ho chi minh city


Fuh..penatnya badan terasa lagi..balik sahaja ke rumah terus buka fb..malam tadi balik hujan lebat gak sampai KL..pagi tadi mula semput..terlalu penat berjalan dan hujan pulak tu..dalam bulan n isahaja Anis tak berhenti keluar dari KL..mula-mula tu ke Cameran Highland ikut suami ada kerja kat sana pastu alang-alang dah dekat terus balik ke kampung mentua Anis..sunyi juga perjalanan dari Cameran ke kampung suami, selalunya lalu jalan lain Bentung-Kuala Lipis bila balik..ni ikut jalan lain yang betul-betul sunyi..cuma satu dua buah kereta sahaja yang lalu kat situ..seram juga di buatnya..mana-mana tau..ada yang menahan kereta..ishh..pas balik ke kampung suami balik ke KL jap ambil pakaian baru ke Port Dickson pulak dalam tiga hari..lepas empat hari kami ke Ho Chi Minh City pula..ini saja berjalan sebab kalau tidak kerana kumpulan KMK yang suami Anis mengajar menang, tak merasa juga..cuma tambah duit sikit je untuk kami tiga beranak..suami Anis tak kena bayar sebab bos dia belanja tambang dan shopping sekali..

Kami cuma pergi menaiki Air Asia sahaja sebab tambangnya pun murah berbanding MAS..bertolak dalam kul 11.30pagi dan tiba ke LCCT dalam 1 jam lebih..makan kat sana dan bertolak naik pesawat dalam kul 2 lebih..

ketika berada dalam bas menuju air port

antara ahli-ahli KIK yang turut serta dalam rombongan

dalam air port

inilah kapal yang kami naiki..

permandangan dari atas  bandar Ho Chi Minh

tiba di air port bandar Ho Chi Minh

Semasa ketibaan kami di Ho Chi Minh City, kami di sambut dengan tangisan awan..penerbangan kami tergendala tidak boleh mendarat kerana awan mula kelihatan sungul..dan di ikuti tangisan awan..kapal mula berpusing naik semula membelah awan..selang benerapa minit kemudia barulah kami merasa lega kerana kami dapat mendarat dengan selamat. Shukur alhamdulilah..Ketibaan kami di sana di sambut oleh pemandu pelancong yang bernama Yen. kami di bawa terus ke hotel Kelly, Ho Chi Minh City  bagi merehatkan diri. Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang selama 40 minit. Tiba di Hotel kami terus di beri kunci bilik..lepas tu apalagi..bummm...zzzzz...pas rehatkan diri mandi2 terus keluar ke Night Market, Ho Chi Minh.

Di Night Market..berlatarbelakangkan gerai makan yang ada di sana.
Dekat sana, pada malam tersebut kami hanya bersiar-siar sahaja tanpa membeli barang pun kerana Night market tersebut berhampiran dengan hotel tempat kami menginap..dan malam berikutnya kami pergi lagi dan shopping di sana..Pada keesokan harinya kami keluar  bilik seawal 7 pagi untuk sarapan dan kemudian bertolak ke Cu Ci Tunel tempat di mana berlaku peperangan dahulu..

kedai cenderahati

di hadapan kedai yang menjual cenderahati berhampiran Cu Ci Tunel
Sebelum ke Cu Cu Tunel dalam perjalan kami singgah beli cenderahati untuk keluarga..tapi duit sini guna Dong Vietnam atau US Dollar sahaja..selain cenderahati di sini juga ada menjual rice paper dan biskut daripada beras..tapi dekat sini tidak boleh makan sebarangan di khuatiri ada kandungan yang tidak halal..

tempat berlakunya letupan bom di sini..iaitu bekas bom meletup

perangkap..di bawahnya terdapat banyak besi tajam

lubang persembunyian..ngam2 badan orang

askar vietnam mana pulak nih..hehehe..

cuba merasa..macam mana orang dulu bersembunyi..

lubang dah di tutup..

Masa berada di hutan ni..rasa nyaman jer..hilang segala tension..bila balik ke KL jer..tension gila di buatnya..masa kat sana suami Anis suruh Anis mencuba merasa masuk ke dalam lubang kat dalam gambar kat atas tu..tapi takuuut..takut tak boleh keluar sebab lubang tu muat-muat badan orang je..tak lebih tak kurang..lagilah badan orang-orang Vietnam kecik-kecik je..

Dekat sini Anis dapat masukkan beberapa pic sahaja..next time Anis masukkan pic lagi kay...tunggu..bye..zzzz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.