Resepi ayam masak kari hijau

Semalam.........

Hari yang sejuk dan damai tidak sedamai hatiku..resah gelisah mengundang pilu..

Ewah..macam penulis novel la pula.. sesaja je nak hiburkan hati yang lara ini..ewah..tengah hangin satu badan ni.. tak tau puncanya.. tak tau sebabnya..semua orang rasa nak hamuk je semalam..jaga2 tau..hihi..hb yang rasa tempiasnya.. bukan dia buat salah pun tapi, ada satu perasaan yang kurang enak.. perasaan nak marah lebih-lebih dengan hb..macam kes meroyan la pula.. astaqfirullah al-azim..

Dalam pada rasa hangin je sempat pula terfikir nak masak ayam masak kari hijau ni.. not bad..hb pun kata ok je.. asal ada pedas tu ok le tekak anis ni.. ok jom kita terjah resepi ayam masak kari hijau ni ya.. kalau nak cuba silakan..

Ayam masak kari hijau

Ayam 1/2 ekor
pes kari hijau
bawang besar- di hiris
 santan 1 cawan
air 1cawan
daun limau purut 4-5 helai di hiris halus
kicap ikan 2-3 sudu besar
 2 biji cili merah di hiris
daun theme sedikit
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak sayur secukupnya untuk menumis

Cara membuatnya:
Tumis bawang dengan minyak, masukkan pes kari hijau, masuk santan kemudian ayam daun limau purut, sosikan atau kicap ikan, daun theme cili merah, garam dan serbuk perasa secukupnya. biar kering sedikit. siap dihidangkan.

p/s: pes kari hijau Anis beli je kat supermarket.. lain kali Anis sharekan buat pes kari hijau tanpa membeli di kedai..sebab semalam nak cepat masak, jadi Anis beli je pesnya:)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.