selamat pergi dan selamat kembali..

Salam buat pembaca semua..apa khabar anda sekalian? hari ini anis sedih sangat..sebabnya anis dapat berita suami anis hendak pergi tinggalkan anis...tapi, jangan suspen..dia pergi pun sebab mengajar kursus di Langkawi.. sebelum ini pun dia pernah bawa anis bersama anak ke tempat dia mengajar kursus tersebut tetapi, malangnya kali ini anis tidak berpeluang mengikuti dia lagi..sebab mungkin bajet Jabatan tempat dia bekerja kekurangan sikit..sebelum ini dia bawa anis sekali ke Langkawi, Sabah dan Sarawak dan banyak juga tempat yang dia bawa anis dan anak-anak..sampai anak anis yang sulung kumpulan yang suami anis mengajar itu mengelarkannya anak KMK..sebabnya suami anis ini salah seorang tenaga pengajar KMK (KIK) sekarang ini..ada juga yang orang luar selain dari jabatan memanggilnya untuk bagi ceramah tentang KMK atau mengajar KMK..kalau ada sesiapa atau syarikat yang inginkan khidmat tenaga pengajar dari suami anis bolehlah hantar email pada suami anis: kendiemas200559@gmail.com sebelum ini banyak yang dia mengajar, berjaya peringkat kebangsaan..alhamdulilah rezeki dia mengajar..anis pun tumpang gembira juga..esok malam dia dah berangkat ke Langkawi menaiki bas Jabatan bersama kumpulan yang dia mengajar..anis harap dia sampai dan pulang dengan selamat..selama empat hari itu tentu anis rasa sunyi hanya anak-anak sahaja peneman di kala ketiadaan suami anis..hendak ke rumah emak anis takut mengganggu dia pula.. bukannya apa tahu sahajalah anak anis yang sulung ini ganas sikit takut penat atoknya melayan karenahnya..kalau tidak minta -apa-apa dari atoknya tidak mengapalah..ini asyik minta itu ini sahaja..atoknya ikutkan sahaja kehendak anak anis tu kadang-kadang geram jugalah..anak anis ini tahu hendak meminta sahaja dia bukan tahu orang itu ada ongkos ke tidak..sabar ajelah ya mak..

tidur dekat dengan siapa?

Sedar tidak sedar sudah empat tahun dah anak sulung anis..yang si kecil pun dah pandai berjalan..tapi jalan pun macam robot jer..tak macam abangnya dulu dapat kaki jalan laju jer..anak anis yang sulung ini bila hendak tidur memang payah..kadang-kadang anis sampai ugut dia kalau tak nak tidur, anis hantar tidur dekat luar rumah..(tapi itu cuma acah aje)..tak akan tergamak anis hendak hantar anak sendiri tidur dekat luar kan? tapi sekarang ini anis cuba ajar dia untuk tidur sendiri tanpa anis atau suami anis...sebelum ini si firas tidur dengan ayahnya..manakala anis tidur dengan si kecil wafiy..hendak tidur satu katil empat orang..memang tak muat..sekarang ini anis rasa anis patut ajar si firas untuk tidur sendiri..sampai bila kan dia hendak tidur dengan anis atau suami anis? dia pun dah besar..kenalah belajar dari sekarang kalau tidak bila lagi..tapi setakat ini alhamdulilah dia boleh tidur tanpa anis mahu pun suami..pada mulanya memang dia takut..taku gelaplah..takut ini lah itulah..tapi anis katakan sampai bila dia harus tidur dengan  ibu dan ayah..anis katakan padanya firas mesti jadi anak yang berani..kuat..dan tak ada apa-apa yang perlu di takutkan..setakat ini sudah tiga minggu dia tidur sendiri..anda di luar sana macamana pula? adakah senang berenggang tidur dengan anda atau sukar? kongsi-kongsilah dengan anis..okeylah..dekat sini anis hendak kongsi resepi sedikit dengan anda. Resepi ikan masak asam pedas cara anis..


ASAM PEDAS
Ikan selar/kembung ( ikut suka) 5-6 ekor
Asam jawa sedikit
cili kering 7-8 tangkai-di kisar
daun kesum 3-4 batang
bunga kantan 1 batang ( jika suka )
bawang merah 6-7 biji
bawang putih 2 ulas- di hiris
cili merah 2 batang - di kisar
bawang besar kuning 1 biji - di kisar
halia sebesar ibu jari
kunyit sebesar ibu jari
bende 10 biji
garam secukup rasa

cara membuatnya:
kisar bahan seperti cili, halia, kunyit,bawang besar, hiris bawang merah, bawang putih, bunga kantan, tumis bawang merah dan bawang putih masukan bahan yang di kisar tumis higga garing masuk air masuk asam jawa ikan, daun kesum bunga kantan masak hingga mendidih jika suka masukkan tomato dua biji kemudian masukkan bende..masak dan sedia di hidangkan.Ikan terpulang sama ada ikan tenggiri pun boleh..seimbangkan pedas dan masamnya..jangan pula lupa letak garam dan serbuk perasa jika  suka.selamat mencuba resepi dari anis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.