giliran siapa pula ni..

Salam ramadhan..Anis rasa sayu bila bulan ramadhan ni, terutama bila ramadhan akan berakhir tidak lama lagi..syawal pula akan menjelma..entah bila lagi kita akan bertemu bulan ramdhan ini lagi..sebab kita tidak tahu adakah esok kita masih di bumi Allah ini..kita tidak tahu, hari ini kita bersama keluarga kita gelak tawa bersama..entahkan kejap lagi atau berapa jam lagi kita sudah di alam lain..bila fikir pasal mati, terus terang Anis belum bersedia lagi..banyak dosa yang kita sudah buat..rasanya..walau tidak sebesar mana pun kita tetap ada dosa..mungkin pada kedua orang tua, kawan-kawan saudara mara pada Allah..

Ramadhan di Kelantan..

Salam ramadhan buat semua umat Islam dan selamat petang..sekarang ini anis sudah dua minggu juga tidak update blog anis ni..bukan nya anis hendak menyepikan diri tapi hari itu, anis terpaksa pulang ke kampung suami di Kelantan kerana bapa mentua anis tidak berapa sihat..rancangan pada awalnya kami hendak pulang beraya di kelantan..tapi nampak gayanya rancangan terpaksa di tukar..kerana kami sudah balik awal dari jangkaan..mungkin kami akan beraya di K.L atau Johor atau pun di sebelah utara kampung bapa anis..kami pun tidak lam juga di Kelantan..dalam lima hari sahaja, selepas menghantar bapa mentua ke klinik berbayar selang beberapa hari bapa mentua pun sembuh sedikit dan kami buat keputusan balik, tapi kami tidak terus balik ke K.L. kami singgah ke Rantau Panjang dan ke Mundok iaitu sempadan Thailand dari Rantau Panjang Menyeberang sungai  menaiki perahu ke Mundok.. Pada sebelah malamnya pula kami bermalam di rumah kakak ipar anis di  Machang selama dua hari lepas tu kami terus balik ke K.L..selama dua hari itu juga sempat juga anis merasa makanan Thailand yang tiada di tempat sendiri yang anis rasa agak pelik sedikit berbanding yang lain antaranya kerabu sala di Thailand, keladi sira,Air kurma, Kuih hitam, Pulut Ayam, Air kelapa bersama nangka, di Rantau Panjang, kuih musang berjangut pula di Bentung manakala dodol kukus, bingka lobak anis beli dalam perjalanan balik ke K.L..ni antara gambar-gambar yang sempat anis rakam ketika di sana..













Ini adalah gambar yang kami ambil semasa menyeberang Thailand dan gambar bersama askar/polis di sana..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
jika anda memerlukan khidmat tenaga pengajar untuk KMK (KIK) atau ceramah tentang KMK sila hubungi En. Roslan di email: kendiemas200559@gmail.com.