma berharap dia bersabar, dan berdoa supaya H berubah suatu hari nanti..kata Fa bukan sekali dia kena sepak, terajang, penampar, semua dia dapat..kata-kata keji semua sudah dilemparkan pada Fa..Fa hanya memendam perasaan sahaja..bila mengenangkan anak, dia fikir dua tiga kali untuk bercerai..bila tanya mak Fa, mak Fa tak bagi bercerai kerana kesiankan anak nanti tak berayah..anis katakan pada Fa sebagai kawan..anis kesiankan dia..kalau hidup perit, merana, selalu disakiti bukan setakat zahir, tapi batin terseksa..apa gunanya hidup bertemankan suami yang macam tu..kalau dia tak bersama mungkin dia akan lebih bahagia..manusia yang tak menghargai pasangan..dia angap Fa macam sampah! macam bola..boleh sepak terajang..bagi anis suami Fa bukan manusia tapi binatang bertopengkan manusia! selepas lima tahun kami tak berjumpa, bila jumpa Fa tempoh hari, dia dah pun bercerai dengan suaminya..katanya masa mengandungkan anaknya pun dia tanpa belas sepak terajang Fa! Fa cerita berapa hari dia dekat hospital sebab pengsan..apakah jenis manusia yang macam tu? video dekat atas tu bukanlah video Fa..tapi cuma anis harap kita dapat renung-renungkanlah peritiwa ini..apakah moral disebalik kisah kawan anis ni?

gambar anak tersayang dan keluarga anis

wafiy masa berumur enam bulan







kebanyakan gambar-gambar ni di ambil di pantai Bachok, Kelantan..dan salah satu gambar ni di ambil ketika anis menyambut ulangtahun anis yang ke..?dah tua dah pun sambut birthday lagi..tapi ni bukan kehendak anis ..tapi kejutan dari suami anis..anis sendiri pun tak tau..dia berpakat dengan mak saudara anis..untuk buat kejutan  pada hari tersebut..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.