gaduh?

Memang diakui, dalam kehidupan berumahtangga, kita tidak boleh lari daripada bertengkar dan keadaan yang tidak puas hati, bertegang urat..sedangkan lidah lagikan tergigit..ini pula suami isteri..setelah bergelar suami isteri, ada sahaja bahan yang boleh mencetuskan pergaduhan..bila silap sikit suara sudah mula meninggi..ada juga hal yang tidak puas hati isteri iaitu suami tidak pernah membantu dalam kerja rumah..isteri tidak memasak, malas meengemas rumah, hal berkaitan anak-anak juga punca bergaduh..

Hari itu suami anis ada bercerita tentang seorang kawan dia, kawan dia ini hendak kata kawan rapat tidak lah juga..tetapi kawan suami anis meluahkan rasa tidak puas hatinya pada suami anis kerana rasa tidak puas hatinya itu mengenai isterinya..dia rasa bosan dengan isterinya, bukannya pasal apa..sebabnya isteri kawan suami anis itu tidak pernah memasak..melainkan makan di luar sahaja, bila time mengemas, kawan suami anis yang mengemas rumah..mereka berdua ini bekerja..kata kawan suami anis ini lagi, isterinya tidak pernah mengemas rumah..kain baju bertimbun, pinggan mangkuk bersepah di sinki tidak bercuci..balik kerja terus duduk mengadap tv..jadi kawan suami anis ini bosan dengan keadaan rumah yang bersepah..jadi dia yang mengambil alih tugas isterinya..bukan tidak pernah tegur bila ditegur melenting..jadi, dialah yang uruskan semuanya..dia sudah malas hendak rumah..bila dia rasa tension dia keluar rumah habiskan masa bersama kawan-kawan bermain bola atau ping-pong..kesian juga anis mendengar cerita suami anis..kenapa boleh jadi macam itu? penat sangatkah? tanya suami anis pada anis sampai lepaskan tanggunjawab isteri pada suami? adakah menguruskan rumahtangga tanggungjawab suami? di mana tanggungjawab isteri di sini? menguruskan rumahtangga adalah tugas seorang isteri suami hanya boleh membantu jika isteri itu penat bukan melepaskan terus pada suami buat segalanya..betul tak? dekat sini anis hendak kongsi info pasda anda semua kenapa pergaduhan boleh terjadi...info ini anis dapat dari sebuah majalah..
  1. salah seorang atau kedua-duanya tidak mempunyai persediaan secukupnya sebagai suami isteri
  2. tidak mengetahui hak masing-masing seperti tugas mengemas, mengosok baju adalah tugas isteri dan suami hanya boleh membantu.
  3. campur tangan pihak ketiga sepeti adik-beradik, mak mentua, saudara atau jiran
  4. masalah kewangan keluarga dan pasangan tidak dapat menyelesaikannya.
  5. tidak berteru-terang mengenai sesuatu perkara dan menyimpan dalm hati, lama kelamaan akan menjadi barah dalam rumah tangga.
  6. tiada persefahaman lagi menyebabkan masing-masing tidak boleh menerima apa juga perlakuan pasangan.
  7. keras kepala dan tidak mahu mengalah. ini kerana ego yang terlalu tinggi.
  8. hal anak-anak yang kadang kala memeningkan.
  9. sikap salah seorang yang panas baran dan cepat melenting bila salah seorang buat silap.
  10. sukar memaafkan pasangan menyebabkan masalah sukar untuk di selesaikan.
Okeylah semua.. jari jemariku ini pun sudah pun penat menaip..jadi anis berhenti setakat ini sahaja..jumpa lagi di lain kali okey..ba bye..

yaahooo...

Malam ini, husband anis balik..tak sabar rasanya..mudah-mudahan dia selamat sampai..baru sekejap tadi husband call, katanya sudah berada di rawang sekarang ini..tidak tahulah apa yang dia bawa ole2 dari sana..harap-harap dia bawa coklat..anis memang suka makan coklat..anak-anak anis pun macam itu juga..anis jarang minta apa2..kalau dia belikan apa-apa anis terima sahaja..bukankah tidak elok jika kita sebagai isteri meminta-minta pada suami? minta barang kemas, intan berlian..yang tidak mampu suami belikan..ada tu anis dengar kawan pada kawan anis, suaminya sampai berhutang sana sini untuk memuaskan hati kehendak isteri..dia tidak kira suami susah atau tidak..yang penting hati senang..memanglah tanggungjawab suami  memberi nafkah..tetapi janganlah sampai membebankan suami kita..kesianlah dekat suami tu..suami anis masa hendak pergi tanya anis, hendak beli apa? anis jawab apa2 ajelah..kalau tak beli apa2 pun tak apa..yang penting selamat pergi dan balik..anis tak nak bebankannya..okeylah anis tak nak celoteh panjang, sebab lepas ini anis hendak jemput suami..adios..

kehidupan yang sepi..

Hu..huu..huu.. sedihnya hati anis hari ini suami tiada di sisi..semalam dia sudah pun bertolak dari pejabatnya menaiki bas ke Langkawi atas urusan kerja..iaitu mengajar kumpulan KIK..tinggallah anis dan anak-anak..semalam dia bertolak dalam pukul 12 tengah malam..pagi tadi dia call anis, dia kata sudah pun selamat sampai ke Langkawi..kalau ada rezeki lagi kami sekeluarga akan ke sana lagi.sebelum ini kali terakhir anis sekeluarga pergi ketika anis mengandungkan anak anis yang ke dua semasa kandungan berusia 7 bulan..takut juga masa..takut ada masalah lain sebab perjalanan pun agak jauh juga..takut juga terbersalin awal..sumi anis ke sana ini rasa rindu kat dia he..he..he..nasib baiklah anak ada kurang sikit perasaan rindu tu..macam orang bercinta pula..bagi anis tidak salah kalau ada rasa cinta..sebab ia akan mengeratkan lagi hubunga kita dengan suami..jangan makin lama berkahwin makin pudar cinta dan sayang itu..kalau boleh biarlah kita pupuk perasaan itu sampai bila-bila..jangan biarkan cinta itu pudar di telan masa..okeylah anis tak hendak lah berjiwang pula dekat sini..nanti ada pula yang menyampah atau meluat..dekat sini anis hendak kongsi beberapa petua untuk anda semua..hendak petua tak? jom tengok apa dia..

MENGHILANGKAN BAU PELUH
Bagi sesiapa yang malu dengan bau peluh bila berjalan atau dalam penggangkutan awam..pakai minyak wangi pun tidak berkesan ini adalah petua untuk hilangkan bau tersebut:
CARANYA;
4 helai daun limau nipis, segenggam daun jambu batu di bersihkan lalu di hiris halus dan ditumbuk kemudia gosok-gosokkan pada badan atau ketiak biarkan berapa minit dan selepas itu mandi seperti biasa.

KHASIAT DAUN PEGAGA
Pegaga siapa tidak kenal dengan ulam pegaga? banyak khasiat yang terdapat dalam duan ulaman ini anataranya boleh serikan wajah, kecutkan peranakan, menghilangkan bintik-binti hitam di muka, kencing manis dan darah tinggi..
Bagi yang hendk kecutkan peranakan makan pucuk pegaga selepas kedatangan haid di buat gulai atau makan sebagai ulan..insyaalah..anis pun sedang mengamalkan ulaman pegaga ini sebagai ubat yang baik untuk kesihatn dan kecantikan kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.