saat yang dinantikan

Biasalah sedangkan lidah lagikan tergigit..biasanya hal remeh temeh sahaja..memang susah hendak sesuaikan diri anis dengan suami..tidak kenal, maka tak cinta...nasib baik anis ni penyabar orangnya..kan? ceh! mula la perasan tu..tapi, kalau masing-masing tak sabar, kahwin seminggu dua dah bercerai-berai...aduh..minta dijauhkan lah..bercerita tentang kahwin ni..sedar tak sedar sudah enam tahun perkahwinan kami..baru-baru ni anis menyambut aniversary bersama suami pada 12 Disember..nanti ada masa anis sertakan gambar perkahwinan kami pula..ya..

pelbagai ragam..

Suka duka..kecewa dan bahagia adat bila dah berumah tangga..ada pasang surutnya..ketika ini mungkin kita akan rasa bahagia dan suatu ketika kita akan merasa derita..adakala susah adakala senang..saat untuk mengenali pasangan kita..selepas beberapa minggu, hubungaan kami mula terasa goyah..pertelingkahan kecil antara kami..masing-masing hendak menegakkan benang yang basah..kami tidak bersefahaman dalam beberapa perkara..biasalah perkara kecil aje..kadang-kadang diperbesarkan..rasanya pasangan yang baru berkahwin mungkin akan mengalami situasi yang sebegini..anis pun terkena tempiasnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.